Selasa, 11 Jun 2013

Lepas demam denggi..

Ada beberapa perkara yang aku lalui masa kena demam denggi tempoh hari.

1. Aku fobia dengan nyamuk. Tengok je nyamuk atau gatal kat mana mana. Aik nyamuk ni gigit aku ke. Semacam ada satu perasaan takut yang teramat. Nasib la kena kat aku dan bukan anak2. Mintak dijauhkan la dari demam denggi ni.

2. Benda dah nak jadi, ujian dariNya. Sebagai manusia kita tak telepas dari diuji. Anggap lah penyakit yang datang sebagai kifarah dosa dosa kita yang lepas.

3. Nasib la ada mak ayah family members. Kebetulan sakit masa cuti. Kalau tak mungkin aku yang cengeng ni sedih sorang2 dok kat hospital tu. Sure huby tak sampai hati nak tinggalkan anak2 kat rumah. Boleh la tinggalkan anak2 kat rumah tanpa rasa risau.

4. Tekadang pelik dengan perangai manusia. Ada seorang hamba Allah telefon masa aku admit. Dia boleh gelak plak bila aku cakap aku kat hospital kena demam denggi. Aikk lucu sangat ke. Hanya dia je yang tau.

Dah lewat malam ni..tadi bukan main lagi idea mencurah2...jumpa lagi next entry ye..

Rabu, 5 Jun 2013

Aku dan demam denggi..

Salam kengkawan,

Sebelom ni asyik dengar orang kena denggi je kat kawasan apartmen aku tinggal. Memang takut tu ada, apatah lagi huby memang suka sangat spray satu rumah dengan racun serangga tu. Aku plak tak gemar baunya..aku slalu cakap kat huby nanti leh dapat kanser la yank. Dia diam aje. 

25 May 2013 (Sabtu)
Dah mula demam, satu badan seram sejuk. Tapi gagahkan jugak nak gi Mydin nak beli ole-ole nak bawak balik Kuching. Sampai sana halfway shopping aku dah tak larat. Rasa sejuk menggigil sampai ke tulang. Aku cakap kat huby, saya tunggu kat tempat duduk je. Tak larat dah nak jalan. Lepas habis carik barang-barang huby terus bawak balik. Sampai rumah telan panadol, selimut sebab sejuk semacam. Mintak huby picitkan kepala, pening sangat. Tertido..bangun on and off memang tak angkat dari tempat tido. Makan pun hanya dapat amik biskut kering. Sepanjang masa aku tido.

26 May 2013 (Ahad)
Demam tak kebah lagi. Masih macam tu jugak, telan uphamol pun tak jalan jugak, still bawak mandi. Memang tak larat sangat. Just cakap kat huby esok nak kena keja hopefully esok dah ok. Muntah dan cirit birit bermula. Hanya mampu telan jus mangga je.

27 May 2013 (Isnin)
Pegi keja macam biasa, masih tak sihat sebenarnya. Muka dah merah, selalu demam jugak tapi takde le muka merah padam. Tengah hari memang dah tak larat, memandangkan bos cuti ingatkan nak tunggu sampai petang baru balik. Suma kengkawan suruh balik sebab nampak sangat tak laratnya. Aku tengah hari tak mampu nak buat ape dah. Call huby suh amik and anta klinik. Pukul 2.30pm baru huby datang. Pegi anta klinik keluarga, doktor suspek aku kena denggi. Tapi sebab dah petang dia suh datang balik esok nak check darah. Doktor bagi MC dua hari maksudnya sampai 28.

28 May 2013 (Selasa)
Tepat jam 8.30 pagi dah tunggu nak amik bloodtest. BAgitau doktor aku period 1stday ari ni. Doktor amik bloodtest trus balik umah dan rehat. Tak mampu nak makan dan minum. Suma muntah balik ataupun cirit birit. Jam 4 petang klinik call, bloodtest result tak ok doktor suh refer ke hospital. Aku kata tunggu huby balik nanti amik surat tu. Result platlet count 56k. Kalau orang normal platlet countnye dalam 150k-450k. Doktor refer ke Hospital Pantai memandangkan dia pun takleh nak bagi keputusan samaada aku bleh naik flight. Oh sebenarnya kita orang dah plan nak balik Kuching 29.5-6.6 ni.

Sampai kat Hospital Pantai aku kena admit, tak sempat nak kata ape. Confirm aku memang kena demam denggi. Doktor buat bloodtest platlet count 43k. Turun lagi, malam ni kena la tido sini, doktor masukkan drip.

29 May 2013 (Rabu)
Nak tak nak sakit ke macam mana, aku kena mintak discaj hari ni. Doktor tu memang tak bagi risiko tanggung sendiri. Apa yang agak kukesalkan dia tak buat ape pun semalaman, tak de check darah sampai jam aku discaj pukul 10pg. Memandangkan aku discaj tak abis treatment kena bayar bil rawatan tu sendiri, suma cost RM1,154.00. Doktor suh refer ke mana-mana hospital bila dah sampai Kuching.

Naik flight kepala bukan main lg berat, badan lemah, cepat la sampai...sampai kat airport along ngan abang meran dah tunggu. Along aku sister kat klinik kesihatan Jalan Masjid. Dia kata pegi klinik dulu check platlet count. Check platlet count tinggal 14k. Dia tanya apa treatment doktor bagi untuk monitor suma. Aku kata sekali je masa admit dia check darah.

Along kata ko kena admit jugak ni, terus pegi emergency kat Hospital Umum Sarawak. Sampai sana doktor bising aku dehydrated teruk, bibir mengelupas lidah kering. Suruh minum banyak air. Drip dipasang 156/ml per hr. Bayangkan macam mana rasa nye bila nak kena kencing tiap masa. Dua-dua tangan pun dicucuk. Jam 12.30mlm baru naik ke wad. Bermula la episod di amik darah 6jam sekali. Sebabkan platlet rendah doktor tak kasi banya gerak. Nak kencing suma kat bed aku je. Alhamdulillah sepanjang masa huby jaga aku, tolong buat itu dan ini. Ingatkan aku minum tiap jam. Dia pun takleh nak tido.

30-31 May 2013 (Khamis/Jumaat)
Platlet count up and down, drip still dipasang tak reduce pun. Sampai satu tahap aku dah tak leh nak differentiate sama ada aku nak berak or nak kencing. Nak je duduk je kat tampoi tu kencing. Doktor bagi ubat untuk stopkan period, sebab aku dah takleh kehilangan banyak darah lagi. Doktor tak kasi gerak, kalo aku jatuh aku bleh bleeding.

Jumaat malam aku tak leh nak kencing habis, setiap kali kencing kuar sikit je..tapi bila baring bladder aku full macam nak kencing masa tu jugak. Aku cakap kat doktor sampai aku kena meneran kencing. Bila teran punye teran tekua la buasir. Seksa satu benda lagi. Akhirnya doktor pasangkan beg kencing. Aku dah tak pelu turun naik nak kencing. Bleh tido lena malam tu.

1 Jun 2013 (Sabtu)
Doktor reducekan drip platlet count naik 30k. Doktor suh minum banyak2 air tu je caranya. Ahhh rindu betul kat anak-anak especially si kecik Marissa. Hmmm tuhan je tau. Sepanjang aku masuk hospital memang tak jumpa marissa pun.

2 Jun 2013 (Ahad)
Last reading platlet count pukul 6pg 54k. Doktor suh bukak drip kalo suma ok bleh discaj ari ni. Alhamdulillah aku discaj. 

Sekarang ni still lemah lagi and pening kepala walaupun dah hampir 3 hari discaj. Rasa lemah macam baru lepas bersalin. Sekarang ni still minum jus, selera makan dah hampir pulih. Alhamdulillah balik kampaung ada emak, ayah dan dekat dengan adik beradik. Terima kasih kat korang suma kerana bersusah payah dengan aku.

Aku redha dengan ujian Ilahi ini. Pengalaman ni amat memeritkan. Terima kasih kepada doktor2 dan jururawat Female Medical Ward, Tkt 8, Hospital Umum Sarawak atas layanan anda semasa aku berada di hospital.