Memaparkan catatan dengan label masalah penyusuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masalah penyusuan. Papar semua catatan

Selasa, 27 November 2012

Apa? Susu dah merudum?


Susu dah mula merudum, ini la situasi yang bf mommy akan takuti..Yup ia berlaku pada saya jugak. About a month ago, kalau perah hanya dapat 1-2oz je skali perah. Maybe disebabkan kesibukan kerja masa mengepam sedikit lari. Marissa pun dah 8 bulan, kadang2 dia tak nak direct feeding. Kalau direct feeding pun memang ngeri sebab dia dah ada 2 batang gigi bawah. Pandai dah gigit si demok ni..sakit mama taw.

Ingatkan nak teruskan amik herb, before this ada entry pasal fenugreek. Tak brape nak serasi. Baru ni beli jugak alfalfa, pun sama kesannya tak brapa nak nampak. Yang pasti eczema plak jadi ok. Hmmm baguskan. Tapi milk production tak banyak jugak. Ngadu kat my ofismate ni, kita org ni memang "pemerah susu tegar"…hahaha. So dia suggest blikan satu pil kat farmasi, pil ni motilium namanya. Masa beli kat farmasi tu katanya ni untuk nausea. Just amik satu tablet 3 kali sehari. Kita beli dua bar, setiap satu bar ada sepuluh biji. Kita cuba dulu la kan.

Hasilnya lepas satu minggu boleh dapat balik milk production skali perah dapat la 4-5oz. Syukur..nak continue sampai habis, then akan stop ambik pil ni. To ibu-ibu kat luar sana janga lupa banyak-banyak berdoa ok, Supaya dapat banyak susu. One more thing, make sure buat jugak power pumping at least skali sehari.

Khamis, 19 Julai 2012

Masalah Penyusuan Pt 1: SUSU TAKDE

"Susu saya tak keluar lepas bersalin, macam mana nak buat?"

Ramai dikalangan ibu-ibu muda yang bertanya perihal ini dalam satu kumpulan FB macam mana dah hari ke 3 susu badan tak mau keluar. Untuk menangani hal ini sebaiknya ibu membuat rangsangan secara semulajadi. Suruh bayi anda menghisap, hisapan dari bayi anda secara kerap akan membolehkan susu keluar dengan lancar. Ada yang beranggapan susu tak keluar langsung, tapi sebenarnya susu mungkin ada tapi dalam kuantiti yang sedikit. Tak perlu risau bayi anda dapat cukup bekalan kerana saiz perut bayi baru lahir sangat kecil. Sebab itulah bayi minum dengan kerap. Feed baby on demand, suakan je selagi dia nak. Dan bayi menangis bukan sebab lapar semata-mata.

Rajin-rajin la menuam breast dengan tuala suam tuk melancarkan pengeluaran susu. Cuba picit sedikit dan pastikan ada susu yang keluar dari puting anda. Mengurut secara perlahan juga boleh dilakukan. Selamat mencuba, jangan putus asa ye.

Enjoy breastfeeding!