Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan

Isnin, 3 Oktober 2011

Zuriat...

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mengandung lagi ini kali ke-4. Walaupun kandungan kali ke-2 keguguran masa berusia 12 minggu. Abang Irfan nak masuk 8 tahun Oktober ini, adik Fikri pulak dah 4 tahun. Baby di dalam rahim ni masuk 15 minggu. Alahan di awal mengandung tu biasa, buat badan lemah kepala pening. Kalau pregnancy sebelum ni tak de la alahan, tapi kali ni morning sickness tu agak hebat la jugak. Pepagi memang akan muntah. Makan kenyang pun leh muntah. Kepala plak pusing je. Masuk trimester ke-2 ni alhamdulillah beransur kurang.

Selagi nak makan, memang makan apa aje. Cuma kena tengok jugak la kan, makanan kena seimbang..snacking pun kalau boleh makan fruit. Vitamin memang tak tinggal, pregnancy kali ni huby jaga betul-betul. Siap sound kalau tak disiplin makan vitamin and susu pepagi pun dia yang tolong buatkan. Kadang-kadang rasa nak minum susu tu takde, tapi bila orang dah buatkan kesian plak kalau tak minum.

Sure suma tertanya nape gap anak lama sangat. Kita kawen muda, masa umur 23 tahun. Masa umur 24 tahun dah ada anak sorang. Ibu muda takde pengalaman, nak kata kontrol tu tak jugak la kan. Tapi memang nak tumpukan perhatian pada anak. Masa tu plak baru nak membangun kerjaya dan duduk jauh dari family. Nak stabilkan family, bila dah duduk jauh dari mak ayah kuarga, kena la berdikari. Sefahaman suami isteri itu penting. Alhamdulillah dapat plak huby yang memang kalau boleh berkongsi segalanya. Betolak ansur dan yang paling penting family man. Utamakan keluarga dalam segala hal, walaupun kerjaya kadang-kadang menuntut dia tuk peruntukkan masa yang lebih. Tapi dia tak pernah mengabaikan keluarga.

Second pregnancy memang ditunggu-tunggu, time tu memang nak sangat anak. Tapi tiap kejadian ada hikmahnya. Kandungan ke-2 keguguran masa usia 12 minggu. Memang susah nak melupakan saat itu, tapi recover cepat. Life must go on. Lepas 6 bulan conceive kali ke-3. Ni memang jaga betul-betul. Adik Fikri lahir 36 minggu, tapi suma sihat. Premature borderline kata doktor. Berat 2.73kg.

Membesarkan anak-anak memang bukan mudah, walaupun gap 4 tahun. Duduk plak jauh dari keluarga. Alhamdulillah anak-anak membesar ngan sihat, cerdas dan cergas. Bersyukur dengan sokongan huby yang tak putus-putus. Kalau orang tanya kita merancang ke nak anak jauh-jauh, tak jugak rasanya. Tapi mungkin rasa belum bersedia tu buat kita hold dulu, bila dah rasa betul-betul bersedia. Bersedia tak semestinya dari segi wang ringgit. Tapi lebih kepada kasih sayang dan perhatian. Bila anak-anak dah tidur rasa kesian plak, tengok muka sorang-sorang. Ye la kadang tak sempat pun nak luangkan masa berkualiti untuk mereka. Weekend masa tuk family, apapun kena buat bersama.

Pregnancy kali ni pon, yes we are ready...harapan semoga suma nya berjalan lancar. InsyaAllah...jadi ibubapa ni bukan setakat melahirkan je. Anak anugerah yang diamanahkan Allah untuk kita, kena tanya diri cukup ke belaian kasih sayang tuk anak-anak, makan pakai dorang. Bagi sokongan pada mereka bila memerlukan. Bertegas bila anak-anak buat silap. Suma tu nak kena kaji. Kalau nak membebel lagi ntah apa lagi yang kuar. Rasanya ni la entry yang paling panjang.

Khamis, 22 September 2011

What I Feel today...

Yesterday the whole day memang bz ngan open house kat ofis. Kita plak on and off jaga booth sebab dah tak larat sangat berdiri lama dengan high heelnya. Now I'm 13 weeks preggy alhamdulillah kata orang 1st trimester dah berakahir. Tapi mual dan muntah-muntah masih ada gak. Dua pregnancy sebelum ni takde plak rasa macam tu. Tapi makan memang laju, sebab tak makan pun rasa loya baik makan je..

Kengkawan ada tak tips tuk kurangkan morning sickness ni, hope akan berakhir la kan tak lama lagi. Sebab kepenatan semalam, sakit kepala sangat. Selalu biasa je, sampai nampak tak bermaya hari ni..tapi teruskan jugak kerja macam biasa. Kalau tak okay jugak esok kena le check kat hospital.Nak amik ubat apa pun takut.

Dalam penat-penat tu pun, semalam balik naik bas..sebab MR MA balik lewat dari ofis. Dan hari ni pon kena naik bas jugak sebab MR MA ada urusan lain kat luar. Owh memang double the penat...apapun semoga segalanya berjalan lancar...semoga baby mama sihat, sempurna akal fikiran dan fizikalnya..Amin.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Yes...

Mesti suma dok teruja and tak sabar kan menanti entry ni. Yup test kit menunjukkan 2 bar equal tu positif. Dah masuk 6 weeks, ni anggaran calendar berdasarkan LMP..yang pelik bila tau diri ni pregnan. Mula la rasa mual-mual. Hari Rabu ari tu menggeletar badan sebab berlapar. Bila dikaji punca nya sebab makan obimin. Sekarang ni stop amik obimin tapi teruskan folic acid. Alhamdulillah puasa macam biasa, setakat berdaya ni kita teruskan jugakla..

Yang tak bestnya ari Selasa hari tu kena naik tangga ke tingkat 10 sebab lif rosak. Dugaan sungguh..mama nak jadi kuat supaya baby mama kuat. Alhamdulillah tak de morning sickness, takat muntah time gosok gigi je. Cuma keletihan melampau je la. Memalam pun tido awal. Doakan agar suma berjalan lancar. Dah lebih 4 tahun tak mengandung rasa cam kena belajar balik and baca balik artikel pasal pregnan ni. Esok baru nak gi klinik sahkan. Hopefully sumanya ok...Amin..