Khamis, 31 Mac 2011

Nak Join Bloglist Irma A. Wahid




 
Suka suka nak join bloglist IRMA A. WAHID ni..so im done! Lets check it out disini..

Yeahooo Dapat Cheque!!

Minggu ni memang banyak perkara yang berlaku diluar jangkaan, memeranjatkan dan memenatkan. Lebih kepada perkara-perkara yang tak syok dan menarik kearah yang negative. Semalam balik keja check suma surat. Ada satu bil kredit kad Mr MA, satu Astroview mag and satu lagi surat. Bukak memang hati dah berbunga dah, saya dapat cheque. Bukan dari nuffnang bukan dari heartbeat, tapi..jeng jeng jeng. Dekat sampul dah tertera Urusan Seri Paduka Baginda, dapat keja gomen ke..best la kalau dapatkan. Tapi gagahkan diri nak tau cheque dari mana? From Lembaga Hasil Dalam Negeri. It was tax refund, cepatnya baru 2 minggu lepas submit income tax thru e-filing. To be exact 17.03.2011 and yesterday baru 30.03.2011. Superfast and sangat la efisien.


Ramai jugak bertanya macam mana nak wat e-filing ni. Kalau 1st time registration dapatkan dulu pin number untuk login nya. Dulu first time kita anta email je kat LHDN, dorang reply cepat jugak. Siap infom macam mana nak login for 1st time. Yang penting those yang memang dah pernah deduct PCB tu kena la wat submission yer. Jangan wat donno jer. Pada sesapa yang tak buat lagi cepat-cepat jangan tunggu last minute, nanti susah nak akses system. Marah plak! Anda ada lagi sebulan tau last submission date 30.04.2011. Jangan lupa tanggungjawab anda.

Link --> Click sini  e-filing

Wat pilihan yang betul.



Ikut je suma step yang bila isi e-filing ni make sure refer kat EA form yang dikeluarkan oleh HR anda. Last sekali jangan lupa submit dan simpan/cetak pengesahan. So selesai sudah...senang kan!

Isnin, 28 Mac 2011

segmen cikgu bertanya: best ke couple?


Ni 1st time join ni, terbaca kat blog Chekgu Azrine..teringin lak kita nak memeriahkan majlis..comel kan orang nya! Click sini --> Cikgu Suraya..so here we go..

1) kamu couple ke tak?
~ ye, ngan Mr MA (my huby)..ni pun dalam kategorikan..

Dec'2002

2) kalau couple, ce citer sikit cam ne detik2 perkenalan...dan dah berapa lama couple?
~ Jumpa masa 1st year kat universiti (1998), dekat the mall UUM..mula nya tak nak couple cos nak concentrate blaja, after that amik this relationship as an experiment jer..tapi dah jodohkan tak kemana...dah kenal 12 tahun

3) best ke couple?
~ alhamdulillah best sangat, ada orang sayang, jaga, berkongsi masalah dan segala-galanya! seronok dunia kami yang punya..

4) pernah gaduh besar?
~ time bercinta ya, dah kawen ni matang dah, gaduh sikit-sikit cukup la...

5) ape harapan korang pada gf/ bf ataupun bakal bf /gf korang?
~ semoga perasaan kasih sayang, tanggungjawab antara satu sama lain berkekalan dan tetap utuh..amin

6) tag kawan2 korang (ikut la berapa orang pun)

nak tag:
Emmie Marja..
Maz

My Little Cupboard: Safi Perfect 10 Krim Siang

Look what I have..one of the latest product from Safi range..Safi Perfect 10. Mula-mula beli produk ni sebab rasa kesedaran pasal produk halal. Pernah cakap kan kita try macam-macam produk tapi jerawat still naik. Alhamdulillah sekarang ni jerawat dah tak naik lagi. Tak tau la sebab amik pil resdung ke or sebab bertukar ngan produk Safi. Hari ni nak wat review pasal Safi Perfect 10 krim siang SPF 15. Diformulasikan dengan Bio White.



Lepas cuci muka dengan pencuci muka gamat Safi. Kita guna toner Safi perfect 10 jugak. Toner dia berbau harum dan nyaman. Baru la kita apply cream ni. Teksturnya creamy. Sapa yang pernah pakai clean & clear lotion teksturnya begitu. Senang absorb apabila disapu. Bila pakai dia ada macam terasa mint berangin kat muka. So far kesan pemutihan tu tak de la nampak sangat. Sebab tujuan utama nak kurang kan kesan parut jerawat ni.

Actually tak nak la muka je putih yang lain tidak. Lagik pun huby memang suka hitam manis cam saya ni. Huhuhuhu...

Sabtu, 26 Mac 2011

Dapat berita yang kurang best..

Baru jap tadi Mr MA call, mulanya dia cakap dia kat Sri Aman lagi. Bayangkan bertolak dari tengah hari, tapi kat Sri Aman lagi. Mula la syak yang bukan-bukan kan. Kata journey dari Kuching ke Saratok about 6 hours sebab tak boleh laju katanya. Itu time dia call pukul 12 tengah hari tadi. By rite dah sampai ke Saratok dah this hour.

Pas tu dia kata awak saya involve in accident. Gullpp..awak doakan je suma selamat. Mula la kita nak bagi ceramah pelbagai. Pandu jangan laju, jalan kat sana tak macam kat KL nih. Dia pun potong pecakapan tu kata dengar la dulu. Time nak naik bukit Begunan tu dia side by side ngan lori. Lori tu boleh amik separuh jalan dia. Lost kontrol masuk longkang. Keta memang teruk katanya. Dia sendiri ok cuma kat pergelangan tangan je sakit sikit.



Mr MA tolong hati-hati next time. Kita ngan anak-anak sayang awak. Doakan pekerjaan awak kat sana berjalan dengan lancar. Terpaksa redha sebab dah tugas dia kan.

Tak syoknye..

Start ari jumaat hari tu Mr MA dah mula pegi outstation for 3 weeks ok. Owh I really need you! Bermula la journey pepagi naik bas rapid disambung pas tu ngan naik tren. Wah penat pegi dan balik. Dah la berhimpit-himpit kat dalam bas. Kat dalam tren pun gitu gak. Kalau dari Pantai Dalam ni kita lebih suka naik Bas Rapid U74 berhenti kat LRT Bangsar. So from Bangsar terus ke KLCC. Memang memenatkan terima je la driver takde buat sementara waktu ni.



Yang lagi membuatkan kita jeles, dia balik hometown..huargh nak ikut la...nak balik jugak forever boleh. Dah lama sangat rasanya bermastautin kat KL ni, bila lagi leh duduk tempat sendiri. Memang duduk mana-mana pon ada pro & con nya. Itu tak menjadi masalah kalau kita terima suma seadanya. Betul tak! Lebih-lebih lagi dikelilingi keluarga. Ada ramai kot yang senasib cam kita. Nak cakap banyak pun tak boleh sebab masing-masing mencari rezeki..

Jumaat, 25 Mac 2011

Naturactor Cover Face Foundation

Uolls pernah tak dengar tentang produk ni. Time belajar make up hari tu Cik Susy kita memang pakai naturactor ni kat kelas dia. Disamping produk krayolan. Kita terus jatuh cinta, memang nampak cantik bila pakai. So kengkawan kalau berminat boleh la dapatkan foundation ni dari kita. Harga RM40 tak termasuk postage. Sesiapa yang berminat boleh email kita itadha@yahoo.com or sms 017-6228141. Ramai yang dah cuba memang puas hati.


Kelebihan Naturactor Foundation : -
- Anti kilauan / tidak berminyak.
- 100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat, dan noda hitam
- Ringan dan lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakainya
- Melindungi kulit dari sinar UV yang menyebabkan pigmentasi
- Senang digunakan dan tidak melekit
- Bertahan hingga 12 jam, berbanding bedak biasa hanya 1 jam.
- Tidak menutup pori-pori
- Sering digunapakai oleh makeup artis professional

No
Color Code
Function
1
130
White skin color (normally) - Chinese skin (lightest)
2
140
White skin color (normally) - Chinese skin (lighter)
3
141
White skin color (normally) - Chinese skin (light)
4
150
Tanned Brown (sawo matang) skin color (normally) - Malay skin (light)
5
151
Tanned Brown (sawo matang) skin color (normally) - Malay skin (lightest)
6
152
Dark skin color (normally) - Indian skin (dark)
7
153
Dark skin color (normally) - Indian skin (darker)
8
161
Additional foundation (yellow)
9
171
Acne skin / scarred (green)
10
181
Additional foundation (white)

For White skin color          - 130 is the lightest (paling cerah)
For Tanned Brown skin color   - 151 is the lightest (paling cerah)
For Dark skin color           - 153 is the darker (paling gelap)




Selasa, 22 Mac 2011

Instill A Good VAlue to our children..

Pagi-pagi ni bukak email dan salah satu email yang kita dapat dari seorang kawan. Dipetik dari FB Wardina, kita sedikit terpukul dengan apa yang diceritakan oleh beliau. Terdetik untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian. KREDIT TO WARDINA..berdoa agar kita mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Berkat didikan dan bimbingan kita sebagai ibubapa. InsyaAllah..Alhamdulillah abang efan (8 tahun) dah mula solat, dulu sekadar ikut-ikutan kini dah jadi kewajipan bagi dia. Pernah abang efan marah sebab tak kejutkan dia solat Subuh dan dia kata bole tak dia qada' solat subuh dia lepas dia tersedar tu.

Dear mums...
 
I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

 
I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

 
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

 
2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau)

lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

 
3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

 
4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

 
5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

 
Macam ni ceritanya,
i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????
 
She was actually praying her Asar prayers...i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

 
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!!Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

 
And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

Ahad, 20 Mac 2011

Cucur Udang Sedap..

This is my eldest son favret..dia memang suka makan cucur udang tak kira siang ke malam ke..Tu yang stok udang memang sentiasa ada kat dalam fridge.



Here we go..

Bahan-bahan

10 - 15 udang ekor (normally akan belah 2)
1 1/2 gelas tepung
1 biji cili merah besar (dikisar)
2 sudu bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
1/2 sudu teh baking powder
garam secukup rasa
Telur (optional) (pecahkan telur stir dalam mangkuk-ambik 2 sudu)

Cara Membuatnya:

1. Campur suma bahan kat atas, gaul sehingga sebati.
2. Selalunya akan rendam udang dengan air kan, sebab udang letak dalam fridge. Air tu jangan buang bancuh bersama bahan-bahan tadi. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair.
3. Sedia untuk digoreng.

Selamat Mencuba, pasti sodap..

Selasa, 15 Mac 2011

Cuti Cuti Malaysia: Marriott Putrajaya

Cuti sekolah datang lagi, nak bawak anak jalan-jalan kat mana lagi ni? Malam tu kita ngan Mr MA google nak gi mana antara cadangan nak gi Melaka Wonderland/Tiara Beach PD. Tapi disebabkan cuaca yang tak mengizinkan so terpaksa la carik alternatif lain. Tengah santai-santai bukak paper The Star ada la satu iklan School  Holiday Room Package : Marriott Putrajaya.
Pakej ni antaranya:
  • 2days/1 night stay in a Deluxe Room
  • FREE one extra bed & one baby cot per room
  • FREE usage of karaoke room (max 2 hours)
  • FREE scheduled shuttle transfer to IOI Mall, Alamanda Putrajaya & KLCC
  • FREE access to Kiddies World
  • Buffet lunch/dinner for every paying adult kid below 12 yrs old EAT FREE
Suma ni dengan harga  RM268++ per room per night. Time tu jugak Mr MA call and book the room.

U all memang berbaloi, so apa tunggu lagi package available from 12 -20 March. We all have fun here! Meh nak share gambar kat sini.

Selasa, 8 Mac 2011

Mom Says Never Talk To Strangers..

Hari ini berlaku dua kejadian yang agak seronok untuk dikongsi. Insiden pertama berlaku lepas kita balik dari lunch. Semenjak ada 2 line ni kita slalunya akan bawak no celcom kemana-mana pergi. So time kua lunch no maxis kita tinggalkan kat dalam drawer kat ofis. Balik lunch ada satu miss call dari nombor yang tak diketahui. So kita return la call tu. Rupanya Encik Posmen, dialog yang dituturkan seperti dibawah.

Kita: Helo siapa ni, tadi ada miss call kat nombor saya.
Encik Posmen: Oh ni pos laju, tadi nak anta barang kat umah Cik.
Kita: Ooo nape takde orang kat rumah ke?
Encik Posmen: Nama apa?
Kita: Ni M...
Encik Posmen: Alamat?
Kita: A bla bla bla
Encik Posmen: Ooo, tak ingat la ada banyak umah anta tadi.
Kita: La ye ke. Ok takpe...

Adoiyai yang beriya-iya tanya itu dan ini tapi end up tak membantu pon. Tapi yang bestnya petang tadi, Encik Posmen sms cakap barang tu dah anta and nama recipientnya maid kita. Baik betul la kan..kalau la ramai posmen kita macam ni memang bagus sangat...

Insiden Ke-2, berlaku time kita menjamu selera kat McD sementara tunggu Mr MA jemput. Ada sorang budak lelaki dalam lingkungan umur 13 tahun asyik tengok kita, bila kita tengok balik dia paling muka kat tempat lain..hampir 5 minit sesi pandang memandang ni berlaku.

Pas tu tetiba dengar orang panggil kita, kakak leh pnjm tepon tak nak tepon mak..erk...dalam terkejut tu kita sempat berfikir jugak nak kasi tepon ke? Kita ulang balik pertanyaan dia tadi, nak tepon mak ye? Nah amik duit ni, kita bagi dia 50sen, ngan muka happy dia kata terima kasih dan berlalu. Erk membantu ke tak, dalam pada tu sempat jugak terpikir kalau la suma tepon kat KL Sentral tu rosak cam mana. Risau gak tapi kalau tadi bleh je tolong teponkan mak dia. Kalau korang dalam situasi kita, korang akan buat apa?

Remember: Mom Says Never Talk To Strangers..

Ahad, 6 Mac 2011

Entry Yang Ditunggu-tungu: My New Skin Regime

Sebenarnya bermacam-macam produk dah kita gunakan. Memang susah nak jumpa produk yang betul-betul suit dengan kulit kita ni. Pesan kita kat kengkawan kalau dah ok guna sesuatu produk tu jangan plak nak menggatal cuba produk lain unless korang memang sure yang produk tu tak mendatangkan apa-apa masalah kat muka korang.

Kalau korang tengok pic ni memang korang akan kata kita ni membazir. Selagi ada produk dipasaran tu hampir sumanya kita try. Yang ni produk masih disimpan yang lain tu ada gak bagi kat maid and ada yang dah dilupuskan kedalam tong sampah. Apapun yang gah dipasaran belum tentu lagi sesuai ngan kulit muka kita, korang kena ingat tu.


Jom tengok apa yang kita pakai sekarang ni dan ternyata berkesan.



My 3 Steps..

Pencuci Muka/Cleanser : Garnier Oil Clear Purifying Oil Control - bila pakai muka terasa bersih dan licin

Toner: Eucerin Dermo Purifyer - sejak pakai ni liang roma mengecil, kulit muka nampak lembut

Pelembab/Moisturiser: Clean and Clear Essential Moisturizer - ini memang superb dulu muka asyik berminyak je, pas tu kalau concentrate guna suma acne prone skin punya produk muka kering dan mengelupas, tapi yang ni ok sangat



For make up base: SimplySiti Acne Solution Simply 5 cream

Last sekali pimple cream: Safi Krim Anti Jerawat Sari Gamat -  yang ni selalunya pakai sebelum tido..

Ini je la yang kita dapat kongsikan, pada yang ada muka bermasalah tu memang susahkan nak cari produk yang betul-betul sesuai.


Rabu, 2 Mac 2011

Rimasnya...........

Rasa rimas sebab jadi orang tengah. Rimas sebab nanti orang kata kita gila kuasa. Rimas sebab tak tau macam mana nak bagitau pada pihak satu lagi bukan kita yang nak suka-suka arah ini arah itu. Tanya ini dan tanya itu. Rimas bila pihak satu lagi jadikan kita penyampai.

Boleh je kan kalau hantar email direct je nama dia. Tak perlu FYI, FYA..oh tidak! Apa yang kita membebel ni. Bebel sebab kita tak nak jadi messenger..mesej tak mungkin sampai. Sebabnya kita perlu pikir apa yang perlu kita sampaikan itu. Nak jugak jaga hati dan perasaan orang. Tapi orang paham ke perasaan kita. Sepuluh mesej yang dia hantar mungkin satu atau dua je kita sampaikan. Sebabnya kita ni suma dah dewasa boleh pikir mana yang baik mana yang betul.

Kalau kita ni batu api dah lama kot yang disana tu berasap. Kita tak boleh nak puaskan hati suma orang. Apa yang perlu kita buat tabahkan hati kuatkan semangat.


Selasa, 1 Mac 2011

Saman Oh Saman

Semalam hari terakhir bayaran saman ada diskaun.  Banyak betul complaint sana sini yang kita dengar. Orang-orang kita ni memang suka bayar last minute, kalau tak dapat tu macam-macam la alasan. Salah orang ni la, salah sistem tu la, salah sendiri tak nampak. Orang bagi peluang tak gunakan peluang tu sebaik mungkin.

Kalau tengok dalam newspaper dan dekat tv memang que panjang betul. Semalam itself MYEG servis ni tak boleh diakses sebabnya maximum traffic usage. So kita pun dah bayar saman, yang tak bayar lagi cepat la masuk MYEG nih. Caj RM2 tuk servis per transaction  http://app2.myeg.com.my/pdrm2/reg/chksmns.do

Kalau masuk ic number and the result will prompt like this.


So siapa yang tak bayar saman lagi, bayar la cepat...chow dulu.