Rabu, 12 April 2017

KEK LUMUT SARAWAK

Hari-hari ada projek baking kat rumah. Hari ni kita buat Kek Lumut, ni kek legend Sarawak. Jangan plak ada yang claim kek ni dari negeri dia sudah, tak kose hahahah..

Korang nak try Kek Lumut boleh la follow resepi di blog ni tau http://mazmalek.blogspot.my/2014/06/kek-lumut.html. Detail tau dengan step by step sekali. Nak kek cantik dan sedap korang kena follow sebijik tau.

Kek Sarawak ni bahan-bahan dia premium, jadi tak mustahil lah harga cecahan ratusan ringgit. Korang cuba tau.

Isnin, 4 April 2016

Tahniah anda berjaya!


Alhamdulillah sujud syukur padaMu ya Allah...penantian kami berakhir, walaupun sebenarnya dah lupakan soal ni..

Hari ni dapat surat abang long ditawarkan masuk ke Sekolah Berasrama Penuh dan di arahkan melapor diri segera. Memang kami sudah tidak berharap disebabkan dah lama sangat, rayuan hari tu pun senyap je.

Allah kata ini rezeki abang long maka abang long dapat. Ini mungkin yang terbaik untuk abang long. Peluang kan tak datang selalu, jadi hati emak & ayah redha. Semoga abang long berjaya di dunia dan akhirat.

Lama menyepi..

Assalamualaikum,

Memang lama sangat dah menyepi..busy juga lately. Bisnes pakaian muslimah masih seperti biasa, boleh like Page Hawa Iman Collections. Ada additional plak buat kek lapis Sarawak. Jual dengan jiran-jiran dekat umah ni. Alhamdulillah seminggu sebiji kek tu ok juga.

Yang duduk KL nak tempah kek lapis Sarawak boleh lah hubungi saya. Original orang Sarawak yang buat tau. Jangan malu-malu jangan segan2..

Cari IG saya Mamasita Malik..

Sabtu, 5 September 2015

Menantu vs Mentua


Gempak nye tajuk..tak de lah, menyesuaikan diri itu lebih penting. Penerimaan manusia ni berbeza-beza. Tentu ada yang lebih dan kurang kat mana-mana, betul tak?

Nak sakit hati pun tak de bawa kemana? Ingat pesan mak, nak kawen dengan anak, kena kawen juga dengan seluruh keluarganya. Memang banyak mak pesan/nasihat walaupun umur aku sekarang dah 36 tahun mak still juga bagi nasihat.

Kalau tanya aku, banyak juga yang berlaku sepanjang perkahwinan, adalah normal kot orang akan lebihkan yang dia rasa baik, cantik, banyak RM. Sedang anak sendiri pun dibeza2, inikan plak menantu.

Insiden kena tukar bilik tu biasa bagi aku, huhuhuhu...tak nak cerita panjang kat sini. Lagipun balik sekali sekala turutkan aje lah. 

Tapi aku salute mak ngan ayah aku, tak pernah membezakan menantu.

Jumaat, 10 April 2015

Rindu nye la hai...


Assalamualaikum,

Banyak nye debu2 cinta kat blog ni...apa khabar semua? Lama sangat tak menulis, rindu sangat tau. Genap setahun rupanya aku jadi surirumah sepenuh masa. Perasaan? Wow memang best juga dok rumah tak stress memikirkan kerja2 kat opis, balik umah pun fikir kerja je kan. Owh happy gile, walaupun tak mudah memikul tanggungjawab sebagai surirumah sepenuh masa. First 3 months stress juga, sampai satu tahap tak tau nak buat apa dah, bukan sebab tak de kerja, tapi semua nak diuruskan.

Lepas tu okay lah, dah jumpa momentum sendiri, jadual sendiri. Ada banyak masa aku sekarang untuk buat bisnes online. So yang berat hati nak berhenti kerja sebab financial tu, kena check dulu apa pro n con nye...kadang tu bila keja aku kira banyak juga belanja keluar. Bila dok rumah ni kurang sikit belanja, sebab pemandangan tu terhad. Tapi hobi aku yang satu itu masih diteruskan...membeli online..

Owh bercerita pasal bisness ni kan korang boleh like page aku kat FB Hawa Iman Collections ada jubah, dress, baju kurung dan semua rangkaian busana muslimah. Jangan lupa like tau..

Cukup kot 1st entry come back ni, nanti akan diusahakan update blog ni selalu. Korang boleh tengok juga koleksi terkini kat blog ni http://bymamasita.blogspot.com.

Till we meet again ta ta...