Memaparkan catatan dengan label PPUM bersalin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPUM bersalin. Papar semua catatan

Khamis, 22 Mac 2012

Welcome My Lil Princess..

Alhamdulillah kita dah selamat melahirkan baby gurl diberi nama Marissa Nur Iman pada tanggal 5 Mac 2012 jam 2400hrs. Berikut rentetan bersalin dari mula masuk hospital sehingga melahirkan:

Jumaat 2 Mac 2012
Rasa contraction berselang 30min skali kol 12pm. Masa ni masih kat ofis lagi, suma member dok kalut. Tengok muka agak pucat.  Nak kena gi hospital ke? Call huby katanya nak gi sembahyang Jumaat dulu lepas tu baru nak datang ambik. Ingat nak gi check dulu kat hospital. Just inform boss tak sihat and nak kena amik MC. Tunggu huby tak sampai-sampai jam dah kol 3.30pm. Huby sampai kol 3.45pm, inform huby balik umah dulu amik beg, just incase kena tahan kat wad. Sempat mandi nak segarkan badan. Sampai hospital jam 5.15pm. Doktor check bukaan dah 2cm. Kena tahan di wad, masa ni baru 36wks 3days. Doktor cakap disebabkan pre-term kena tunggu sehingga bukaan 4cm, dorang takkan force labour.

Sabtu 3 Mac 2012
Doktor check bukaan baru 3cm. Still happy walking, sakit contraction irregular. Tak sakit sangat, nak mintak discaj doktor tak bagi. Dan cakap kat doktor rumah just 10min je dari hospital. Petang masa huby and anak2 melawat terdengar jeritan kat bilik sebelah. Sakit! Sakit! Adoi rasa ngeri je...huby terkedu. Cakap kat huby sakit bersalin tu memang sakit tapi kena doa kat Allah, zikir tak putus2.

Ahad 4 Mac 2012
Bukaan masih 3cm. Still contraction irregular.

Isnin 5 Mac 2012
Kol 3pg contraction setiap 5 min, bukaan baru 4cm..ditolak ke LR. Masuk drip, doktor bg review another 4hrs. Bukaan still the same, doktor tak pecahkan ketuban. Naik semula ke waiting ward. Masih leh berjalan-jalan. Kakak-kakak nurse cakap tak sakit ke dik, rasa sakit ckit2 je. Frust jgak tunggu agak lama plak tuk kelahiran kali ni. Disebabkan pre-term dan doktor suh tunggu. Katanya even 1day pun dikira takut paru-paru baby tak matang. Tapi saya dah bosan kat hospital ni. 8am doktor round, kebetulan doktor yang admit saya ari tu. Dia kata kalau tak deliver jgak esok kena IOL. Maksudnya induce, disebabkan fetal weight suma ok tak pelu nak tahan saya lama-lama. Kol 10.45pm contraction every 3min, check bukaan masih 4cm. Nurse2 suh doktor tu anta kat LR. Kol 11 lebih tolak ke LR. Sementara tunggu dorang buat admission, saya dah disuruh baring. Kol 11.25 doktor datang check bukaan dah 6cm, doktor tu pecahkan air ketuban. Contraction makin kuat, doktor tanya nak ubat tahan sakit tak. Saya kata tak nak just nak amik gas je. Mulanya ada sorang doktor pelatih tunggu saya. Pas tu dia hilang time tu contraction dah makin kuat. Saya terasa nak meneran. Saya capai alat tuk panggil tu and saya tekan. Nurse datang dia check baby head dah ckit lg nak kuar. Dia kata kalau nak teran teran je dia ada. Pas tu contraction datang cuba teran, tapi tk kua jgak. After 3rd contraction saya teran hampir 3-4kali push baby head dah kuar sharp 2400hrs. Leh dengar baby nangis dan doktor suh relax. Lepas tu doktor suh teran skali lagi tuk kuakan bahu baby. Baby dah pun kua sepenuhnya. pas tu proses kuarkan uri plak. Doktor masukkan satu alat dan tarik uri keluar. Check koyakan kat dalam tak de koyak cuma kat kulit luar sahaja. Doktor kata hanya 2 sticht. Amik gas lagi sebab sticht tu terasa sangat even dah dibius. Doktor pun cakap kalau kulit even bius memang akan rasa sakit. Lepas dijahit doktor kata review another 1hr. pas 1hour check rahim, check jahitan suma ok. Akan dipindahkan kat post-natal ward.

A few hrs after dilahirkan..

Lps 12 jam dilahirkan, nak discaj dah..

Isnin, 19 Disember 2011

Jantina sewaktu ultrasound scan apa pendapat anda?

Semenjak mengandung ni dah 4 kali kita scan. Kali pertama waktu baby baru 10 minggu. Scan pada awal mengandung ni nak pastikan baby grow ditempat yang betul. Kandungan janin didalam rahim ibu. Second scan watu baby 16 weeks, just nak tengok fetal growth adalah normal. Waktu due date sama tak dengan scan. Yang ke-3 tu saje je wat scan.

Yang ke-4 plak scan kat PPUM rutin scan sewaktu baby 24 weeks.Time ni suma dia check dari kepala sehingga la ke kaki memang puas hati. More to anomali scan la kan. Result jantina ketiga-tiga scan ni adalah sama gegirl. Yup..hoping tu sapa tidak kan. Sebab kita dah ada 2 boboy sebelum ni. Ramai yang cakap jangan berharap sangat, memandangkan perut kita ni tajam ke depan.  Jantina lelaki ke perempuan bagi kita ok je..yang penting sihat tubuh badan dan akal fikiran. Mummy-mummy semua cam mana pernah ke result scan ni menghampakan? Lain yang di ditunjukkan lain plak bila lahir nanti. Next plan nak buat 3d/4d scan tapi tunggu masa terbaik 28 - 32 weeks dulu. 


Jumaat, 2 Disember 2011

1st antenatal check up @20 weeks -PPUM

Sebenarnya ni entry tertunggak, 1st antenatal check up ari tu sebenarnya middle last month kot kalau tak silap. So pagi tu terus amik nombor kat button J..sediakan la apa yang dah disenaraikan waktu buat appoinment ari tu. Bawak la urin, nak amik kat situ pun tak apa. Lepas tu masuk kat dalam, jururawat sedia menunggu di ambil timbang berat badan dengan tekanan darah. Tekanan darah suma ok. Pas tu check urin untuk protein. 

Lepas tu amik darah dalam 3 botol kecik tu, check hiv, anemia ada lagi a few test dari blood yang di ambik tu. Then tunggu untuk pemeriksaan doktor. Waktu pemeriksaan tu doktor tanya sejarah pregnancy sebelum ni. Pas tu suruh baring dan check perut. Sebelum balik doktor suruh buat appoinment untuk ultrascan. So nanti 24 weeks ada wat ultrascan.

Rabu, 9 November 2011

Booking Ante-natal Checkup di PPUM

17.10 ari tu amik cuti semata-mata nak wat registration untuk klinik mengandung kat PPUM. Bila sampai pak cik teksi tu hantar kat bangunan lama. Terpaksa la jalan sikit tuk sampai ke building baru. Memang cantik dan luas. Tak macam yang lama dulu. Kalau korang tak pernah sampai kesana wad tersebut terletak bersebelahan ngan Menara Timur. Sampai pagi tu ambik no untuk dipanggil kat kaunter 5. Suma dokumen seperti fotostat ic kita ngan huby, surat GL, kad biru PPUM card appointment.

Sebab dah pernah buat check up kat sini untuk anak kedua, lagipun PPUM ni dekat je ngan rumah kita. Bila selesai suma registration, nurse tu bagi borang pendaftaran. Borang tu perlu dilengkapkan suma detail diri dan suami dan perlu dibawa masa check up pertama nanti. Lepas tu nurse akan bagi tarikh untuk first check up.

Untuk check up pertama perlu bawak dokumen2 seperti berikut:
  1. IC mak dan ayah salinan dan original.
  2. Wang deposit RM500 (warganegara) RM1000 (bukan warganegara) dan percuma tuk kakitangan kerajaan.
  3. Bawak GL untuk kakitangan kerajaan.
  4. Air kencing yang fresh
  5. Apa-apa dokumen seperti buku mengandung/scan kalau pernah pergi check up kat tempat lain sebelum tu. 
Kalau nak tau dengan lebih lanjut boleh pergi ke website PPUM sila klin link ini ya antenatal.