Memaparkan catatan dengan label ante natal check up. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ante natal check up. Papar semua catatan

Isnin, 19 Disember 2011

Jantina sewaktu ultrasound scan apa pendapat anda?

Semenjak mengandung ni dah 4 kali kita scan. Kali pertama waktu baby baru 10 minggu. Scan pada awal mengandung ni nak pastikan baby grow ditempat yang betul. Kandungan janin didalam rahim ibu. Second scan watu baby 16 weeks, just nak tengok fetal growth adalah normal. Waktu due date sama tak dengan scan. Yang ke-3 tu saje je wat scan.

Yang ke-4 plak scan kat PPUM rutin scan sewaktu baby 24 weeks.Time ni suma dia check dari kepala sehingga la ke kaki memang puas hati. More to anomali scan la kan. Result jantina ketiga-tiga scan ni adalah sama gegirl. Yup..hoping tu sapa tidak kan. Sebab kita dah ada 2 boboy sebelum ni. Ramai yang cakap jangan berharap sangat, memandangkan perut kita ni tajam ke depan.  Jantina lelaki ke perempuan bagi kita ok je..yang penting sihat tubuh badan dan akal fikiran. Mummy-mummy semua cam mana pernah ke result scan ni menghampakan? Lain yang di ditunjukkan lain plak bila lahir nanti. Next plan nak buat 3d/4d scan tapi tunggu masa terbaik 28 - 32 weeks dulu. 


Jumaat, 2 Disember 2011

1st antenatal check up @20 weeks -PPUM

Sebenarnya ni entry tertunggak, 1st antenatal check up ari tu sebenarnya middle last month kot kalau tak silap. So pagi tu terus amik nombor kat button J..sediakan la apa yang dah disenaraikan waktu buat appoinment ari tu. Bawak la urin, nak amik kat situ pun tak apa. Lepas tu masuk kat dalam, jururawat sedia menunggu di ambil timbang berat badan dengan tekanan darah. Tekanan darah suma ok. Pas tu check urin untuk protein. 

Lepas tu amik darah dalam 3 botol kecik tu, check hiv, anemia ada lagi a few test dari blood yang di ambik tu. Then tunggu untuk pemeriksaan doktor. Waktu pemeriksaan tu doktor tanya sejarah pregnancy sebelum ni. Pas tu suruh baring dan check perut. Sebelum balik doktor suruh buat appoinment untuk ultrascan. So nanti 24 weeks ada wat ultrascan.

Rabu, 9 November 2011

Booking Ante-natal Checkup di PPUM

17.10 ari tu amik cuti semata-mata nak wat registration untuk klinik mengandung kat PPUM. Bila sampai pak cik teksi tu hantar kat bangunan lama. Terpaksa la jalan sikit tuk sampai ke building baru. Memang cantik dan luas. Tak macam yang lama dulu. Kalau korang tak pernah sampai kesana wad tersebut terletak bersebelahan ngan Menara Timur. Sampai pagi tu ambik no untuk dipanggil kat kaunter 5. Suma dokumen seperti fotostat ic kita ngan huby, surat GL, kad biru PPUM card appointment.

Sebab dah pernah buat check up kat sini untuk anak kedua, lagipun PPUM ni dekat je ngan rumah kita. Bila selesai suma registration, nurse tu bagi borang pendaftaran. Borang tu perlu dilengkapkan suma detail diri dan suami dan perlu dibawa masa check up pertama nanti. Lepas tu nurse akan bagi tarikh untuk first check up.

Untuk check up pertama perlu bawak dokumen2 seperti berikut:
  1. IC mak dan ayah salinan dan original.
  2. Wang deposit RM500 (warganegara) RM1000 (bukan warganegara) dan percuma tuk kakitangan kerajaan.
  3. Bawak GL untuk kakitangan kerajaan.
  4. Air kencing yang fresh
  5. Apa-apa dokumen seperti buku mengandung/scan kalau pernah pergi check up kat tempat lain sebelum tu. 
Kalau nak tau dengan lebih lanjut boleh pergi ke website PPUM sila klin link ini ya antenatal.