Selasa, 14 Oktober 2014

Tips: Berhenti kerja dan menjadi surirumah

Ada kawan-kawan yang berkerjaya menyatakan hasrat nak berhenti kerja, tapi tidak dapat melakukannya kerana takut dan tak pasti tindakan yang di buat itu betul atau tidak..aku takde tips khas nak dikongsikan semuanya bergantung kepada keadaan semasa anda...cuma boleh share apa yang aku tempuhi sendiri:

1. Pastikan tak de hutang-hutang belajar, hutang kereta, hutang kad kredit dan segala hutang yang boleh membebankan.

2. Pastikan simpanan anda menyamai 3 bulan gaji. (perlu untuk waktu kecemasan)

3. Pastikan ada plan sendiri nak meniaga ke ape ke (kalau rasa nak membantu keluarga, kalau suami mampu tanggung semua duduk goyang kaki takpe...aku dah biasa pegang duit dan aku suka niaga jadi boleh cuba bisnes kecil-kecilan dulu)

4. Pastikan anda tahu kedudukan kewangan suami, bukan mintak payslip tiap bulan ye...asalkan dia boleh tanggung semua keperluan keluarga, makan minum yang asas tu sudah memadai..jangan mintak lebih2 plak..kesian huby plak stress nanti..."keperluan bukan kehendak tau"

Tu je nak tulis...kalo ada yang nak tambah pun di alu-alukan..

Ahad, 27 April 2014

Resign..

Kita dah berhenti kerja lagi...

Ada banyak faktor dan akhirnya menyumbang kepada perletakan jawatan. Sekarang dok rumah jaga anak, maid pun dah takde. My plan..maybe 3 bulan pertama ni nak rehat dulu..rehat ke? Jaga anak-anak dan suami sepenuhnya..itu sebetulnya. Lepas 3 bulan tu boleh la berkira-kira nak buat ape..

Memang selama ni pun sedang berjinak-jinak dengan bisnes online..tidak lah sepenuh masa..takpe bagi masa untuk diri sendiri mencari kekuatan..sekiranya sudah bertemu nanti ok kita grab peluang..

Teringin nak blaja forex ni tapi tak tau mana nak mula..anyone yang ada ilmu pasal ni nak kongsi silakan ye..

Till we meet again..Happy Sunday!


Isnin, 6 Januari 2014

Jom Makan: Ombak Steamboat

Actually dah siapkan entry ni masa tunggu Mr MA renew licence kat UTC. Entah macam mana entry kat S3 tu appear "saving" memanjang. Sudahnya kita uninstall Blogger apps kat phone tu. Eee geram betul.
Ok sebenarnya dah lama kita orang nak makan stimboat ni. Selalunya memang makan kat Flaming, Sunway. Hurm sejak bermastautin kat KL ni situ je la stimboat yang kita orang pergi. Mr MA pun google la, memang susah gak nak carik tempat stimboat kat KL ni yang halal. At last, kat satu blog ni ada cerita pasal Ombak Steamboat. Mr MA kata jom malam ni makan sana. We all yea, suka then apalagi Mr MA terus call for reservation.

Ombak Steamboat ni letaknya kat Kota Damansara, ok memang tak pernah sampai lagi situ kita orang ni. Dengan bantuan Waze, yang mula-mula kami ragu jugak ntah mana-mana jalan la yang dia bawak. At last kami sampai. Ok kalau nak guna Waze, better letak full address dia kot. Senang cikit, bila carik ombak tu memang tak appear.

Kami gerak lepas maghrib tepat jam 8.30 kami sampai, Ombak ni betul-betul depan Giant Kota Damansara tu. Masa kami sampai ramai jugak orang kat sana. Restoran ni dua tingkat, sebab masa kami booking tu dia dah tempatkan kita orang kat level bawah. Mr MA kata kat bawah je yang ada stimboat dan grill. Tak sure jugak la, kami tak tanya plak malam tu.

Masa sampai tu staff dia agak sibuk, lepas dapat seat after few minutes baru dipasangkan dapur kami. Ada dua pilihan, sama ada nak sup or tom yam. Mr MA pilih tom yam. So aktivit eksplorasi pun bermula, dekat satu sudut bahan-bahan mentah seafood dan bebola. Ok korang mesti try suma tau..ada ketam, ada udang, ada kepah, ambal (eh tu bahasa Sarawak) yang macam buluh tu. Pelbagai jenis mee. 

Ada menu yang dah siap dimasak, ada nasi goreng, meehoon goreng, mee dan kuew tiow. Siap ada chicken wing panggang lagi. Air malam tu air blackurrant dan teh O. Dekat meja desert ada agar-agar, kek, bubur kacang dan bubur nangka. Memang ramai yang datang mungkin disebabkan malam minggu.

Lokasi: Ombak Steamboat Restaurant
           27, Jalan PJU 5/20E
           The Strand Kota Damansara
Tel:      03 6143 5599
FB:       www.facebook.com/ombaksteamboat

Ok korang layan la dulu gambar kita orang yang memang berselera tu..