Waktu 1st visit ke PPUM masa minggu ke 7 umur Marissa hari tu, beratnya 4.58kg, lahir dengan berat 2.79kg. Masa visit tu ada la check menyeluruh perkembangan baby termasuk diberikan suntikan. Tapi 2nd visit kat KIDSS clinic hanya diberikan suntikan semata-mata. Sekarang ni kita orang berkira-kira nak bawak dia ke KKIA, sebab takde buku dan nak tau jugak perkembangan dia setiap bulan. Hari Ahad lepas bawak Marissa ke klinik keluarga yang dekat rumah tu its a private clinic. Berat Marissa sekarang 6.5kg (3 bulan 20 hari), tripple from her birth weight. Alhamdulillah berkat susu ibu la kan.
Alrite tu selingan je, crita kita pada hari ini ialah mengenai suplemen untuk menambah susu ibu. Dah wat research dan google di sana sini, banyak jugak dapat info dari kengkawan yang punye baby. Sekadar mencuba sebabkan Marissa punye serving dah bertambah kalau dulu 2oz dah cukup, start umur dia 3 bulan ari tu per serving 3oz, tu pun kadang dia lapar lagi. Ibarat sekarang ni kais pagi makan petang la plak. Disebabkan itu mengambil langkah nak boost kan milk supply. Kita amik "fenugreek" katanya yang ni dalam bahasa melayu ialah halba. Kita beli yang GNC punye harga pada masa tu RM68.90 untuk 100 kapsul. Cara makan amik 2 biji masa perut lapar. Kalau memang takde susu langsung bleh amik 4 biji ni yang kakak salesgirl tu cakap. Its a herb, bukan pil-pil yang biasa di jual kat farmasi tu. Pernah terbaca yang pil-pil tu ada side efek and memang tak berani pun nak try. Outlet GNC ni yang kita tau ada kat KLCC and Midvalley. Aritu gi kat KLCC je sebab memang keja kat situ.
Alkisahnya biras yang anaknya umur 6 bulan pun amik fenugreek ni tapi dari doktor kat hospital Pantai.Caj untuk botol kecik tu RM160, tak tau la banyak mana kat dalam. Disebabkan dia kesian kat baby dia yang hanya menyusu 2 minggu je. Tapi baby tu dah tak nak lak minum susu ibu. Sebab dah terbiasa minum susu formula.
Sekarang ni dah 2 minggu ambik, tak nampak sangat kesan dia. Mungkin disebabkan sekarang dah bz sikit dan jadual mengepam sedikit lari. Pagi bleh dapat dalam 4oz, tengah hari 6-7oz dan petang pun sama. Sekarang ni ingat sebelum tido pun nak pam jugak. Still taking that suplemen kalau dah habis nanti boleh try yang lain kot. Then satu lagi sekarang ni memaksa diri untuk minum sebanyak mungkin.
PS: Doktor yang kita orang jumpa tu cakap bagi susu ibu on demand.Keja nye nak menyumbat susu je kat Marissa. Doktor kata tak pe lagipun baby sihat then perkembangan sesuai dengan usia nya.
To All Mommy: Happy Breastfeeding ya!
ok x awak mkn fenugreek ni? increase x susu badan?
BalasPadamEfeknya agak lambat. Mungkin tak sesuai dengan saya.
Padamnak tany la...ada effect x pd dri kita sndiri bila mkn ubat ni?
BalasPadamSo far takde ape2 efek...ni hanya la halba sahaja..cuma bau dia agak kuat.
Padam