Sabtu, 23 April 2011

Miscarriage

To all mom & mom to be out there,
Ini pengalaman pahit yang kita tak pernah lupa. Berlaku tahun 2006, tahun ni tahun penghijrahan kita ke K.L, sebab mengikut Mr MA yang bertugas di Bukit Aman. Bila kita mengharap sesuatu kita tak dapat, memang kecewa sangat.

Masa tu dah masuk 11 weeks, pas tu kita spot got some bleeding. Tak banyak cikit2, kita gi klinik tapi doktor kata ok. 2nd day tu still bleed lagi..and on the 3rd day cakap kat huby come we have to go to hospital to check. Sebab huby nak cepat just drop me at the hospital, HKL. Need to wait a few minutes before they send me to the doctor. Nak tunggu doktor periksa plak amik masa, rasanye berjam jugak la kita tunggu.

Bila turn kita, doktor tanye apa yang berlaku. Kita crita la suma, pas tu doktor buat scan. Betapa luluh nye hati, bila dapat tau yang dah takde ape2 yang tinggal, cuma ada sarung jer kat dalam. Kita nangis, rasa tertekan sangat. Doktor cakap, its all about the baby itself yang tak grow. Supposed kalau baby dah 11 weeks dah leh dapat tengok dia punye bentuk. Bayangkan that time kita sorang2, sebab huby just antar je dia ada tugas. Rasa sedih yang teramat, cikit2 nangis.

During that period kita cepat tersentuh. Nasib la dapat huby cam Mr MA yang banyak bersabar..dengan kita ni. Dia jaga kita, terpaksa terima kita marah2 kat dia. Rasa psycho sangat that time, bila tgok orang ada baby. Dah la family jauh, nak nak that year mak kita leh dapat 4 cucu dari 4 anaknya.

That time actually kita patutnya dah mula keja kat satu accounting firm ni. So terpaksa tangguhkan, dapat cuti sakit 2 minggu. Doktor suruh rehat 6 bulan baru boleh conceive lagi. Tepat2 6 bulan, MK conceive. Keja dah stabil, suma dah ok. Alhamdulillah sebab kita memang takde ape masalah during pregnancy. This pregnancy kita betul2 jaga. Yang bestnye masa pregnant Fikri, Fikri slalu jadi model. Korang nak tau model apa, model mesin scan! Kita wat check up kat PPUM, dia orang call suh jadi model tuk a few occasion jugak. Scan 3d skali, leh tgok muka dia waktu dalam kandungan lagi. Waktu nak bersalin pun mudah, rasa sakit sikit2 terus bukak 8cm..masuk labour room a few minutes dah bersalin.

Kat bawah ni kita share sign of miscarriage:

1. Complete loss of all pregnancy symptoms (although symptoms will come and go throughout pregnancy and that can be normal)
2. Bleeding - usually quite heavy and red (brown blood does not necessarily indicates a possible complication as it is likely just old blood)
3. Severe cramping (mild cramping can be normal in pregnancy)
vomiting and/or diarrhea
4. Passing tissue or grayish matter 

Bz schedule.....

Dah lama sangat tak buat entry baru rindu suggoh! Banyak betol keja kat ofis..ada sorang colleague dah brenti keja and I have to take over dia punya keja..oowhhh fenin betul la kan. Mana nak buat keja kita lagi keja orang lagi and lately banyak isu tentang settlement report. Suma nak buat.

Tinggalkan suma masalah tu buat sementara waktu yang best nya kita dapat RM500 Parkson Baucar ingat tak lagi yang pergi dinner tu doorgift nya itu la. Ingat tak Ala entry yang ini la dinner --> Arabian Night. So apa lagi shopping la kan. Setakat ni dah abiskan separuh dari baucar tu. Kita dah jatuh cinta dengan perfume ni..Mariah Carey Luscious Pink.

Kita memang suka kumpul perfume, this smell fruity and floral. Kita memang suka perfume yang bau nya soft and sweet. Cos kita kan sweet..opps terlebih sudah and it suit me. Ada yang wat review perfume ni tak lasting, tapi ngan kita ok je.

Rabu, 13 April 2011

Kenapa wanita selalu menjadi mangsa keadaan!

Hari ni terbaca satu blog --> Realiti Sebuah Kehidupan blog seorang ibu tunggal beranak tiga. Kesian tapi kita salute pada wanita yang begitu tabah menghadapi dugaan hidup demi membesarkan anak-anaknya. Lately ramai jugak member mengadu pasal rumahtangga mereka pada kita.

Timbul pertanyaan terdetik dihati, kenapa wanita selalu jadi mangsa keadaan. Baru ni dapat email dari my friend asking me to check satu nombor telefon. I try tapi tak janji leh dapat atau tidak. Ada hal ape nak tau no telefon orang ni. Dia buka cerita bahawa suaminya berbalas-balas mesej berbaur cinta dengan seseorang. This happen quite sometime. Selama ni dia menaruh sepenuh kepercayaan pada huby dia, balik lewat ada meeting jumpa client suma dia tak kisah. End up jadi cam gini plak.

Dia memang cantik, tinggi lampai tak ada apapun yang kurang. Perkahwinan dah mencecah 7 tahun, anak dah tiga orang. Dia dah bersemuka dengan huby dia but huby dia cakap tak de apa-apa dengan perempuan tu. Kawan jer! Bak kata dia, takde sapa yang nak mengaku kalau dia buat silap.

Kita tanya cam mana dengan awak, dia kata tak leh pergi dah dengan hubungan ni! Satu benda yang buat dia sakit hati ialah huby dia leh kongsi pasal masalah mereka dengan perempuan tu. Dia cakap abis dia tu tunggul ke? Sebagai kawan kita nasihatkan dia fikir masak-masak, kesian kat anak-anak. Hari ni kat status FB dia.."Only memories could be the cure...Happy 7th Anniversary! Dorang masih bersama. Tapi bila hati dah pernah dilukai, tentu kasih sayang dah tak seperti dulu. To you semoga tabah menghadapi dugaan hidup. 


Selasa, 12 April 2011

Bedroom ~ 18SX

Entri kali ni lebih sesuai dibaca oleh golongan dewasa. Kebanyakan antara kita agak malu membincangkan soal ini bersama pasangan. Are you satisfied with your sex life? Dibawah ini ada sedikit tipis yang boleh kita kongsi bersama hasil dari pembacaan kita.

Simple self improvement tips:

Talk about it..
·      Berikan pujian kepada pasangan anda. Bila dia melakukan sesuatu yang menyenangkan.  It's called positive reinforcement.

·         Make concrete requests, such as, "Hold me and kiss me.'' This is more likely to get the desired result than expressing a vague wish, like "Be romantic." 

·         Talk gently and honestly about sex afterward, about what worked and what didn't. When stating your preferences, begin by saying something like "I like it when . . ." It sounds better (and will evoke better results) than "You always do this wrong . . ."

Honesty, the Best Policy
Tell the truth, walaupun kadang ia melukakan atau menyinggung perasaan pasangan anda. Do communicate it clearly with your partner. What you like or dislike. Maybe it can help both of you with a better one.

Giveaway..Jom Join!


Im joining this giveaway..sapa-sapa nak join please check it out here http://ashchroniclesletsfly.blogspot.com/2011/03/over-50-follower-appreciation-giveaway.html

Not really into Japanese or Korean song but I'm a big fan of Taylor Swift..this is one of my favrit song..enjoy!


JOM JOIN BLOGLIST AYNIE

Hi All,



Semenjak dua menjak ni suka je memang suka nak memeriahkan bloglist nih. Kita join ni untuk support suma blogger! Chaiyok! Siapa lagi nak join KLIK SINI!

Sorry I have to remove you...

Hola, hari ni bukak FB and check apa yang patut. Ada la sorang mamat ni rasanya from timur tengah la kot. Sudah buat perangai, hari tu ada sorang yang dok hantar gambar bukan-bukan. So kita dah remove dia dari friendlist. Ini satu lagi mamat desperate mana ntah, yang rasanya kalau dibiarkan. Akan menyebabkan saya disoal siasat oleh Inspektor Sahab..

Takde masalah kalau nak berkawan, tapi jangan la melampaui batas plak yer. Sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini. Mahap le terpaksa me"remove" you from my friendlist. To those kat luar sana "Berkawan biar 1000, berkasih biar 1"! Mamat dimaksudkan ber nama David Mendez kat bawah ni!!

Ahad, 10 April 2011

Merajuk Ke Yang?

Soalan ni kerap Mr MA tanya kalau muncung dah panjang sedepa, cakap pun tak layankan. Betul ke wanita ni kuat merajuk? Perlu ke kita ni nak merajuk sayang oi? Wanita bergelar girl friend dan wife sila jawab sikit. Apa sebenarnya yang menyebabkan kita nak merajuk.

Bagi kita plak merajuk ni bukannya sengaja dibuat, mesti ada sebab-sebab tertentu. Kita senaraikan la sedikit. Contoh pertama bila dah janji nak keluar ke? Dah siap ni tapi si dia plak buat tak tau. Selalunya berkenaan janji tak ditepati la atau tidak dapat apa yang diinginkan. Contoh kedua mementingkan orang lain or kerja dari kita nih! Ada masanya kita perlu jugak ruang untuk bermesra. Apa yang selalu kita pesan and selalu sangat cakap kerja takkan abis, tapi kena peruntukan masa untuk yang tersayang.

Yang ketiga plak cemburu! Ni masalah besar kalau tidak percaya pasangan anda. Ni boleh jadi gaduh besar nih! Kalau boleh control la sikit perasaan cemburu ni. Cemburu secara keterlaluan boleh merosakkan hubungan kasih dan sayang.

Bila dah merajuk kena la pujukkan. Terangkan hal sebenar secara jujur dan ikhlas. Minta maaf takkan jatuh tahap kelelakian tu kalau minta maaf. Kalau Mr MA dia akan berlawak and wat kita tersenyum dan ketawa. Normally dia akan bukak kisah-kisah lama yang mencuit hati. Pandai kan nak pujuk! Kalau buat keputusan tu ambil kira pasangan juga. Bertolak ansur la dalam membuat segala keputusan. Tak susah pon kan!

Ada ke jenis yang merajuk tak bersebab! Yang tu spesis lain kot. Kita doakan semoga suma yang membaca diberikan kekuatan dalam melayari alam percintaan/berumahtangga. Kita meminta pada yang ada, merajuk pada kasih!




My Little Cupboard: Simply 5 Cream Acne Solution

Dah lama jugak kita tak buat review produk ni. So ari ni kita review pasal Simply 5 Cream Acne Solution ni. Disebabkan muka kita ni senang berjerawat kita beli produk yang bersesuaian.


What they claim?

Acne Solution Simply 5 Cream
This oil-free UV protecting star product formulated with unique active ingredients and specifically designed for acne skin. It suppress acne bacteria while regulate sebum production. It also helps create a natural coverage on marks and blemish as it prepares the skin for make up without irritating the current acne problem skin.

Kita punya pendapat:
1. Senang nak pakai pump sedikit dengan jari cream akan kua, dalam kuantiti yang berpatutan.
2. Kesan pada kulit berjerawat memang membantu.
2. Coverage dia sangat natural dan tipis, tak boleh cover acne mark sepenuhnya.
3. Didatangkan dalam satu jenis kaler je, skin shade lebih kepada natural kaler.
4. Walaupun creamy tekstur tapi ia sedikit kering.

Sabtu, 9 April 2011

Pentingkah Memilih Pasangan!

This is one of my favrit pass entry kat blog lama Sharing Is Caring!
Minggu lepas MK ada baca akhbar tabloid yang satu artikelnya betul-betul menarik perhatian MK. Kalau tak silap front page kot, "Kahwin Ekspress", bukan bas jer ade ekspress kawin pun sekarang ade ekspress jugak. Mengambil kira apa yang berlaku disekeliling kita hari ini, mengapa suma ini boleh berlaku.
Penting sangat kah memilih pasangan hidup ni or sekadar suka sama suka dah boleh dijadikan tiket untuk berkahwin. Ada banyak faktor yang membolehkan kita memilih calon isteri atau suami. Jika didalam Islam telah digariskan empat perkara ini supaya diberi keutamaan bila memilih pasangan iaitu Agamanya, Hartanya, Keturunannya dan Kecantikannya. Tapi yang paling penting antara empat perkara ini ialah Agamanya.


Kenal hati budi calon pilihan anda sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Ya kadang-kadang zaman bercinta ni tak sama bila dah berumahtangga. Selalu juga kita dengar orang merungut belum dapat dulu bukan main lagi, dah dapat macam ni pulak jadinya. Perubahan masa itu membuatkan perkara ini berlaku, kenapa? Pasangan kita mengharapkan kita matang dalam membuat sesuatu pekara, baik tingkah laku atau perbuatan. Lelaki terutamanya tak suka benda-benda yang remeh temeh ni. Asal majuk nak pujuk..majuk-majuk nak bermanja. Tapi biar la apa yang dilakukan tu kena pada tempatnya.

Perkahwinan bukan untuk sehari dua, tetapi untuk sepanjang hayat. Jadi pilihan tu hendaklah tepat, kita manusia "nobody is perfect". Pada MK kena la terima pasangan kita seadanya. Biar sedap mata memandang yang penting layanan kita sebagai suami atau isteri. Mak MK selalu pesan cari huby yang sayang sangat kat kita, bukan sebaliknya.

Untuk kengkawan yang tak kawin lagi jangan takut untuk berumahtangga. Ada banyak keistimewaannya bila dah kawen. Rugi pulak nanti. Bagi yang dah kawin pikul la tanggungjawab anda sebagai suami atau isteri dengan baik. Jumpa lagi.

Halal Food In Hong Kong

Ini kira flashback entry la, tapi kira post pilihan ramai dekat blog lama kita. One month trip doing workshadowing in Hong Kong sometime in year 2006. Kita pegi selama sebulan, pack up 1 box sumanya makanan segera. Bawak beras and rice cooker suma. Becos earlier my supervisor yang dah pergi and dia kata tak banyak sangat tempat makanan halal. So dalam box tu bawak la Brahim punye instant dish yang dipek-pek kecik tu.

Kami menginap kat Regal Oriental Hotel Sa Po Road, Kowloon City. Dekat area ni banyak jugak la restoran yang halal. Makanan dia portion memang banyak, makan dim sum, beef patties memang puas hati. Kat sini kita list kan halal food yang korang leh carik kat area Kowloon ni dan a few block je dari hotel ni. Memang sedap and puas hati. Makanan selalu dihidangkan dalam set price range HK$38 - HK$50. Bila convert duit Malaysia bahagi dua la.


1. Islam Food (Kowloon City branch)
33-35 Tak Ku Ling Road, Kowloon City




2. Beijing Beef
23 Lung Kong Road, Kowloon Hong Kong

3. Jordan Curry House
47, Woosung Street, Jordan, Kowloon (yang ni kena amik cab sebab jauh sikit)

4. Area Mongkok, ada satu kebab house (kalau u all pegi dekat area ni membeli belah)

This is few search yang dah wat kat google sebelum pergi, tapi tak pegi la yang ni cos lain area:






Rabu, 6 April 2011

Meriah Blog Dengan Gegaran!

Wah semenjak dua menjak ni..sangat hepy ramai yang menggegarkan blog kita. Nak tau naper sebab join segmen bersama Ben Ashaari gegar-1-ribu-blog-april-bermula ..wow sungguh seronok! Terima kasih sebab mencetuskan gegaran blog ni..secara tak langsung menarik ramai kengkawan baru. To all terima kasih kerana datang, tunggu kunjungan kita plak. Love You All! Follow me..I follow you!! Kengkawan tinggal kan jejak ok..kita akan serang..tunggu..

Tolong Hentikan Penderaan Ke Atas Kanak-Kanak!!!!

Hati keibuan kita tersentuh, bila membaca berita maupun menonton berita kematian adik Saiful Syazani..bayangkan penderaan dan azab yang ditanggung olehnya setelah dibelasah oleh ustaznya sendiri. Kita ada anak lelaki berusia 4 tahun dan 8 tahun. Adoi betul-betul sedih dengan perihal begini. Calar sedikit pun anak sebab kenakalan dia, kita dah bising kat maid kita. Inikan sampai mendatangkan kecederaan parah begitu.

Apapun kesalahan kanak-kanak tersebut tidak wajar kita amik tindakan sedemikian. Bayangkan usia tujuh tahun yang sememangnya stage anak-anak nakal. Ada cara lain yang lebih baik untuk mendidik. Geram! Marah! Sanggupnya tengok anak tersebut menderita. Bagi ibubapa yang ada anak duduk asrama, tolong la pantau. Tanya khabar, jenguk la dorang sekali sekala..kalau boleh secara mengejut. Tak mo benda ni berlaku lagi..tolong hentikan penderaan ini!!!!

Isnin, 4 April 2011

Sexual Harassment...in LRT

Today train delay lagi, awal pagi Isnin dah wat mood kita down. Hmm what to do? Kerja kerja kerja...Every station train tu akan brenti 5-10 minit or lebih kot. Sebab rasa cam lama sangat dah tu tiap kali train tu berhenti yang dah memang sesak ni. Ada jugak makhluk yang tak reti bahasa masuk. Nak jugak berhimpit-himpit. Bila dah crowded macam-macam benda leh berlaku.

Nak dijadikan cerita ada satu mamat ni berada kat tiang tengah tu, tengah tenung semacam je kat awek India yang ada kat depan dia. Awek tu membelakangkan dia. Posisi kita plak kat tiang tepi sebelah pintu. Awek tu tak pakai sexy pun pakai punjabi suit je, cumanya baju ada sedikit bukaan kalau dari sisi mungkin nampak kot yang didalam. Kita pun tak pasti apa mamat ni tengah tenung, tapi mukanya cukup gatal. Kita plak tak leh nak cakap apa sebab jauh jugak la kan. Geram..nape ada jugak yang nak amik kesempatan time ni! Gila lah..


Pernah satu kali benda ni berlaku pada kita. Waktu tu memang tengah crowded and kita memang tak leh bergerak maupun berpusing..Time tu pakai baju kurung, tetiba rasa macam ada something merayap menyentuh paha. Ingatkan baju kurung tu ditiup angin. Kita tengok la ke bawah..takde apa plak..time tengok tak rasa plak benda merayap nih. Tapi time tu tak perasan lagi. Bila kita tengok tempat lain. Terasa lagi ada benda merayap. Tapi ada satu tangan mamat yang agak 3 inci dari situ. Ni tak leh jadi, nak je pijak kaki mamat sebelah tu. Tapi next station dia pon kuar. Ahhh..geram!

Hanya boleh ngadu kat Mr MA je..adoi..nasib..Kalau korang korang akan wat apa?

Ahad, 3 April 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


Ok kita dah join segmen ni..sesiapa yang nak join boleh la KLIK SIINI!

Rahsia Mujarab Cinta Jarak Jauh..

Inilah yang berlaku kat kita sekarang ni..Mr MA dtugaskan dikampung halaman dia selama 3 minggu. Minggu pertama ni dilalui dengan begitu sukar sekali, mana taknya sekarang suma pun All By Myself! Pembantu pun tak berapa nak membantu kat rumah ni jadi sangat la penat. Ditambah dengan karenah anak-anak yang semakin membesar. Sepanjang ketiadaan Mr MA macam biasa la kan..rindu serindu rindunya, macam zaman bercinta dulu dulu pun ada. Dok bergayut malam-malam sampai masing-masing tertido.



Dulu masa Mr MA pegi training setahun tu ditinggalkan, masa tu anak yang sulung Irfan baru berusia setahun. Dok skali ngan mak ayah and adik beradik pun dekat. So takde la terasa sangat. Sekarang ni duduk sendiri dan terpisah ngan Laut Cina Selatan..membuat hati ini asyik terkenang..

Especially bagi yang dah berkahwin..mesti korang terasa sangat! Cam ada sesuatu yang hilang..Kebetulan plak majalah kesukaan kita Harmoni ada satu artikel mengenai benda ni. Menurut artikel tersebut rahsia mujarab cinta jarak jauh ialah..."Phone Sex" ni spesifik kepada yang dah berkahwin la kan. Ini terpulang kepada peranan dan penerimaan masing-masing..nak ke mengulas lebih lanjut pasal ni. Opppss..I will one day..



Yang penting kalau kita jauh dari pasangan hendaklah kita terima keadaan tersebut, jangan jadi ia satu beban plak. Tanamkan dalam fikiran bahawa dia pegi bekerja mencari rezeki yang halal untuk menyara kita sekeluarga. And for pasangan plak luangkan la masa tuk bertanya khabar, jangan sibuk memanjang je. Kerja memang tak akan habis sampai bila bila. So ingat tue...telefon dan bertanya khabar, mendengar suara orang tersayang pun dan cukup menggembirakan!

Sabtu, 2 April 2011

Sayang Sarawak

Minta maaf la kengkawan, ari ni macam nak wat entry dalam Bahasa Sarawak...kalau ada yang nak kita terjemahkan nanti boleh jer..

Ntah macam ne pande mukak TV3 pukul 6 tek, jadi waktu ya tengah show pasal program Sayang Sarawak tok. Sedutan nya tek berkisar pasal update pilihanraya lah. So esok Pehin Sri akan ngumum nama barisan calon BN untuk Pilihanraya Umum Negeri Sarawak 2011.

Sengkol juak nangga perantaranya, nindak kejap berklaka Sarawak kejap berklaka Semenanjung. Tapi sik hal la ya boleh diperbaiki, yang penting matlamat sidak sampe la. Dalam segmen ya juak ada crita pasal bandaraya Miri, pasal minyak, pasal sumbangan. Eh kamek lom sampe gik Miri..InsyaAllah bulan 6 klak mun sikda aral akan sampe la. Mostly orang Brunei la yang datang ctok membeli belah.

Ada juak crita pasal Serikin, border Sarawak dengan Kalimantan. Mostly tok tempat paling rame orang suka membeli belah sebab murah. Hanya dibuka hari Sabtu dan Ahad. Antara barang dijual tikar sarawak, kain kain, pakaian..eh banyak lagik.
InsyaAllah dalam masa akan datang jika ada sambutan kita wat tutorial bahasa Sarawak..orite !

Jumaat, 1 April 2011

Poco Poco diharamkan di Perak..

Rasanya suma dah baca paper hari ni kan. Tarian poco poco diharamkan di Perak atas alasan pesong akidah. Kita tak nak mengulas panjang mengenai hal pengharaman ni. Sebab yang keluarkannya pun mufti kan.

Kalau nak tau lebih lanjut sila la klik link ni --> rahsia-tarian-poco-poco. Sharing is caring.


Kita sempat jugak carik video poco poco ni kat youtube tadi..