Isnin, 19 Disember 2011

Jantina sewaktu ultrasound scan apa pendapat anda?

Semenjak mengandung ni dah 4 kali kita scan. Kali pertama waktu baby baru 10 minggu. Scan pada awal mengandung ni nak pastikan baby grow ditempat yang betul. Kandungan janin didalam rahim ibu. Second scan watu baby 16 weeks, just nak tengok fetal growth adalah normal. Waktu due date sama tak dengan scan. Yang ke-3 tu saje je wat scan.

Yang ke-4 plak scan kat PPUM rutin scan sewaktu baby 24 weeks.Time ni suma dia check dari kepala sehingga la ke kaki memang puas hati. More to anomali scan la kan. Result jantina ketiga-tiga scan ni adalah sama gegirl. Yup..hoping tu sapa tidak kan. Sebab kita dah ada 2 boboy sebelum ni. Ramai yang cakap jangan berharap sangat, memandangkan perut kita ni tajam ke depan.  Jantina lelaki ke perempuan bagi kita ok je..yang penting sihat tubuh badan dan akal fikiran. Mummy-mummy semua cam mana pernah ke result scan ni menghampakan? Lain yang di ditunjukkan lain plak bila lahir nanti. Next plan nak buat 3d/4d scan tapi tunggu masa terbaik 28 - 32 weeks dulu. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan