Ahad, 19 Jun 2011

Happy Father's Day!

Selamat hari bapa/ayah/walid/daddy...walau apapun yang kita panggil maknanya tetap sama. Selamat Hari Ayah tuk ayah kita Tn Haji Malik semoga ayah diberi kesihatan yang baik dan kita sayang ayah selalu. Pagi tadi kita telefon ayah ucap selamat hari bapa padanya. Suara ceria and dia ucapkan terima kasih. Dia dalam perjalanan balik nak gi berurut katanya. Semenjak ayah sakit belakang dan menyukarkan ayah tuk berjalan dan berdiri lama. Ayah dah tak datang KL dah. Rasanya bulan 6 tahun lepas je ayah datang jalan-jalan kat sini.

Ayah since last year kena sakit belakang yang berpunca dari tulang belakangnya. Kita pun tak pasti term apa yang doktor gunakan. Bukan slip disc ada satu lagi. Sebab tu bila hati rasa tak sedap kita terbang jugak balik Kuching even 3 hari je.

Memang besar pengorbanan sorang ayah, teringat dulu time kita pertama kali berjauhan dari keluarga sebab dapat matrik kat Kedah. Ayah jugak la orangnya yang bertungkus lumus menguruskan segalanya. Wang ringgit penat lelah ayah tak pernah berkira. Rasanya dikalangan adik beradik kita la anak manja ayah. Ayah pencen masa kita darjah 4, waktu tu pencen berapa la sangat. Alhamdulillah rezki, ayah diterima sebagai pengawal keselamatan di Hotel Riverside Majestic. Dan ke empat empat anak ayah alhamdulillah menjadi.

Mengimbau kenangan waktu matrik teringat kita masa cuti raya dah nak dekat, mulanya kita plan tak nak balik. Tapi disebabkan tahun pertama dan tak sanggup raya diperantauan kita buat decision last minute nak balik raya. Bayangkan tiket masa tu dah abis suma, yang ada pun tiket mahal. Masa tu takde Airasia. Ayah tak cakap apa, ayah belikan jugak tiket balik. Memang kalau difikirkan sekarang aku betul-betul menyusahkan ayah!

Terima kasih ayah atas segalanya. Sekarang ni ayah atau emak sebut apa saja kalau kita boleh adakan kita akan berikan. Walaupun berjauhan hampir setiap hari bertanya khabar emak dan ayah. Berdoa agar ayah dan emak sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.

Sabtu, 18 Jun 2011

Habatnya penangan Maharaja Lawak!

Yup semalam merupakan persembahan terakhir sebelum perserta berentap ke final minggu depan. Peserta yang layak ke akhir ialah Jozan, Nabil & Sepah. Manakala Jambu ke final atas tiket imuniti. Pada kita persembahan semalam keseluruhannya sangat baik. Cumanya R2 dan Jambu yang agak mengecewakan seakan-akan sudah hilang idea atau kurang latihan, tak pasti la mana satu.

Sebabkan Maharaja Lawak ni ditonton seisi keluarga ada jugak aksi/dialog keterlaluan dari peserta. Sebabnya kita ada dua orang anak kecil yang kadang bertanya kalau dorang tak paham amenda la yang dilawakkan. Apapun rancangan Maharaja Lawak memang best.

Mana tidak anak kita yang 3 tahun lebih tu pon boleh hafal suma tagline dorang. Yang 8 tahun plak asyik menonton ML tak kira masa..adoi sampe bergaduh pun ada kalau nak tengok channel yang lain.
Apapun all the best tuk peserta final. Hope korang buat yang terbaik dan hebat! PEACE YAWW!



Ahad, 12 Jun 2011

Serve your husband like a first class prostitutes....

Sana sini orang bercerita pasal OWC (Obedient Wives' Club) bila mengeluarkan kenyataan bahawa seorang isteri itu perlu melayan suaminya seperti pelacur kelas pertama. Wah wah wah! Title isteri tu sangat la mulia, tetapi menjadikan isteri itu first class prostitute sangat la tidak masuk akal. Berkahwin untuk seks, ya salah satu fungsi perkahwinan itu, apa yang berlaku didalam hubungan tersebut hendaklah sebagai pasangan bersifat terbuka dan berbincang pasal kekurangan di atas katil.

Bagi kita kegagalan perkahwinan itu bukan disebabkan kepuasan ditempat tidur semata-mata. Semenjak berita ini didedahkan kita dah Mr MA berdiskusi. Kita punya pendapat kalau suaminya dah gitu  macam mana layanan ditempat tidur pun tetap dia mencari lain. Perkahwinan yang harmoni itu bertunjang kepada kejujuran dan rasa tanggungjawab yang tinggi. Betul tak?

Kenapa la nak mencari publisiti murahan, rasanya banyak benda lain lagi yang boleh diutarakan...lagi satu kalau ada kelab suami taat kan lagi bagus..huhuhu..


Selasa, 7 Jun 2011

Apa nak digago..

Sorry la my fren, lama sangat tak update blog. Ada wat entry tapi bila nak publish ntah cam ada je yang tak kena. Faham ke tajuk entry ni! Ni bahasa Sarawak..apa nak digago...sama la dengan maksud apa la yang disibukkan..Ntah takde menda sangat sebenarnya. For sure masa banyak menuntut untuk family lepas balik keja, weekend pun sama.

Alhamdulillah banyak benda yang kita lalui bersama, especially ngan anak-anak and huby. banyak benda yang kita orang wat bersama. Tak boleh mengelak dan menolak, nak tak nak kena buat jugak. Thank you so much kat dua orang kawan yang membaca and support me. You know who you are..ada jugak yang baca my online diary ni ya.

Pasal keja, end of June ni abis la kontrak kita. Disambung or tidak kita berserah dan pasrah. Kalau disambung ramai yang suruh kita suarakan mintak permanent staf. Kita ambik sikap wait and see dulu. Bagaimana keadaannya, takut plak kalau terlalu mengharap nanti tak dapat apa yang kita nak. Lagipun mana-mana ada politik. Kita berdoa dan berusaha je la kan...

Last weekend ngan family gi Sunway Lagoon. 2nd time kat sana, fun la sungguh suka la itu budak-budak. Sampai tak nak brenti mandi, yang adik tu sebelum nak balik dah tido keletihan. Best meh kongsi gambar gambar ngan uollss..sikit je taw!