Isnin, 23 Januari 2012

Visiting Muhaimin Fikri School..

Last Wednesday pergi visiting Fikri punye kindy, kalau dengar dari mulu babysitter memang banyak yang cikgu dia kompelinkan. Macam-macam hal la, kasar la, kuat merajuk la..and me as a mom kalau bleh nak dengar dari mulut cikgu tu sendiri. Fikri anak ke-2 yang baru berumur 4 tahun lebih, masuk sekolah ni benda baru bagi dia. Jadi bagi kita memang dia tak de pendedahan bersekolah tu macam mana. 

Sampai kat sekolah takde sorang pun cikgu tunggu kat bawah. Last time hantar abang Irfan (my eldest) kat Smart Reader Kids, memang hari-hari cikgu dia sambut kat bawah. Kita puji Smart Reader Kids sebab cikgu-cikgu memang best dan terbaik. Abang Irfan masuk sekolah pun umur dia 5 tahun dan lepas 3 bulan dia dah pandai membaca.

Berbalik pada crita si Fikri ni kita naik sendiri dan hantar dia dengan cikgu, tanya mana guru kelas dia. Cikgu kat depan tu cakap dalam kelas. Kita hantar sendiri dia kat cikgu dia. Selepas perkenalkan diri, kita pun mula tanya cikgu macam mana progress dia kat sekolah. Mulanya cikgu tu cakap dia ok, boleh bergaul tapi agak kasar. Dan ramai kanak-kanak kat situ mungkin tak biasa dengan pergaulan begitu. Bila kita cakap cikgu kena tegas, cikgu tu jawab kalau saya bertegas/tinggi suara dia akan menangis atau merajuk. Tapi senang dipujuk. Sebagai seorang mak kita tahu character dia macam mana, kena main dengan psikology sikit anak-anak ni. Kalau nak menegur pun kena ada skill, tak leh la main boh jer..

Bab menulis plak cikgu tu cakap ada masanya dia akan rasa bosan bila benda tu susah dia tak nak buat dan give up. Yes we are doing our best to teach him also at home. Sekarang ni masa terluang kita akan pastikan dia at least menconteng buku-buku pre-school yang kita orang beli. Melatih menulis kan. Kalau zaman kita dulu rasanya darjah satu baru buat benda-benda gitu. Sekarang silibus belajar pun dah advance.

Bab membaca, Iqra' sumanya ok..sebab dia balik memang dia baca apa yang dia belajar, baik menyanyi ke ABC ke memang dia akan ulang balik kat umah. Satu yang kita rasa tak dapat terima bila cikgu tu cakap dia bahasakan dirinya "AKU", cikgu tu boleh cakap saya faham dia asal Sarawak dan guna perkataan AKU tu dirumah. Oppps cikgu, anak saya tak pakai pun bahasa AKU tu kat rumah. Kat rumah kita guna panggilan adik, mak, ayah dan abang. Ada gak sesekali kamek dan kitak. Cikgu tu terus diam. Hmmm balik tu crita kat Mr MA, then dia tanya kita balik how? Kita cakap ni permulaan bagi dia, mesti dia rasa banyak restriction kat skolah, sekarang kena bagi sokongan supaya dia rasa sekolah tu menyeronokkan. Alhamdulillah setakat ni dia takde la buat hal tak nak kesekolah. Kalau kejut pagi tu memang dia kata dia penat ye la, nak bangun pagi tu kan susah. Tapi apapun bila pujuk dia ok balik.

Selasa, 17 Januari 2012

Baby 3d/4d scan

Lama sungguh tak menghapdate blog ni. So sorry, idea tu memang banyak tapi kekadang ada je yang menghalang untuk meneruskan niat berblog ni.

Ahad lepas kita buat appointment untuk buat 3d/4d scan ni. Kita dapat info sanographer ni thru fb and sorang kawan dah pernah buat ngan dia. Dia ni freelance, memang tak tetap tempat dia kat mana. Malas nak cerita panjang korang tengok sendiri la hasilnya yer..Kos RM100 je siap ngan cd..memang berbaloi.

Selasa, 10 Januari 2012

Tips Mengandung: Posisi Ketika Tidur

TIPS: Ketika mengandung trimester 2 & 3 tidak digalakkan tidur terlentang ini boleh menyebabkan tekanan kepada pembuluh darah. Seeloknya tidur mengiring ke kiri atau ke kanan.



Ahad, 1 Januari 2012

Welcome 2012!

Selamat tahun baru suma..tahun baru azam baru? Or tahun baru azam tahun sudah jugak? Hehehehe..apapun kita doakan supaya tahun baru 2012 ni tubuh yang sihat untuk kerja lebih kuat lagi. Mempertingkatkan amal ibadat..InsyaAllah. Doakan yang terbaik..bulan Mac nanti ada baby baru doakan sumanya berjalan lancar dan Allah memudahkan proses bersalin itu nanti.

Wrap up untuk 2011, tahun yang meninggalkan banyak kenangan, suka duka perjalanan hidup bergelar insan. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah ini. Tuk suma semoga apa yang dikecapi atau apa jua yang berlaku di tahun 2011 memberikan kita pengalaman yang berguna untuk memperbaiki diri. InsyaAllah..

Selamat Tahun Baru 2012!