Alhamdulillah kita dah selamat melahirkan baby gurl diberi nama Marissa Nur Iman pada tanggal 5 Mac 2012 jam 2400hrs. Berikut rentetan bersalin dari mula masuk hospital sehingga melahirkan:
Jumaat 2 Mac 2012
Rasa contraction berselang 30min skali kol 12pm. Masa ni masih kat ofis lagi, suma member dok kalut. Tengok muka agak pucat. Nak kena gi hospital ke? Call huby katanya nak gi sembahyang Jumaat dulu lepas tu baru nak datang ambik. Ingat nak gi check dulu kat hospital. Just inform boss tak sihat and nak kena amik MC. Tunggu huby tak sampai-sampai jam dah kol 3.30pm. Huby sampai kol 3.45pm, inform huby balik umah dulu amik beg, just incase kena tahan kat wad. Sempat mandi nak segarkan badan. Sampai hospital jam 5.15pm. Doktor check bukaan dah 2cm. Kena tahan di wad, masa ni baru 36wks 3days. Doktor cakap disebabkan pre-term kena tunggu sehingga bukaan 4cm, dorang takkan force labour.
Sabtu 3 Mac 2012
Doktor check bukaan baru 3cm. Still happy walking, sakit contraction irregular. Tak sakit sangat, nak mintak discaj doktor tak bagi. Dan cakap kat doktor rumah just 10min je dari hospital. Petang masa huby and anak2 melawat terdengar jeritan kat bilik sebelah. Sakit! Sakit! Adoi rasa ngeri je...huby terkedu. Cakap kat huby sakit bersalin tu memang sakit tapi kena doa kat Allah, zikir tak putus2.
Ahad 4 Mac 2012
Bukaan masih 3cm. Still contraction irregular.
Isnin 5 Mac 2012
Kol 3pg contraction setiap 5 min, bukaan baru 4cm..ditolak ke LR. Masuk drip, doktor bg review another 4hrs. Bukaan still the same, doktor tak pecahkan ketuban. Naik semula ke waiting ward. Masih leh berjalan-jalan. Kakak-kakak nurse cakap tak sakit ke dik, rasa sakit ckit2 je. Frust jgak tunggu agak lama plak tuk kelahiran kali ni. Disebabkan pre-term dan doktor suh tunggu. Katanya even 1day pun dikira takut paru-paru baby tak matang. Tapi saya dah bosan kat hospital ni. 8am doktor round, kebetulan doktor yang admit saya ari tu. Dia kata kalau tak deliver jgak esok kena IOL. Maksudnya induce, disebabkan fetal weight suma ok tak pelu nak tahan saya lama-lama. Kol 10.45pm contraction every 3min, check bukaan masih 4cm. Nurse2 suh doktor tu anta kat LR. Kol 11 lebih tolak ke LR. Sementara tunggu dorang buat admission, saya dah disuruh baring. Kol 11.25 doktor datang check bukaan dah 6cm, doktor tu pecahkan air ketuban. Contraction makin kuat, doktor tanya nak ubat tahan sakit tak. Saya kata tak nak just nak amik gas je. Mulanya ada sorang doktor pelatih tunggu saya. Pas tu dia hilang time tu contraction dah makin kuat. Saya terasa nak meneran. Saya capai alat tuk panggil tu and saya tekan. Nurse datang dia check baby head dah ckit lg nak kuar. Dia kata kalau nak teran teran je dia ada. Pas tu contraction datang cuba teran, tapi tk kua jgak. After 3rd contraction saya teran hampir 3-4kali push baby head dah kuar sharp 2400hrs. Leh dengar baby nangis dan doktor suh relax. Lepas tu doktor suh teran skali lagi tuk kuakan bahu baby. Baby dah pun kua sepenuhnya. pas tu proses kuarkan uri plak. Doktor masukkan satu alat dan tarik uri keluar. Check koyakan kat dalam tak de koyak cuma kat kulit luar sahaja. Doktor kata hanya 2 sticht. Amik gas lagi sebab sticht tu terasa sangat even dah dibius. Doktor pun cakap kalau kulit even bius memang akan rasa sakit. Lepas dijahit doktor kata review another 1hr. pas 1hour check rahim, check jahitan suma ok. Akan dipindahkan kat post-natal ward.
A few hrs after dilahirkan.. |
Lps 12 jam dilahirkan, nak discaj dah.. |
comel2..kiut2 alalalalala...geram nangga..nway tahniah arrr...
BalasPadamEiii Cute!!! Tahniah! Tahniah!!!
BalasPadamcomelnyaa baby... tahniah.. :)
BalasPadam