Khamis, 10 Mei 2012

Obsesiku

Dah mula keja hari isnin lepas, dan mulalah rutin baru mengepam susu untuk Marissa. Hari pertama kat ofis hanya mengepam 2kali je, satu masa tengah hari dan satu lagi waktu petang. Sekarang ni masa tidur Marissa hanya feeding 2 kali je jam 3pg dan 6pg. Hari ke2 plak mengepam 3 sesi, sampai kat ofis lebih kurang jam 8.10pg setiap hari. Gunakan peluang tu untuk mengepam susu, sebelum mula keja. Ofis hours 9-6. Satu hari boleh pam kat ofis dalam 12-14oz. Tambahan stok susu yang sedia ada yang dah dipam. Memang risau jugak takut tak cukup. Walaupun anak dah 3, rasanya Marissa ni la kita paling gigih. 

Bila benda baik ni tentu ada banyak halangan. Antaranya ialah kat ofis kita ni disediakan satu je mother's room. Kalau orang lain masuk kita dah tak boleh masuk dah. Sekarang baru lagi dan tak tau jadual mengepam mommy2 lain. Masa mengepam time lunch hour, tu takde orang. Masalahnya bila petang, hadoi sampai 3kali naik kat tingkat tu. Alhamdulillah semangat masih kuat lagi. Nak je kita buat jadual waktu, hehehe..nak ke mommy2 lain tu. Lagipun tak kenal then dari department lain.

Semalam sampai tidur bawak pam susu, sebabnya nak mengepam masa Marissa dah lepas menyusu jam 3pagi tu. Disebabkan ngantuk kejap je, dpt 2oz je. Jadilah tu..Ya Allah semoga berterusan rezeki untuk Marissa.

My healthy, chubby Marissa Nur Iman...

Marissa 2months..

2 ulasan:

  1. Aih cutenya lok ko... soooo chubby already! awwww... i want one! huaaa! Tahniah kak!

    BalasPadam