Lama dah tak wat entry kan..hehehe. Lepas post pasal breastpump ni ramai ibu-ibu datang menjenguk so pattern visitor sangat menggalakkan, kita akan sambung plak dengan sesi perah memerah ni. Hari ni kita cerita mengenai tips tuk memulakan sesi memerah susu. Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri dan sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan mahupun yang kecewa kerana tak dapat pam susu dengan banyak.
Tips Memulakan Sesi Perahan
1. Sediakan suma peralatan memerah, maybe guna kaedah marmet, manual pam, atau pam elektrik.
2. Duduk bertenang dan berada dalam keadaan selesa.
3. Sekiranya breast bengkak roll kan dengan tuala suam. Celup tuala dalam air suam perah sedikit then amik tuala tekap sambil tekan-tekan kat bahagian breast.
4. Mulakan sesi perahan, sekiranya menggunakan pam, pastikan puting terletak betul-betul ditengah corong pam. Ini adalah untuk memudahkan suction/sedutan dan mengelakkan dari puting luka dan cedera.
5. Sekiranya puting agak besar boleh remove breastshield, terpulang dan ikut kesesuaian mommy. Saya ada dua pam manual anakku dan autumnz marvel single. Saya hanya guna breastshield yang anakku tuk kedua-dua pam sebab breastshield tu lembut.
6. Jangan putus asa sekiranya hasil perahan tidak sebanyak orang lain. Buat jadual mengepam 3-4jam sekali.
Perlu diingatkan:
Bagi yang masih berpantang bagi direct feeding sebanyak mungkin. Ini boleh merangsang pengeluaran susu secara semulajadi. Pastikan breast dikosongkan selepas baby menyusu. Jangan dibiarkan breast membengkak. Sekiranya masa breast tengah bengkak elok di pam dahulu sebelum bagi direct feeding, supaya baby tak tersedak susu kerana pengaliran susu sangat laju.
Good reading for mommy to be. Thanks for sharing !
BalasPadamUr most welcome. Info untuk dikongsi bersama..
BalasPadam