Minggu lepas abang ngah dengan baby Marissa demam, maknye pun demam jugak. Hari Khamis baby asyik nangis tido pun tak puas. Kejap-kejap bangun, maknye plak memang dah flu sebelum tu. Tak leh tido memang lagi teruk la jadinya. Kepala pening sangat, akhirnya kita amik MC.
Marissa meragam sebab dia first time demam, sekarang dah 6 bulan lebih. Pagi Jumaat tu pegi klinik, jengah klinik je anak-anak ni ok la pas tu. Alhamdulillah tak de dah tido-tido ayam. Cumanya lepas je demam tu Marissa agak cengeng sikit. Sikit-sikit nak menangis terjerit. Mak kata sebab dia nak pandai..sebab tu demam. Owh Marissa baru je pandai meniarap dengan sendirinya. Tapi tak leh lagi telentang balik. Then apa yang kita perasan dia memang tak suka meniarap. Dan dia buat sendiri tanpa disuruh..ekot mood dia la tu. Sekarang berat Marissa masa 6 bulan ari tu dah cecah 8kg. Mungkin sebab tu pergerakan dia agak lambat kot, sebab badan berat.
Harap lepas ni takde la berabuk sangat diari online ni. Azam kita nak tetap mencoret..walaupun sedikit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan