Selasa, 19 November 2013

Jom kita ke Aquaria KLCC

Cuti sekolah datang lagi, memang tak plan pun nak ke Aquaria KLCC ni. Bila si abang long suggest jom pegi Aquaria, tak sampai hati pulak nak tolak permintaan dia. Walaupun dah pernah pergi agaknya 3 tahun lepas kot. Kita pun plan nak gi Sabtu, jam 11 pagi suma dah siap-siap nak keluar. Sampai KLCC kita orang pergi parking kat Tower 1 Petronas Tower tu. Almaklum jarang naik keta gi sana.

Kena menapak jauh la jugak masuk Aquaria, owh kalau korang 1st time pergi Aquaria ni bila dah masuk KLCC Suria tu dia belah side Maybank, concourse level. Pas tu korang kena jalan melalui terowong tu sampai jumpa food court Aquaria KLCC tu. Sebab bawak anak kecik amik masa 5-10 minit jugak la.

Sampai terus pergi kat kaunter ticket. Yang bestnya kalau pada hari biasa entrance fee untuk kanak-kanak (3-12 tahun) ialah RM28 dan untuk orang dewasa RM38. Tapi kami dapat harga seperti dibawah, ye betul ada "Family Package" RM108 (2 dewasa dan 2 kanak-kanak). Agak jimat disitu ye..


Masuk je entrance tu kita jumpa kolam boleh sentuh. Dari nama tu pun kita dah tahu boleh sentuh apa yang ada kat dalam kolam tu. Ada belangkas, tapak sulaiman dan ketam. Boleh sentuh tapi dalam air je tau. Ada pemudahcara yang memberi info mengenai apa yang ada kat dalam kolam tu.

Lepas tu kita orang teruskan ke bahagian lain pula. Ada akuarium kecil dan besar yang dalamnya ada binatang-binatang seperti gecko, tarantula, ular, spesis ikan, ketam dan banyak lagi. Ada yang tak pernah kita tengok pun.

Journey pun diteruskan lagi kita guna eskalator dan melalui akuarium yang besar boleh nampak kat bahagian atas ikan pari besar dan ikan yu. Huhuhu nampak sangat besar dan ada gak yang menakutkan. Ada divers tengah bersih akuarium tu. Hahaha ingatkan patung rupanya memang orang.

Selesai bahagian tersebut kita orang sempat tengok shark feeding, kebetulan masa tu kita orang lalu kat situ. Tak leh nak tunggu sampai habis pun shark tu tak nak makan..hehehe then ramai sangat orang kerumun. Keluar dari situ dah nak kua dah, ada kedai souvenir sebelum pintu keluar. Aku tau tempat keja aku KLCC je pon, tapi anak-anak jarang ke sana. Happy bila tengok anak-anak super happy.

Enjoy pic yang kami sempat amik..sebabkan tak leh guna flash gambar nampak gelap je..










Jumaat, 8 November 2013

Maid made me headache..

Poning kepala acik ni ha. Yes, ni maid indon aku yang ke-3, yang pertama maid indon lari masa Mr MA pegi outstation. Yang ke-2 balik kampung raya ada urusan katanya keja tak sampai setahun, dah tak balik -balik dah sini. Meninggalkan kita orang yang terkontang kanting mencari jalan keluar. Sudahnya mintak tolong mak aku datang.

Ini yang ke-3, katanya dia orang susah. Kena sara keluarga anak yatim, ada lagi 2 orang adik bersekolah. Ikut perjanjian aku hanya bagi dia separuh aje wang gaji dia. Gaji RM600, maksudnya tiap bulan aku akan bagi dia RM300. Lagi separuh aku simpan, masa balik aku akan bagi semua.

Bulan pertama dia suruh aku hantar suma duit tu kat emak dia, katanya nak bayar yuran sekolah adik dia. Bila aku tanya kakak cleaner kat opis aku. Dia kata, tak de la kena bayar yuran mahal-mahal sebab kerajaan dorang yang tanggung. RM300 kalau convert duit dorang tu bersamaan 1 juta rupiah.

Ini bulan ke-2, mintak aku hantar kan RM400, katanya adik sakit plak masuk hospital. perlu duit nak bayar hospital. Asal gaji je sure ada masalah itu dan ini. Aku rasa enuff is enuff so aku bagi tau aku hanya akan bagi dia RM300, lagi separuh tu aku simpan. Owh macam susah nak percaya, kejam sangat ke aku ni.

Aku pelik sebab katanya kakak ada keja kat Malaysia ni, jadi taylor plak tu..hmmm..pelik tak korang pikir tak apa aku pikir. Kot putar alam sangat huby kata suh anta balik je. 

Isnin, 4 November 2013

Taska? Pengasuh? Maid?

Baru ni kita dikejutkan lagi dengan sebuah nursery yang penjaganya memukul anak kecil yang dijaga. Pada aku ini bukan kes baru dan sudah banyak kali berlaku. Dihebahkan nursery tesebut terletak di Taman Melati, yang beroperasi tanpa kelulusan JKM. Pada aku kadang-kadang ibu bapa sangat terdesak nak hantar anak ke taska ni dengan harapan boleh la menjaga anak sementara kita keluar bekerja. 

Tapi apa yang berlaku sebaliknya, menyedihkan melihat anak kecil yang tidak tahu apa-apa diperlakukan begitu. Aku sebagai seorang mak memang tak sanggup menonton video clip itu apatah lagi macam-macam komen yang menyentuh hati dan kalbu dilontarkan.

Siapa lagi yang boleh diharapkan..aku sebenarnya takut benda-benda ini berlaku pada aku. Bila suatu masa kawan baik ku mengatakan..tawakal je pada Allah. Doa banyak-banyak, mampukah kata-kata itu menyedapkan seorang emak yang keluar bekerja meninggalkan zuriat.

Kebanyakan taska hanya berorientasikan keuntungan, tanpa tahu beban kerja yang menunggu. Menjaga anak-anak kecil ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Aku yang dikurniakan 2 putera dan satu puteri ni pun kadang-kadang pening juga. Inikan plak yang kena jaga berpuluh-puluh orang. 

Pada ibubapa sila check backgorund taska tersebut, check jugak anak-anak anda bila balik kerja. Sila lah buat sekerap mungkin, pergi lah lawat taska tersebut masa sekali sekala buat spotcheck. Please mak, ayah..tolong anak ini.

Sabtu, 2 November 2013

Tips: Bagi fresh graduate yang baru memulakan kerja...

Salam semua, kat sini nak share sikit beberapa tips bagi fresh graduate yang baru nak melangkah ke alam pekerjaan. Walaupun ni bukan bidang akak tapi akak berkongsi sebagai seorang yang dah melalui zaman tersebut. Kita sama-sama kongsi InsyaAllah dengan catatan ni dapat dimanfaatkan atau dijadikan panduan tuk adik-adik sekalian.
  • Datang awal - Hari pertama tu, datang lah awal ke tempat kerja. Kalau waktu kerja jam 9 pagi datanglah setengah jam lebih awal. Ini menunjukkan kesungguhan kita tuk memulakan hari pertama. Reputasi kita sebagai pekerja. Jangan plak datang lambat okay.
  • Berpakaian sesuai - Pakai pakaian yang bersesuaian, "office attire" tu kena la beli or paling tidak pun pakai pakaian yang sopan.
  • Bawa Alat Tulis sendiri - Kadang-kadang staf baru ni jarang disediakan alat tulis. Sebagai persediaan bawalah buku nota dan pen sendiri. Tak perlu kecoh-kecoh nak pinjam kat orang.
  • Bersedia untuk belajar - Selalu rasa bersedia tuk belajar, kalau senior or buddy tu panggil untuk bagi tunjuk ajar selok belok kerja. Jangan pulak anda persoalkan, ini skop kerja saya ke? Seharusnya terlebih dulu masa mengambil letter offer tu anda tau apa skop kerja anda. Ini berlaku pada aku bila freshie ni tanya aku, akak nak ajar saya buat kerja xx ni ke? Bukan tak bleh tanya, tapi orang takkan panggil kita kalau bukan atas sebab benda tu related ngan kerja kita.
  • Bersedia membantu - Selalunya masa awal-awal mula bekerja tu kita akan sedikit free, ringankan tulang atau offer untuk membantu orang lain.. Kerja-kerja ringan macam filing ke, fotocopy ke..
Ok, tu saje tips dari akak. Semoga berjaya. Nanti kita kongsi tips yang lain plak.

Rumah Oh Rumah!

Hello laling semua..sebelum terlewat nak ucap "Deepavali Vathukkal" pada kawan-kawan beragama Hindu. Yang tak bestnya hari cuti jatuh pada hari Sabtu plak. Apapun enjoy ur weekend.

Semalam mak call katanya orang yang nak buat wiring tu dah bagi harga dorang mintak RM1300 tuk satu umah tu. Ada gak plug point yang masih ok. Owh lupa nak cerita masa sebelum raya haji ari tu ada orang pecah masuk umah. Suma wayar dorang curi. Then terpaksa la buat semula wiring tu. Aku geram betul banyak betul kes kecurian kat situ. Naknya mak dah suruh sewakan je rumah tu nanti.

Aku tak sure harga tu ok ke tak? Pada aku biarlah buat proper..senang ckit nanti. Memang tak tau lagi bila nak dok sana. Tunggu Mr MA harap-harap bleh transfer kat Kuching nanti.