Sabtu, 5 September 2015

Menantu vs Mentua


Gempak nye tajuk..tak de lah, menyesuaikan diri itu lebih penting. Penerimaan manusia ni berbeza-beza. Tentu ada yang lebih dan kurang kat mana-mana, betul tak?

Nak sakit hati pun tak de bawa kemana? Ingat pesan mak, nak kawen dengan anak, kena kawen juga dengan seluruh keluarganya. Memang banyak mak pesan/nasihat walaupun umur aku sekarang dah 36 tahun mak still juga bagi nasihat.

Kalau tanya aku, banyak juga yang berlaku sepanjang perkahwinan, adalah normal kot orang akan lebihkan yang dia rasa baik, cantik, banyak RM. Sedang anak sendiri pun dibeza2, inikan plak menantu.

Insiden kena tukar bilik tu biasa bagi aku, huhuhuhu...tak nak cerita panjang kat sini. Lagipun balik sekali sekala turutkan aje lah. 

Tapi aku salute mak ngan ayah aku, tak pernah membezakan menantu.