Ahad, 27 Februari 2011

New York Skin Solution Pt 2

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana keputusan treatment kita tu. Lepas pergi 6 kali treatment dalam masa 7 bulan. Mana taknya first few treatment tu macam malas nak pergi asyik suruh beli barang tu beli barang ni. Geram betul. Bila kita kata tak nak dia akan tanya kenape ada masalah financial ke. Kalau ada pun bukan dia nak tolong kan. Menambahkan pening kepala lagi ada. Selalunya kita bagi alasan tak bawak duit  or nak tanya huby dulu.

Produk dia tak berkesan sangat dengan kita lepas pakai sebulan pun masih cam biasa jerawat tak surut-surut. Penuh muka ngan jerawat besar-besar plak tu. Muka mengelupas merah-merah dan kering. Bila tanya dia kata tu efek biasa. So ambik keputusan sendiri tak nak teruskan guna produk dia yang mahal beratus-ratus tu.

Masa treatment tu ok, sebab dia memang ada staff terlatih dan rutin treatment yang dorang gunakan memang ikut step. Tapi yang tak bestnya lama, sebab dorang kena attend lebih dari sorang client dalam satu masa. Kadang-kadang tu bila pakai mask cam lama sangat tunggu dorang bukak kan. Dah la takut gelap. Sejuk plak bilik tu. Dorang punya schedule pack dah tentula busy giler kan. So nasihat kita kalau nak buat treatment boleh tapi kena ada banyak duit sebab dia akan cuba sedaya upaya kita beli produk dorang ngan servis.


Takut tengok muka sendiri masa ni gambar 02.08.10

Pernah sekali time buat treatment kita dengar dia provoke orang sebelah tuk buang skin tags katanya yang dia buat treatment sekarang ni tak termasuk dalam pakej tu. Itu jugak yang jadi pada kita time mula tu dia tanya nak wat apa  dulu. Kita kata concentrate dengan jerawat dan parut tu. Tapi lepas halfway treatment dia kata yang untuk hapuskan parut jerawat tu kena buat sesi treatment lain. Sekarang ni ada lagi balance 9 treatment dan kita asyik tak pegi appoinment yang dorang setkan dengan macam-macam alasan. Kalau ada sesiapa yang nak berkongsi pendapat dorang after treatment dengan NYSS silakan. Nanti kita wat la ala-ala forum. Next will have an entry what product I am using rite now and berkesan. Just after 2 weeks using it.

Sabtu, 26 Februari 2011

New York Skin Solution Pt 1



Baru ni masuk blog lama kita. Antara entry yang paling ramai view ya la entry mengenai NYSS ni. Ni kira flashback nye la kan. Esok kita akan update pasal apa yang berlaku. If you all need my opinion on the treatment you all can email me itadha@yahoo.com. This is my all blog link http://littlemamabz.blogspot.com/.
Baru-baru ini MM mengunjungi NYSS. Disebabkan muka MM yang berjerawat teruk dan jerawat tumbuh tak henti-henti. Lepas satu dah kering tumbuh plak jerawat baru. Bermacam-macam produk telah MM gunakan antaranya Eucerin dan Clinique. Tapi still tak ok gak. Atau MM yang tak sabar nak tunggu result nya dah asyik tukar-tukar produk.

Dengan promo NYSS yang menarik iaitu free trial MM pun gatal tangan register online. Lepas 2 hari MM dihubungi konsultan untuk set apoinment. Free trial ni dia bagi kita treatment menyeluruh yang bersamaan harga kalau tak silap RM250 dan selama 3 jam. Sampai je kat situ dia buat skin analysis. Kita hanya nampak jerawat dan parut dari lua, dengan analysis ni kita leh tengok tekstur kulit muka kita yang kat dalam skali. So nampak la mcm mana muka kita ni berminyak ke, jerawat kat dalam memang teruk. Nampak la nanah yang terkandung kat dalam tu. Takut gak. Lepas tu baru jalani treatment. Memang puas ati la, dia akan explain setiap essence yang dia gunakan. Namapun NYSS kan konsultan dia memang terlatih.

Habis je sesi rawatan, yang ni sesi pujuk memujuk plak. So dia siap pujuk supaya kita amik 20 kali treatment bersamaan RM7500. Then selepas ditolak diskaun dia kasi RM6300. Disebabkan terlampau mahal MM kata nak buat 15 kali treatment je. Sebab fikir gak kalau banyak kua duit result tak ok cam no...So dapat la 15 treatment tu dengan sedikit pengurangan RM..Sebelum balik dan selesai suma urusniaga dia bagi MM 1 set produk consist of milk cleanser, refresh cleanser, toner, moisturiser and protective powder. Hopefully treatment ni worth it la.. sampai jumpa lagi. Take care!

Khamis, 24 Februari 2011

Jalan Jalan Cari Makan: Little Taiwan

Kemana kita hari ni, biasa bila perut dah lapar bank pun dah di top up mula la mengidam yang bukan-bukan ya. Hari ni minum petang kat "Little Taiwan". Ala dekat umah jer..sebab dekat la kita orang sampai. Kalau dulu Kampung Kerinchi tapi sekarang nama commercialnya Bangsar South.

Tempatnya memang selesa, tapi ruang makan berhawa dinginnya kecik je. List menu pun banyak sebabkan just makan tuk minum petang je. So kita orang order, toast bread with peanut butter, chicken dumpling, hot milk tea and honey jasmine tea. Kitaorang bagi 4 out 5 star. Sebab air dia manis sangat..Check out this link http://www.little-taiwan.com/.

The Outlet, The Sphere

Saiz bread dia tebal..with the peanut butter

Hot Milk Tea



Tak brapa reti nak pakai chopstick pun..

Nyum nyum..

Promotion..

Isnin, 21 Februari 2011

Monday Blues?

Apsal Monday je mesti ada blues, naper tak hari lain. Pelik sungguhkan. Haish..motivasi diri sendiri..come on. Semenjak dua menjak asyik turun dari rumah lambat je. Kita ok je masuk kol 9.00 pagi tapi Mr MA kena punch card kol 8.00 pagi keja gomen la katakan. Mr MA akan drop kat sini.



Kalau dulu silap haribulan sampai 3 kali train tak tentu lagi boleh naik. Sejak diperkenalkan 4 coach ni Alhamdulillah takde masalah. Slalu nya ambik masa 20 minit tuk sampai ke KLCC. Kalau la kat Malaysia ni ada MTR cam kat Hong Kong kan? Spacy jek..berangan huhuhu..Hey tak berangan la dah pernah sampai Hong Kong and naik MTR tu year 2006 dulu (flashback)..



Sampai ofis dekat 8.20.  Sempat beli bun kelapa lagik kat stesen Bangsar tadi. Kalau kat umah selalunya minum air je. Susah nak makan bekfas awal-awal nih. Letak beg, switch on pc. Sambil tunggu pc on tu wat secangkir horlicks. Nyum nyum..

Keja berlambak report nak kena siapkan. Problem itu problem ini suma nak kena settlekan. Relax la kan, buat yang penting dulu tarik nafas. Kita kan pekerja yang sistematik. Huhuhu..aduish. Dah busy sangat masa berjalan pon rasa cepat jer. Kua ofis kol 6.30 petang. Mr MA ajak pekena mi rojak kat Al-Baqiyat ini restoran depan rumah jugak. Dia punya rojak terangkat beb. Memang terbaek la. Sampai umah 7.30 malam.


Abang dah nak turun mengaji mama ngan ayah baru sampai rumah. What a life! Apapun kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Perancangan Allah itu lebih baik..

Ahad, 20 Februari 2011

Resipiku: Daging Masak Kicap

Mr MA memang suka daging masak kicap. Dulu trial and error jugak la nak cari taste dia. Dan sekarang ni leh senyum bangga sebab dia asyik puji daging masak kicap ni sodap. Kredit kepada mak kerna ajar kita masak. Tapi ini resipi sudah di "improvise" mengikut citarasa kami. Cubalah pasti tak menghampakan.



Dikisar:
Cili kering dikisar 2 sudu (kalau nak pedas lagi boleh tambah)
Bawang merah telah dikisar (3 sudu makan)
Bawang putih seulas
Halia 1 inci
Lengkuas sedikit
Serai sebatang (dititik)

Rempah tumis (cengkih, buah sapulaga, bunga lawang & kayu manis)
300 gm daging (dipotong nipis lebar 1 1/2 inci)
3 sudu kecik serbuk kari
Kicap cair
Kerisik
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Tumis semua bahan dikisar, serai & lepas tu masukkan rempah tumis.
2. Lepas dah naik bau dan kering, masukkan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan daging dan air.
4. Masukkan kicap cair dan masak daging sampai empuk.
5. Masukkan kerisik, sedikit gula dan biar sampai kering.
6. Kalau tak cukup masin leh tambah sedikit garam.

Senang je kan. Selamat Mencuba!

Dinner: Arabian Night

Ok tak nak crita panjang. Venue: KLCC convention centre Hall 4 & 5. Actually tak banyak amik gambar cos kamera problem. Ke sebab tak tau nak set camera huhuhu, kat hall tu gelap. Time makan je dorang bukak lampu kat tepi tu. Dia punya menu chinese dishes. Ada 5 platter (appetizer) paling suka yang ini, seafood chowder soup with sweet corn, chicken stuffed with soy souce, steamed cod fish schechuan style, king prawn masak apa tak ingat, parcel vegetable with mushroom and last skali lo hon fried rice.






Khamis, 17 Februari 2011

Anti Sosial..

Balik ofis ari Rabu lepas..kita check la email, 2 emails from Mr Boss asking whether I would like to go for the annual dinner. Theme nya plak Arabian night, need to reply him asap sebab nak RSVP kedatangan. Tak pikir panjang just jawab email dia dengan satu patah perkataan je "YES".

Actually macam malas nak pergi, but this is first time hati macam berbelah bagi plak. Alamak kena pikir pasal costume plak. Nak pakai apa ya? Masa dah suntuk sangat, dinner tu hari sabtu ni.  Mr MA dah bagi greenlight, for him takde hal kalau nak pergi pon. This is your time and you should go..katanya lah. Yup ntah kita sendiri macam tak boleh decide nak pergi atau tak.

Kalau pergi pon kejap je kot, jangan dilabel  anti sosial plak. Sempat google costume arabian..semua nya costume berani mati..huhuhuhu..






Kalau google pakaian abaya kuar la search result cam kat bawah ni. Pakai abaya nampak sopan dan elegan..suka tapi takde..nak kena beli ke? Adoi..



Rabu, 16 Februari 2011

Kehilangan orang tersayang...

This few days memang tak sempat nak update blog. Kita baru je balik dari Kuching semalam. Kalau nak tau kenapa check la blog my sis http://alongeton.blogspot.com/.

Semalam naik flight jam 2.30 petang. Mr MA ambik dari LCCT. On the way nak balik umah abang call kat Mr MA punya hp. Sebab Mr MA driving kita pon angkat tepon. Abang khabarkan yang Atuk meninggal jam 4.50 petang. Innalillah...Luruh jugak jantung, terkejut pun ada. Memang atuk critical nampak ada harapan nak pulih, tapi Allah lebih menyayanginya. Sebagai cucu kita redha dan panjatkan doa agar Atuk ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Tersentap dengan berita tu, luncur mulut kita tanya Mr MA bila lagi kita nak balik tempat sendiri. Kalau boleh nak dekat dengan parents. Sakit ke apa ke kita senang nak jenguk. Mr MA cuma jawab ni je, sabar Yang InsyaAllah masanya akan tiba. Tapi bila?

Isnin, 7 Februari 2011

Ole Ole From Hyderabad..

Hari ni bos datang kat my colleague Ms D. My lady boss ni minah salleh from UK..huhuhu. Dia kata ada souvenir from India, everybody will get one. Nak tau apa ole-olenya..bangle..sorang dapat 1 pair..kita lom amik pic lg..nanti dah ada kita upload ye..Esok cuti yeay..jangan jeles uolls...


Ahad, 6 Februari 2011

Outing: The Curve

Semalam satu hari suntuk kita orang satu family habiskan masa di The Curve, Mutiara Damansara. Kalau nak tau lebih lanjut pasal apa yang ada kat The Curve ni leh la click kat link ni http://www.thecurve.com.my/. Sampai je kat situ kita orang cam biasa gi meronda ronda kat dalam tu dulu. First destination MPH cos Mr MA nak beli buku and anak-anak pun bising gak nak dapatkan bahan bacaan. Saya cam biasa for sure cari bahan bacaan cam mana nak tambahkan duit...hahaha. Gelak besar.

Hampir setengah jam kat situ Mr MA end up beli buku "A Loyal Spy" by Simon Conway. Abang pulak beli buku "Mahathir Mohammad" by E.YU. Adik pun tak ketinggalan beli buku series of vehicle kot. Tak sure plak. Perut pun dah mula berkeroncong.

Mr MA: Nak makan cney Yang? (bahasa Sarawak, heheh kami kan orang Sarawak)
              ~Nak makan mana Yang?

Ma:      Beriani mok. ~Beriani nak

MR MA: Oklah.

Memang senang nak carik tempat makan kat sini. Ada banyak sangat pilihan. Nak makan beriani punya pasal kita orang masuk restauran Ma'cik Biryani. Kami order chicken and mutton biryani, ladies finger, sweet and sour fish fillet. Air plak kami order hot barley, honey lime, ice lemon tea and jasmine tea. Sekarang anak-anak Ma suma kuat makan end up kena order satu lagi sweet and sour fish fillet. Servis dia cepat and memuaskan. Makanan pulak kita orang bagi 4 bintang.
Nice ambience..

Adik ajar kak Emi ke?

Adik with his books..



Adik pun semangat jugak..


Botol susu erkkk...

Sweet and sour fish fillet satu lagi!!!

Abang didunia beriani

Kua dari restauran tu nampak cam ada Lion Dance show. Dorang tengah buat preparation tapi dah ramai yang berkumpul kat situ. Lepas 10 minit the show begin, wah very the impressed..huhuh memang seronok sebab ada akrobatik skali. Lion tu leh lompat kat tiang tiang tu dengan formation yang menarik. Memang best..memang puas ati la outing ari ni. Tima kasih sayang and anak-anak cos menjadikan hidup ku setiap hari lebih hangat dari biasa..hehehe..

Ni pakat tutup telinga sebab kuat sangat bunyi..

Lion beraksi..

Lion berakasi lagi..

Khamis, 3 Februari 2011

Make Up Tips

Ada beberapa tips and tricks yang boleh Ma kongsikan bersama di dalam kelas Cik Susy hari tu. Kita ni make up jugak hari-hari nape la tak nampak flawless kan?

  
Tak dinafikan pemakaian foundation jenis stick or cream leh bagi coverage yang agak tebal. Sebab tu la make up artist guna produk cam krayolan tu. Bila pakai foundation ni kita boleh pakai jari or sponge basah. Kat dalam kelas tu kita diajar menggunakan wet sponge or span basah (for cream foundation/stick). Normally kalau jenis cecair kita akan letak dot dot kat muka kita dan ratakan guna jari jer.




Bila nak apply kan foundation tu sapukan ke arah luar (upward and outward motions) sedikit demi sedikit. Foundation tu kena diratakan sampai muka nampak licin dan takde ruang yang bercapuk capuk. Ek..harap korang faham la yer..bukan nye leh tonyoh sesuka hati. Tapi rasanya bagi kita make up natural hari-hari elok gunakan foundation yang tak berapa tebal. So far Ma gunakan naturactor dan Simplysiti punye foundation. Sebab muka Ma ni senang tumbuh jerawat yang Simplysiti tu ok ngam sangat. 

Apapun kena ikut kesesuaian kulit jugak, kita tengok orang pakai nampak cantik dan sempurna kita pun ikut skali end up naik jerawat lak kat muka. Boleh guna liquid foundation jugak atau tuk yang nak instant boleh jugak guna two way cake. Last skali leh apply loose powder. Boleh guna yang natural color. Paling penting kita cari foundation yang sama kaler ngan kulit.

Satu lagi before guna foundation kena la apply moisturiser dulu ok..

Selasa, 1 Februari 2011

Simplysiti: Simply Shading Blush

Hari ni 1 Febuari, cuti umum bagi orang yang tinggal dan bekerja di Wilayah. Jangan jeles lah yang tak bercuti hari ni ek. Pepagi lagi abang dah kata nak makan KFC. So lunch time baru kua cari tempat nak makan. Mulanya nak ke PJ KFC tu. Tapi disebabkan tujuan utama abang nak ke Amcorp Mall sebab nak beli cd game ps2nya maka dicancel la plan nak makan kat KFC tukar le ke McD.

Lepas habis makan macam biasa kitaorg pun merayau la ke kedai-kedai berhampiran. Masuk la kat Watson ni, lepas puas membelek produk kecantikan kat situ. Ma berhenti kat Simplysiti punya display rack. Try make up yang Gold Edition tu. Wah berkenan plak kat dia punye shading blush.




Dekat kotak dia tertera:

Keistimewaan - Direka khas dengan bekas inovatif, ekspresikan pipi lebih menawandengan dua cara. Letakkan pembayang coklat untuk pipi lebih menyerlah kemudian pemerah pipi untuk melengkapkan imej anda. Kandungan mutiara asli yang memantul cahaya menyerikan lagi wajah untuk kelihatan lebih terbentuk.
Blush and shading..great

Kelas Make Up 23 Januari 2011

Actually dah lama dah nak update blog pasal kelas make up ni. Tapi disebabkan ada je perkara yang menghalang dan sekarang baru ada masa nak update crita ni. Pada tanggal 23 Januari hari Sabtu ma pegi ke kelas make up yang dianjurkan oleh Cik Susy kita empunya http://www.susycollections.blogspot.com/. Yuran kelas dia RM50 jer, make up disediakan memang berbaloi sangat.

Ok tak perlu nak cerita panjang, let the pictures do the talking...

Sebelum dan selepas....

Mana satu mata mama, cuba teka..

Bersama cik Susy yang sudi berkongsi ilmu..

Selepas di make up sendiri, perlu belajar lagi..