Dikisar:
Cili kering dikisar 2 sudu (kalau nak pedas lagi boleh tambah)
Bawang merah telah dikisar (3 sudu makan)
Bawang putih seulas
Halia 1 inci
Lengkuas sedikit
Serai sebatang (dititik)
Rempah tumis (cengkih, buah sapulaga, bunga lawang & kayu manis)
300 gm daging (dipotong nipis lebar 1 1/2 inci)
3 sudu kecik serbuk kari
Kicap cair
Kerisik
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Tumis semua bahan dikisar, serai & lepas tu masukkan rempah tumis.
2. Lepas dah naik bau dan kering, masukkan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan daging dan air.
4. Masukkan kicap cair dan masak daging sampai empuk.
5. Masukkan kerisik, sedikit gula dan biar sampai kering.
6. Kalau tak cukup masin leh tambah sedikit garam.
Senang je kan. Selamat Mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan