Jumaat, 20 Mei 2011

Maid Lari!!!

Dah lama sangat tak jenguk blog ni, berhabuk dah kot. Lately kita tersangat la bz. Sebab utama maid baru lari 3 minggu lalu. Geram sakit ati suma ada. Orang kata nasib dia tak bawak lari anak-anak. Memang syukur la bab tu, tapi mengenangkan yang duit kita ngan Mr MA banyak yang terbuang begitu sahaja disebabkan sorang maid indon ni.

Tuk kengkawan jangan percaya sangat kat dorang ni sebab dorang ni pandai bermuka-muka. Kemungkinan kita menimbang untuk berhenti kerja. Sementara ni anak-anak cousin yang tolong jagakan. Dah puas jugak mencari yang local ni tapi susah betul la. Kalau sesiapa yang ada sedara mara yang nak keja tu inform la k.

1 ulasan: