Khamis, 24 November 2011

Sila Prihatin Sikit!!!

Sekarang ni alhamdulillah pregnancy dah masuk minggu ke 22. Baby bump pun dah mula nampak. Tiap hari plak kita memang naik pengangkutan awam. Naik LRT Putra dari Bangsar ke KLCC. Nak jadi masalahnya, mentaliti sesetengah oppss bukan kebanyakan orang yang naik tren ni langsung tak prihatin kat ibu mengandung. Even kita berdiri kat depan priority seat, jangan harap orang nak kasi tempat duduk.



Ada yang pandang kita atas bawah atas bawah tapi sama gak tak kasi pun tempat duduk. Seorang kawan pernah cakap ada sorang perempuan mengandung yang terlalu sarat dalam lrt yang sesak pun takde orang nak bagi tempat duduk. Entah lah bukan marah atau ape..tapi prihatin la sikit. Kita ok berdiri kalau tak bersesak dan berhimpit-himpit. Bab berhimpit tu memang tak tahan mana la nak halang orang mengasak perut nih...

Budi bahasa budaya kita...

Rabu, 16 November 2011

Hari Anugerah Cemerlang

Congrats to abang Irfan, mendapat anugerah cemerlang matapelajaran Bahasa Inggeris terbaik untuk tahun 2. Semester pertama hari tu dapat tempat pertama. Peperiksaan hujung tahun ni dia dapat no 5. Sama macam tahun lepas. Dia pun masih kekal dalam kelas terbaik. Abang kena usaha lagi tahun depan. Tahun ni langsung tak hantar gi tuisyen, mungkin tahun depan kita ngan Mr MA bercadang nak hantar dia ke kelas tuisyen. Sedikit gambar untuk dikongsi bersama.





I went for a ultrasound yesterday!

Yup, semalam pas balik keja cakap ngan Mr MA nak buat scan tuk baby..last ari tu buat masa 10 weeks je. So balik tu singgah kat Mediviron, Bangsar South. Sampai sana boleh plak cakap kat receptionist tu nak buat ultrascan, dia cam tak paham. Kita pun tak pasti kita cakap ape..then ehhh..ye nak buat scan for baby.

Bila turn kita masuk, oh doktor lelaki rupanya..hmmm muda lagi. So doktor tu tanya la, last period suma and dia start amik dia punya chart tu and kira. So last period kita 21.06.2011..and this week should be 20w++. Tanya pasal pregnancy history abg sihat ke tak. 

Part scan ni dia memang detail..dia tunjukkan suma sekali..kat bawah result scan kita. Kalau korang terror ni scan as if baby tu tengah duduk atas scan machine tu...pegi scan semalam semata-mata nak tau perkembangan baby ni. Risau gak bila jumpa je orang kata perut kecik. Tapi doktor tu kata suma ok..fetal growth sama ngan minggu dia..and the date was closed...Alrite kos untuk scan kat sini RM40..


Jumaat, 11 November 2011

11.11.11 ada apa ngan tarikh ini...

11.11.11 its just a date but…

Yup..suma orang gembira dengan tarikh ni, ada yang posted kat fb siap nak tunggu detik 12 malam tuk celebrate tarikh keramat ni. Untuk kita alhamdulilla ari ni merupakan hari lahir Mr MA yang ke 33 tahun. Harapan kita semoga Allah memberkati. Merahmati dan melancarkan perjalanan hidup kita suma..Amin..

Pada jam 2 pagi dapat satu berita mengenai kelahiran puteri sulung adik ipar kita..adik kepada Mr MA..ya dorang nanti leh kongsi besday bersama. Yang best nya baby yang diberi nama Nur Aisha Zara ni lahir pada 11.11.11…tarikh yg hanya akan berulang pada 1000 tahun nanti…mmmm…feel so great today! Macam la kita plak yang beranak.

Rabu, 9 November 2011

Booking Ante-natal Checkup di PPUM

17.10 ari tu amik cuti semata-mata nak wat registration untuk klinik mengandung kat PPUM. Bila sampai pak cik teksi tu hantar kat bangunan lama. Terpaksa la jalan sikit tuk sampai ke building baru. Memang cantik dan luas. Tak macam yang lama dulu. Kalau korang tak pernah sampai kesana wad tersebut terletak bersebelahan ngan Menara Timur. Sampai pagi tu ambik no untuk dipanggil kat kaunter 5. Suma dokumen seperti fotostat ic kita ngan huby, surat GL, kad biru PPUM card appointment.

Sebab dah pernah buat check up kat sini untuk anak kedua, lagipun PPUM ni dekat je ngan rumah kita. Bila selesai suma registration, nurse tu bagi borang pendaftaran. Borang tu perlu dilengkapkan suma detail diri dan suami dan perlu dibawa masa check up pertama nanti. Lepas tu nurse akan bagi tarikh untuk first check up.

Untuk check up pertama perlu bawak dokumen2 seperti berikut:
  1. IC mak dan ayah salinan dan original.
  2. Wang deposit RM500 (warganegara) RM1000 (bukan warganegara) dan percuma tuk kakitangan kerajaan.
  3. Bawak GL untuk kakitangan kerajaan.
  4. Air kencing yang fresh
  5. Apa-apa dokumen seperti buku mengandung/scan kalau pernah pergi check up kat tempat lain sebelum tu. 
Kalau nak tau dengan lebih lanjut boleh pergi ke website PPUM sila klin link ini ya antenatal.

Selasa, 1 November 2011

Happy Birthday Abang Irfan!

Salam...last Saturday buat satu majlis hari lahir tuk anak bujang kita Muhammad Aqil Irfan yang ke-8 tahun. Hari lahir jatuh pada 21 Oktober memandangkan Mr MA baru balik dari tugas rasmi kat Lombok jadiknya kita tunda majlis tu pada 29 Oktober.

Kadang-kadang nampak cam majlis tu simple tapi cam banyak benda nak fikir. yang pertama sekali tentunya bab makan. Menu ni kita pilih sendiri, Mr MA bagi kebebasan sepenuhnya pada kita tuk pilih apa nak. Fikir punya fikir kita come out with this menu. Event ni start jam 5.00 petang so ala ala hi tea la kan.

Main Dish
Laksa Sarawak (ni wat sendiri)
Nasi Goreng Cina my style (for the kids)

Side Dish
Sate (tempah)
Donut (sponsored by my kazen)
Red Velvet Mini Cupcakes (tempah dari http://mylittleoven.blogspot.com/)
Roti Jala (tempah)
Chicken Drummet Ayamas
Assorted jelly & chocolates for the kids

Birthday Cake
American Chocolate Cake fresh cream topping (design bola request by besday boy)

Enjoy the pic..

The deco by Mr MA...balloons and ribbons...gud job ayah!





Laksa Sarawak u olls...

Luv the taste American Choc Cake

Abang nak tiup lilin dah...


Adik Fikri interframe jer..

Alhamdulillah majlis berjalan lancar...terima kasih pada tetamu yang hadir. Harapan kita, semoga Muhammad Aqil Irfan menjadi anak yang soleh, mendengar kata, dan berguna kepada agama, bangsa dan negara...