17.10 ari tu amik cuti semata-mata nak wat registration untuk klinik mengandung kat PPUM. Bila sampai pak cik teksi tu hantar kat bangunan lama. Terpaksa la jalan sikit tuk sampai ke building baru. Memang cantik dan luas. Tak macam yang lama dulu. Kalau korang tak pernah sampai kesana wad tersebut terletak bersebelahan ngan Menara Timur. Sampai pagi tu ambik no untuk dipanggil kat kaunter 5. Suma dokumen seperti fotostat ic kita ngan huby, surat GL, kad biru PPUM card appointment.
Sebab dah pernah buat check up kat sini untuk anak kedua, lagipun PPUM ni dekat je ngan rumah kita. Bila selesai suma registration, nurse tu bagi borang pendaftaran. Borang tu perlu dilengkapkan suma detail diri dan suami dan perlu dibawa masa check up pertama nanti. Lepas tu nurse akan bagi tarikh untuk first check up.
Untuk check up pertama perlu bawak dokumen2 seperti berikut:
- IC mak dan ayah salinan dan original.
- Wang deposit RM500 (warganegara) RM1000 (bukan warganegara) dan percuma tuk kakitangan kerajaan.
- Bawak GL untuk kakitangan kerajaan.
- Air kencing yang fresh
- Apa-apa dokumen seperti buku mengandung/scan kalau pernah pergi check up kat tempat lain sebelum tu.
Kalau nak tau dengan lebih lanjut boleh pergi ke website PPUM sila klin link ini ya antenatal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan