Sekarang ni alhamdulillah pregnancy dah masuk minggu ke 22. Baby bump pun dah mula nampak. Tiap hari plak kita memang naik pengangkutan awam. Naik LRT Putra dari Bangsar ke KLCC. Nak jadi masalahnya, mentaliti sesetengah oppss bukan kebanyakan orang yang naik tren ni langsung tak prihatin kat ibu mengandung. Even kita berdiri kat depan priority seat, jangan harap orang nak kasi tempat duduk.
Ada yang pandang kita atas bawah atas bawah tapi sama gak tak kasi pun tempat duduk. Seorang kawan pernah cakap ada sorang perempuan mengandung yang terlalu sarat dalam lrt yang sesak pun takde orang nak bagi tempat duduk. Entah lah bukan marah atau ape..tapi prihatin la sikit. Kita ok berdiri kalau tak bersesak dan berhimpit-himpit. Bab berhimpit tu memang tak tahan mana la nak halang orang mengasak perut nih...
Budi bahasa budaya kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan