Rabu, 16 Mei 2012

Tips nak dapatkan baby..

Tips untuk dapatkan baby..sharing is caring..

Melakukan hubungan seksual ketika waktu subur.
Tentukan waktu subur anda.Telur yang matang hidup 24 jam manakala sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita.Disarankan melakukan hubungan sebelum saat ovulasi berbanding selepas ovulasi.

Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual.
Tidak ada had atau angka yang tepat untuk memastikan berapa kali seorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Penting untuk melakukan hubungan sekerap mungkin sewaktu waktu subur.

Posisi Hubungan Seksual
Posisi suami di atas mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk hamil.Letakkam bantal kecil dibahagian pinggul , memudahkan sperma berenang ke dalam rahim.
Elakkan posisi wanita di atas, duduk atau berdiri. (Hukum graviti)

Bertenang dan Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda.
Bertenang, jangan stress. Fokus beb.Wanita yang mencapai tahap orgasme-klimaks lebih mudah hamil.

Jaga Kesihatan Anda
Jangan merokok, pastikan tubuh cukup zat.Jaga berat badan. (jangan terkurang atau lebih dr jisim indeks tubuh yang sepatutnya) Bagi yang lelaki elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas.

Tips nak dapatkan baby..

Tips untuk dapatkan baby..sharing is caring..

Melakukan hubungan seksual ketika waktu subur.
Tentukan waktu subur anda.Telur yang matang hidup 24 jam manakala sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita.Disarankan melakukan hubungan sebelum saat ovulasi berbanding selepas ovulasi.

Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual.
Tidak ada had atau angka yang tepat untuk memastikan berapa kali seorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Penting untuk melakukan hubungan sekerap mungkin sewaktu waktu subur.

Posisi Hubungan Seksual
Posisi suami di atas mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk hamil.Letakkam bantal kecil dibahagian pinggul , memudahkan sperma berenang ke dalam rahim.
Elakkan posisi wanita di atas, duduk atau berdiri. (Hukum graviti)

Bertenang dan Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda.
Bertenang, jangan stress. Fokus beb.Wanita yang mencapai tahap orgasme-klimaks lebih mudah hamil.

Jaga Kesihatan Anda
Jangan merokok, pastikan tubuh cukup zat.Jaga berat badan. (jangan terkurang atau lebih dr jisim indeks tubuh yang sepatutnya) Bagi yang lelaki elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas.

Apa itu morning sickness?

WHAT IS MORNING SICKNESS?

Morning sickness is the nauseated feeling you get during pregnancy and it can be accompanied with vomiting. More than half of all pregnant women experience morning sickness. It usually starts around week 6 of pregnancy, but it can even begin at 4 weeks. It tends to get worse over the next month. For most women it seems to stop around the 13th week of pregnancy but it may continue throughout the whole pregnancy if you’re unfortunate.

WHAT CAN YOU DO?

If morning sickness is bothering you a lot, some simple measures may be enough to help. You should avoid strong smells, eat some crackers before you get out of bed in the morning, eat and drink in small portions throughout the day and take rest. If you have severe case of vomiting, there are safe and effective medications you can take. To be sure, check with your doctor. Some suggest to eat banana to overcome the vomit.

IS IT HARMFUL TO MY BABY?

Morning sickness is not harmful to you or your baby, but if you experience excessive vomiting and you can’t keep any food down, you may have hyperemesis gravidarum. Hyperemesis gravidarum can cause harm to you and your baby if it’s left untreated, due to the lack of nutrients. The most important thing is to inform your doctor when these symptoms appear and discuss possible options for treatment.

Many doctors consider morning sickness as a good sign because it means the placenta is developing well.

Selasa, 15 Mei 2012

Autumnz Marvel Single Breastpump...cons nye..

Alhamdulillah, dah masuk 2 minggu kita mula bekerja, jadual mengepam berjalan seperti biasa..stil mengepam 3 jam sekali. Disebabkan mula menggunakan elektrik breastpump autumnz marvel single ni, lepas 2 minggu baru boleh review pasal kelemahan dia kot.

1. Kena pastikan valve tu terletak sempurna dan botol tu ditutup rapat. Kalau tak memang ada bunyi whizzing dan suction jadi lemah.

2. Sampai satu tahap, air susu tak keluar amik masa sikit bila kita betul-betul nak kosongkan breast. Berbanding pam manual kita boleh kawal dan boleh kosongkan breast dalam masa yang singkat.

Setakat tu je la kelemahan buat masa sekarang ni, kalau ibu-ibu lain ada teknik or nak kongsi pengalaman silalah email saya itadha@yahoo.com

Khamis, 10 Mei 2012

Obsesiku

Dah mula keja hari isnin lepas, dan mulalah rutin baru mengepam susu untuk Marissa. Hari pertama kat ofis hanya mengepam 2kali je, satu masa tengah hari dan satu lagi waktu petang. Sekarang ni masa tidur Marissa hanya feeding 2 kali je jam 3pg dan 6pg. Hari ke2 plak mengepam 3 sesi, sampai kat ofis lebih kurang jam 8.10pg setiap hari. Gunakan peluang tu untuk mengepam susu, sebelum mula keja. Ofis hours 9-6. Satu hari boleh pam kat ofis dalam 12-14oz. Tambahan stok susu yang sedia ada yang dah dipam. Memang risau jugak takut tak cukup. Walaupun anak dah 3, rasanya Marissa ni la kita paling gigih. 

Bila benda baik ni tentu ada banyak halangan. Antaranya ialah kat ofis kita ni disediakan satu je mother's room. Kalau orang lain masuk kita dah tak boleh masuk dah. Sekarang baru lagi dan tak tau jadual mengepam mommy2 lain. Masa mengepam time lunch hour, tu takde orang. Masalahnya bila petang, hadoi sampai 3kali naik kat tingkat tu. Alhamdulillah semangat masih kuat lagi. Nak je kita buat jadual waktu, hehehe..nak ke mommy2 lain tu. Lagipun tak kenal then dari department lain.

Semalam sampai tidur bawak pam susu, sebabnya nak mengepam masa Marissa dah lepas menyusu jam 3pagi tu. Disebabkan ngantuk kejap je, dpt 2oz je. Jadilah tu..Ya Allah semoga berterusan rezeki untuk Marissa.

My healthy, chubby Marissa Nur Iman...

Marissa 2months..

Khamis, 3 Mei 2012

Maternity leave dah nak abis..

Diam tak diam dah dekat 2 bulan dah kita cuti bersalin. Isnin ni plak dah masuk keja. Baby Marissa akan berusia 2 bulan pada 5 Mei ni. Alhamdulillah kita bagi dia fully breastfeed, rasanya sebab kesedaran makin meningkat mengenai kebaikan susu ibu kepada bayi. Saya pasti ramai ibu ibu diluar sana pun gigih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu. Dua abang sebelum ni kedua-duanya tak fully breastfeed. Bila dah start keja terus bagi susu formula.

Rezeki Marissa jugak kot. Syukur berat baby masa 7 minggu hari tu 4.58kg. Baru ni pergi One Baby World tuk beli breastpump Marvel Single. Disebabkan nak kerja, manual dah beli sehari lepas Marissa lahir.  Guna jenama Anakku harga RM79.90, cuma tangan lenguh la sikit guna manual ni. Hasil lumayan jugak. Guna manual pump ni kena sabar. Ibu-ibu jangan cepat putus asa. Teknik pun kena betul. 

Anakku Manual Breastpump tengok la hasilnya

Breastpump Marvel Single Autumnz ni memang berbaloi membelinya. Ramai yang kata ia seperti medela FS, tak boleh nak compare sebab kita tak pernah pakai Medela Freestyle. Review menggunakan breastpump ni sangat la mudah dipasang. Bunyi senyap, suction pun ok. Boleh guna bateri jugak. Satu lagi sangat ringan cuma 300gm sahaja. Lebih murah berbanding pam elektrik biasa. Pendek kata sangat puas hati. Hajat dihati nak exclusively breast feed sampai umur Marissa dua tahun, InsyaAllah. Kita pun makan vitamin Shaklee yang trial pack pantang hari tu tak habis lagi. Lepas ni maybe nak cuba ESP ngan Alfalfa plak. Doakan semoga ada rezeki tuk Marissa menyusu sehingga 2 tahun. Ibu-ibu diluar sana kalau dah decide nak bagi susu ibu kepada bayi tanamkan diminda. Mesti positif InsyaAllah rezeki untuk anak itu tetap ada.

Breastpump Marvel Single Autumnz
Sila klik link ini autumnz-marvel-single-elec-breastpump tuk pakej seperti di atas, cuma nipple shield tu saya beli asing.