Isnin, 23 Julai 2012

Resepi: Kek Lumut

Sarawak memang terkenal dengan kek lapis nye..kalo dulu time raya masa kecik-kecik mak akan masak kek kukus je. Takde nye kek lapis, cos masa tu tak mampu nak pakai oven elektrik cam sekarang ni. Ada pun oven yang guna dapur gas tu. Jenis yang bulat, terkenang plak nostalgia lama. Tapi masa tu raya sungguh meriah.  Sekarang kurang meriah mungkin sebab kita ni dah dewasa kot. Hari ni kita share kat suma one of my favrit kek kukus. 

     KEK LUMUT

     BHN2 NYA:   
                                                                                                             
     16OZ MENTEGA
     2 GLS GULA
     10 BIJI TELUR
     2 GELAS TEPUNG
     1 BUNGKUS KECIL HORLICK
     1 TIN KECIL SUSU MANIS
     1 BOTOL PERASA PANDAN PASTE
     SEDIKIT ESEN VANILLA

     CARA MEMBUATNYA:

1.        PUKUL GULA DAN MENTEGA SAMPAI KEMBANG.
2.        MASUKKAN TELUR SATU PERSATU, DAN PUKUL HIGGA SEBATI.
3.        MASUKKAN SUSU MANIS, TEPUNG, HORLICKS DAN GAUL SEBATI.
4.        MASUKKAN PANDAN PASTE DAN SEDIKIT ESEN VANILLA.
5.        KUKUS SELAMA 3 – 4 JAM.

Ringkas dan mudah je kan, apa lagi jangan lupa mencuba. Kalau nak cuba dulu, boleh la wat setengah adunan. Maksudnya bahan2 suma anda bahagi la dua. Weekend ni nanti nak buat kek lumut ni, nanti saya uploadkan photo ye..

Ingin bertukar-tukar resepi dengan saya sila email itadha@yahoo.com. Bila dah cuba nanti, jangan lupa komen tau.

Khamis, 19 Julai 2012

Masalah Penyusuan Pt 1: SUSU TAKDE

"Susu saya tak keluar lepas bersalin, macam mana nak buat?"

Ramai dikalangan ibu-ibu muda yang bertanya perihal ini dalam satu kumpulan FB macam mana dah hari ke 3 susu badan tak mau keluar. Untuk menangani hal ini sebaiknya ibu membuat rangsangan secara semulajadi. Suruh bayi anda menghisap, hisapan dari bayi anda secara kerap akan membolehkan susu keluar dengan lancar. Ada yang beranggapan susu tak keluar langsung, tapi sebenarnya susu mungkin ada tapi dalam kuantiti yang sedikit. Tak perlu risau bayi anda dapat cukup bekalan kerana saiz perut bayi baru lahir sangat kecil. Sebab itulah bayi minum dengan kerap. Feed baby on demand, suakan je selagi dia nak. Dan bayi menangis bukan sebab lapar semata-mata.

Rajin-rajin la menuam breast dengan tuala suam tuk melancarkan pengeluaran susu. Cuba picit sedikit dan pastikan ada susu yang keluar dari puting anda. Mengurut secara perlahan juga boleh dilakukan. Selamat mencuba, jangan putus asa ye.

Enjoy breastfeeding!

Rabu, 4 Julai 2012

Let Down Reflex while pumping

Setelah 4 bulan fully breastfeed lil Marissa baru faham dan mengalami sendiri let down reflex ni.
Ini berlaku bila baby mula menghisap/semasa kita mengepam rangsangan urat/saraf ini akan menghantar mesej ke otak. Sejenis hormon yang diberi nama oksitoxin akan dikeluarkan. Ia akan menyebabkan sel-sel otot kecil di sekeliling kelenjar susu anda memerah susu keluar dari kelenjar dan ke duktus susu Pada ibu akan terasa sedikit sakit seperti tertucuk pin. Ini juga boleh berlaku sekiranya kita teringat kat baby. Susu akan mengalir tanpa disedari.

Ini membantu memastikan payudara anda mendapat saliran yang baik dan bayi anda dengan mudah mendapat susu.Semasa mengepam kalau ada let down reflex ni sangat la happy cos tak lama la sesi mengepam susu kua banyak dan dengan lajunya kejap je dah dpt 4oz.

Last week start ganti puasa, perasan susu mula merudum. Bila hanya dapat 3oz semasa mengepam, paling banyak pun 4oz. Sekarang Marissa dah mula minum 3oz dan kerap. Takut plak tak sampai 6 bulan. Semalam dan hari ni try tak puasa. Alhamdulillah pg tadi dapat 2oz, sebelum tu dah bagi Marissa direct feeding. Dan tadi kol 12pm boleh dapat 8oz. Ok la kalau tak dah mula risau takut milk supply tak mencukupi.


Antara tips kalau menyusu time puasa, kena minum banyak air. Dah cuba rasa perut cam kembung nak muntah pun ada. Adoii cam mana la mommy2 lain boleh buat ye. Then kerap ke toilet la plak. Still makan fenugreek tu. Hope boleh buat stok banyak2 sebelum bulan ramadhan ni.

Suplemen Semasa Mengandung

Hari ni kita nak crita sikit pasal suplemen yang perlu diambil semasa mengandung. Kadang-kadang ada ibu mengandung yang dibekalkan vitamin-vitamin tertentu sesuai untuk keperluan ibu dan bayi. 

Folic Acid 

- Seeloknya diambil semasa 1st trimester (3 bulan pertama) or semasa kita plan nak mengandung.
- Untuk mencegah risiko kecacatan neural tube seperti "spina bifida" pada baby. Di awal kehamilan (12 minggu pertama) otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesatnya.
- Ibu mengandung atau plan untuk mengandung hendaklah mengambil 400 mikrogram (mcg)/ 0.4 miligram asid folik.
- Sumber juga boleh didapati daripada sayur-sayuran (bayam, asparagus, brokoli), buah-buahan (oren, jagung), oat dan byk lagi.

Zat Besi (Iron)

- Membantu ibu dan bayi dalam kandungan untuk darah membawa oksigen, untuk mengelakkan anemia dikalangan ibu mengandung.
- Sumber boleh didapati daripada daging, hati, oat, kekacang dan telur.
- Hendaklah mengambil 27-30 miligram sehari

Kalsium
- Membantu pembentukan tulang, gigi dan peredaran darah ke jantung.
- Sumber produk tenusu.
- Kalsium daripada ibu mengandung akan diambil oleh bayi untuk tumbesaran, menyebabkan kekurangan kalsium pada si ibu.
-  Hendaklah mengambil 1000 miligram sehari

Multivitamin

- Selalunya ibu mengandung dibekalkan dengan obimin, seperti biasa fungsi suplemen ialah untuk melengkap nutrisi si ibu.
- Pengambilan suplemen diteruskan selepas ibu bersalin, ini disebabkan ibu akan menyusukan bayi dan bayi akan dapat nutrien daripada susu tersebut.


PS: Adalah lebih baik meminta pendapat doktor sekiranya ingin mengambil sebarang vitamin yang tidak dibekalkan oleh klinik mengandung. Elakkan mengambil vitamin A berlebihan, ia boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi.