Ahad, 14 Julai 2013

Salam Ramadhan untuk semua

Alhamdulillah masih diberi peluang olehNya bertemu lagi kita Ramadhan kali ni. Bulan penuh kemuliaan kita sebagai umat Nabi Muhammad mencari dan mengumpul sebanyak mungkin pahala dengan amal ibadah dan bersedekah.

Tahun ni diberi kelapangan boleh la pergi terawih di surau. Anak-anak pun puasa abang long dah 10 tahun takde masalah nak puasa. Dah mula puasa penuh bila usianya 7 tahun. Sekarang ni melatih abang ngah plak (6 tahun). Hari pertama call maid tengah hari katanya dah mintak susu. Hmmm alahai..tu la bukan main liat lagi nak kejutkan sahur. Sumbat botol susu je, bukan main marah dia tido nye teganggu. Hari ke-2 plak sempat sahur dengan coco crunch. Yang paling best berbukanye dengan kit kat je.

Ingat lagi ada satu program kat radio ni bersama Prof Muhaya, katanya tak de lagi hadis yang dia baca mengenai usia awal anak2 berpuasa. Kalau sembahyang tu memang ade la kan. Takpe yang penting kita latih anak-anak dari kecik. Supaya besar nanti tak liat melakukan ibadah puasa.

Dah 5 hari kita berpuasa, memang masa kerja aku akan beli juadah berbuka kat Bazar Ramadan kat Pantai Dalam nih. Tak sempat pun kalo nak masak. Masa hujung minggu baru sempat masak tuk berbuka. Masa ni la nak tunjuk skill memasak..semalam buat laksa sarawak dengan mini popia. Huby and anak-anak suka sangat.

Korang jangan terliur plak aku post gambar laksa sarawak and mini popia ni.

Laksa Sarawak

Mini Popia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan