Isnin, 6 Januari 2014

Jom Makan: Ombak Steamboat

Actually dah siapkan entry ni masa tunggu Mr MA renew licence kat UTC. Entah macam mana entry kat S3 tu appear "saving" memanjang. Sudahnya kita uninstall Blogger apps kat phone tu. Eee geram betul.
Ok sebenarnya dah lama kita orang nak makan stimboat ni. Selalunya memang makan kat Flaming, Sunway. Hurm sejak bermastautin kat KL ni situ je la stimboat yang kita orang pergi. Mr MA pun google la, memang susah gak nak carik tempat stimboat kat KL ni yang halal. At last, kat satu blog ni ada cerita pasal Ombak Steamboat. Mr MA kata jom malam ni makan sana. We all yea, suka then apalagi Mr MA terus call for reservation.

Ombak Steamboat ni letaknya kat Kota Damansara, ok memang tak pernah sampai lagi situ kita orang ni. Dengan bantuan Waze, yang mula-mula kami ragu jugak ntah mana-mana jalan la yang dia bawak. At last kami sampai. Ok kalau nak guna Waze, better letak full address dia kot. Senang cikit, bila carik ombak tu memang tak appear.

Kami gerak lepas maghrib tepat jam 8.30 kami sampai, Ombak ni betul-betul depan Giant Kota Damansara tu. Masa kami sampai ramai jugak orang kat sana. Restoran ni dua tingkat, sebab masa kami booking tu dia dah tempatkan kita orang kat level bawah. Mr MA kata kat bawah je yang ada stimboat dan grill. Tak sure jugak la, kami tak tanya plak malam tu.

Masa sampai tu staff dia agak sibuk, lepas dapat seat after few minutes baru dipasangkan dapur kami. Ada dua pilihan, sama ada nak sup or tom yam. Mr MA pilih tom yam. So aktivit eksplorasi pun bermula, dekat satu sudut bahan-bahan mentah seafood dan bebola. Ok korang mesti try suma tau..ada ketam, ada udang, ada kepah, ambal (eh tu bahasa Sarawak) yang macam buluh tu. Pelbagai jenis mee. 

Ada menu yang dah siap dimasak, ada nasi goreng, meehoon goreng, mee dan kuew tiow. Siap ada chicken wing panggang lagi. Air malam tu air blackurrant dan teh O. Dekat meja desert ada agar-agar, kek, bubur kacang dan bubur nangka. Memang ramai yang datang mungkin disebabkan malam minggu.

Lokasi: Ombak Steamboat Restaurant
           27, Jalan PJU 5/20E
           The Strand Kota Damansara
Tel:      03 6143 5599
FB:       www.facebook.com/ombaksteamboat

Ok korang layan la dulu gambar kita orang yang memang berselera tu..










Tiada ulasan:

Catat Ulasan