Jumaat, 21 Januari 2011

Performance Review

Salam sayang, kalau post lepas mengenai AJL..yang sedihnya ma tak dapat pegi pon. Mr Huby ada taklimat kursus la plak. Tapi takpe ma tengok life jek kat umah. Nak wat camana kan!


Entry ari ni pasal apa yang berlaku kat ma hari ni. Memandangkan kebanyakan company wat performance review my supervisor aka Abang Long anta email 2 hari lepas. Ala-ala gini le emailnya dipetik. Please book my time on Friday..nak kena book ke time dia ni. Padahal dia la yang nak jumpa kita. Memanja plak. Kalau u all tak tau, ma ni kerja kontrak je selama setahun cukup bulan 6 nanti kontrak ma akan tamat terpulang la pada budi bicara bos nak renew ke apa kan?



Banyak la dibincangkan sepanjang pertemuan itu. Salah satunya ialah are you keen to get a permanent position. Gila ke hape takkan la ma tak nak permanen plak, dah la banyak benefit. Satu lagi yang ma tak tahan. I see that you are not going out with them at lunch time. Ada apa-apa ke? Opps perasan gak Abang Long aku ni. Takde apa la. I just dont like gossip. Mati la kalau nak bagitau suma kan. Memang tak brapa ngam la ngan geng tu especially dia punye ketua. So sorry yang lain tu ok la.


Ada banyak yang perlu disensored kat sini takut plak kalau ma publish suma ada mata-mata yang membaca leh plak menyampaikan. Susah nak percaya orang ni, especially kalau dah terkena.

Rabu, 5 Januari 2011

AJL 25

Hi sayangku sekelian..

Jap tadi tengok kat TV3 ramai orang sanggup beratur panjang semata-mata nak dapat benda kat bawah tu..Amenda lak tu..tengok dan peratikan betul-betul, nampak tak. CC dapat pas AJL ke 25. Tanpa bersusah payah cam kengkawan kat dalam Buletin tadi. Tu namanya rezki..huhuhu.

Pass AJL 25
Tadi dekat ofis, ada la Miss A ni datang kat CC yang bersendirian di masa lunch. Cos tadi ada orang belanja CC makan nasi beriani. Tima kasih Sofia yer, moga murah rezki..Alkisahnya begini la dialog dan scene sewaktu itu:

Miss A: Nak tengok juara lagu tak?
CC: Eh ada ke tiket dia.
Miss A: Aik ni mesti tak baca broadcast ni.
CC: Kitaorang ni mana la nak dapat broadcast tu. Kontrak staff je dik oii.
Miss A: Ha nah amik ni. Diam diam taw.
CC: Thank you so much.

Sayang-sayang suma jangan jelous ya. Kalau CC pergi ni merupakan kali pertama CC datang tengok Anugerah Juara Lagu secara live. InsyaAllah I will try to make Mr. Huby available for this. If jadi pergi CC akan update blog ni ok. CC yang tersenyum sampai telinga. Hepy der...

Senyum sampai ke tinga da..

Selasa, 4 Januari 2011

Hidup Diselubungi Misteri..

Last month cik beli satu starter pack hotlink, memandangkan dah kena sound kat bos. Dengan email yang tajam menikam itu..cik quote la cikit emel dia tu lebih kurang maksud dia, sebagai seorang pekerja hendaklan tunjuk komitmen dekat tempat kita bekerja. Lebih kurang gitu la setelah ditranslate. Nak je cakap cik ni keja kontrak je...tapi sebab kita diajar penuh adab ketimuran lebih baik simpan je ayat tu..Starter pack harga RM8.80. Ada hot ticket kat dalam tu satu untuk internet bernilai RM5, satu lagi untuk call dan SMS nilai RM10.

Balik je umah cik terus masuk kan sim kad kat dalam phone, godek sini sana dan start buat panggilan. Cik pelanggan setia celcom, sebab tu guna family package yang 5 + 1 dengan huby, so far memang jimat sangat. So cik try call no celcom. Oh call out ok. Try anta sms, pun ok. Pas tu cik try plak no celcom call line hotlink tu. Pelik bila operator jawab  "The number you have dialled is not in service" apa kes plak ni. Terus cik call customer service maxis. Dia kata takde masalah line suma clear. Dia suh plak check kat celcom punye. Call CS celcom dia pun kata benda yang sama. Adoi kat mana la silap nye..takkan nombor ni ada jin kot..

The next day cik suruh kawan cik call kan untuk cik cos dia penah handle keja2 cam ne dulu. Dia minta CS maxis tu log kan case ni. Hari ke 2 tu ada la terima panggilan dari nombor fixed line. Mungkin dorang nak try kot. Sebab bila angkat orang tu letak. Lepas 2 hari dorang call cakap line dah ok. Bila cik tanya apa root cause nye dia kata line celcom tak ok. Ape ke halnye..dah sah sah dia yang fix kan line tu nak salah kan pihak sana plak. Apa pun cik happy la nombor cik dah tak diselubungi misteri lagi...huhuhu...Apa pun sekarang ni kena pakai 2 nombor,budget lari la cikit.

Isnin, 3 Januari 2011

Maid Oh Maid Pt 2

Bersambung lagi ngan kisah bibik yang cik ambik tu, ambik dia dan bawak balik umah. Time ni emak cik ada sama cos dia memang ada kat sini jaga anak2 cik selepas raya tu. Sebabkan kesiankan mak ngan ayah yang terpaksa berjauhan la cik pikirkan better ambik bibik secepat mungkin.

Sampai kat umah cik cakap kat emak yang dia kena train bibik tu, cos nampak gayanya dia tak pernah keja lagi. Masalah lain ialah masalah bahasa, dia kurang faham berbahasa melayu, then kat umah cik ni anak-anak dilatih berbahasa Sarawak. Sebabnya cik tak nak dorang rasa janggal bila balik kampung nanti.

Satu yang cik perasan dan mak kompelin bibik ni dia tak tau nak buat ape, even dah 1 week kat situ mak dah ajar nak buat apa dia kata paham. Tapi esok masih tak buat jugak. Bila ditanya paham puan, tp benda yang kita suruh tak plak dia buat. So dengan nasihat kengkawan cik pun buat jadualwaktu, dia kena ikot la kan. Ok dia ikut, tapi benda-benda suma dilakukan straight forward tak cakap detail tak buat. Susah jugak kan. Tapi dengan anak anak dia okay, maksudnya dia sabar walaupun selalu dibuli oleh adik anak cik yang ke-2 tu.

Sekarang maid cik ni dah 3 bulan bersama, bila ditegur dia ok tak la menjawab. Tu satu cik suka perangai dia. Tapi masih banyak yang perlu dia belajar dan perbaiki. So nasihat cik ngan kengkawan, carik maid ni ikut nasib jugak. Kalau dapat yang ok, ok sangat. Kalau tak sebaliknya la..kena tawakal dah berdoa semoga takde apa berlaku. Yer la kita ni working mum, at least ada pembantu senang la sikit.

Ahad, 2 Januari 2011

Maid Oh Maid Pt 1

Salam sayang suma,

Biar la cik kongsikan pengalaman cik dalam pencarian maid ni. Disebabkan maid cik yang lama tu berenti sebab nak kawen, terpaksala carik yang baru. Cik ngan huby dah suruh mak ngan mentua tolong carikkan senang ckit kalau dapat maid local ni. Setakat ni dah 2 maid cik orang local. Oh ye lupa plak cik asal orang Kuching. Tapi takde pun yang nak even offer nye sampai RM600. Jalan penyelesaiannya terpaksa la cik carik jugak maid Indonesia.

Sepanjang pencarian maid ni macam2 yg kami jumpa. Ada yang lari dari majikan, ada yang dah ditamatkan permit kerjanya dengan majikan lama dan macam-macam lagi. Kalau kita ni jenis yang tak kesah tak ape. Yer la undang-undang ni tak boleh buat main. Dari carik yang mudah dan instant ni nanti lain plak jadiknya.

Alkisahnya, ada sorang kawan ni call. Dia introduce la kat satu agen ni. Cik ngan huby pun hubungi la agen ni. Dia kata kena bayar full amount RM6500. Then bulan-bulan kena bayar RM550, tiga bulan takde gaji. Maid datang dari Jawa. Setelah dirunding rundingkan sebab anak Cik baru 2 orang so kita kurangkan la gajinya kepada RM500. Agen ni pon anta la biodata tu kat kami. Lepas 2-3 hari agen tu hubungi kami katanya maid dah sampai. Kalau nak tengok leh datang rumah dia. Kami pun pegi la, dah bincang-bincang, setelah suma setuju. Agen tu kata leh bawak maid tu balik umah. Dengan pas lawatan sebulan.

Dalam masa tu nanti agen tu akan usahakan permitnya...rasanya nanti kita sambung lagi pasal maid ni..

Sabtu, 1 Januari 2011

Tahun Baru 2011

Selamat Tinggal 2010..Selamat Datang 2011!

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita suma, sempat lagi hirup udara segar dibumi Allah ni. Kalau tahun baru nih..suma orang akan ada azam tahun baru. Cam tahun sudah sure kengkawan suma dah setkan matlamat tuk taun baru ni.

Ada yang kata nak sambung study, nak carik suami/isteri, nak keja yang lagi baik. Pada aku, tahun baru tu satu peralihan masa secara amnya suma org nakkan yg lebih baik dr taun sblmnya. InsyaAllah berkat usaha dan doa pasti sesuatu hajat tu terlaksana. Kalau nak setkan goal tuk dir sendiri tu tgok la dulu keupayaan kita. Biarla ia sesuatu yang realistik. Betu tak?

Penting ka ada azam taun baru nih..itupun terpulang kpd individu. So apa azam taun baru korang!!