Bersambung lagi ngan kisah bibik yang cik ambik tu, ambik dia dan bawak balik umah. Time ni emak cik ada sama cos dia memang ada kat sini jaga anak2 cik selepas raya tu. Sebabkan kesiankan mak ngan ayah yang terpaksa berjauhan la cik pikirkan better ambik bibik secepat mungkin.
Sampai kat umah cik cakap kat emak yang dia kena train bibik tu, cos nampak gayanya dia tak pernah keja lagi. Masalah lain ialah masalah bahasa, dia kurang faham berbahasa melayu, then kat umah cik ni anak-anak dilatih berbahasa Sarawak. Sebabnya cik tak nak dorang rasa janggal bila balik kampung nanti.
Satu yang cik perasan dan mak kompelin bibik ni dia tak tau nak buat ape, even dah 1 week kat situ mak dah ajar nak buat apa dia kata paham. Tapi esok masih tak buat jugak. Bila ditanya paham puan, tp benda yang kita suruh tak plak dia buat. So dengan nasihat kengkawan cik pun buat jadualwaktu, dia kena ikot la kan. Ok dia ikut, tapi benda-benda suma dilakukan straight forward tak cakap detail tak buat. Susah jugak kan. Tapi dengan anak anak dia okay, maksudnya dia sabar walaupun selalu dibuli oleh adik anak cik yang ke-2 tu.
Sekarang maid cik ni dah 3 bulan bersama, bila ditegur dia ok tak la menjawab. Tu satu cik suka perangai dia. Tapi masih banyak yang perlu dia belajar dan perbaiki. So nasihat cik ngan kengkawan, carik maid ni ikut nasib jugak. Kalau dapat yang ok, ok sangat. Kalau tak sebaliknya la..kena tawakal dah berdoa semoga takde apa berlaku. Yer la kita ni working mum, at least ada pembantu senang la sikit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan