Salam sayang suma,
Biar la cik kongsikan pengalaman cik dalam pencarian maid ni. Disebabkan maid cik yang lama tu berenti sebab nak kawen, terpaksala carik yang baru. Cik ngan huby dah suruh mak ngan mentua tolong carikkan senang ckit kalau dapat maid local ni. Setakat ni dah 2 maid cik orang local. Oh ye lupa plak cik asal orang Kuching. Tapi takde pun yang nak even offer nye sampai RM600. Jalan penyelesaiannya terpaksa la cik carik jugak maid Indonesia.
Sepanjang pencarian maid ni macam2 yg kami jumpa. Ada yang lari dari majikan, ada yang dah ditamatkan permit kerjanya dengan majikan lama dan macam-macam lagi. Kalau kita ni jenis yang tak kesah tak ape. Yer la undang-undang ni tak boleh buat main. Dari carik yang mudah dan instant ni nanti lain plak jadiknya.
Alkisahnya, ada sorang kawan ni call. Dia introduce la kat satu agen ni. Cik ngan huby pun hubungi la agen ni. Dia kata kena bayar full amount RM6500. Then bulan-bulan kena bayar RM550, tiga bulan takde gaji. Maid datang dari Jawa. Setelah dirunding rundingkan sebab anak Cik baru 2 orang so kita kurangkan la gajinya kepada RM500. Agen ni pon anta la biodata tu kat kami. Lepas 2-3 hari agen tu hubungi kami katanya maid dah sampai. Kalau nak tengok leh datang rumah dia. Kami pun pegi la, dah bincang-bincang, setelah suma setuju. Agen tu kata leh bawak maid tu balik umah. Dengan pas lawatan sebulan.
Dalam masa tu nanti agen tu akan usahakan permitnya...rasanya nanti kita sambung lagi pasal maid ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan