Khamis, 3 Februari 2011

Make Up Tips

Ada beberapa tips and tricks yang boleh Ma kongsikan bersama di dalam kelas Cik Susy hari tu. Kita ni make up jugak hari-hari nape la tak nampak flawless kan?

  
Tak dinafikan pemakaian foundation jenis stick or cream leh bagi coverage yang agak tebal. Sebab tu la make up artist guna produk cam krayolan tu. Bila pakai foundation ni kita boleh pakai jari or sponge basah. Kat dalam kelas tu kita diajar menggunakan wet sponge or span basah (for cream foundation/stick). Normally kalau jenis cecair kita akan letak dot dot kat muka kita dan ratakan guna jari jer.




Bila nak apply kan foundation tu sapukan ke arah luar (upward and outward motions) sedikit demi sedikit. Foundation tu kena diratakan sampai muka nampak licin dan takde ruang yang bercapuk capuk. Ek..harap korang faham la yer..bukan nye leh tonyoh sesuka hati. Tapi rasanya bagi kita make up natural hari-hari elok gunakan foundation yang tak berapa tebal. So far Ma gunakan naturactor dan Simplysiti punye foundation. Sebab muka Ma ni senang tumbuh jerawat yang Simplysiti tu ok ngam sangat. 

Apapun kena ikut kesesuaian kulit jugak, kita tengok orang pakai nampak cantik dan sempurna kita pun ikut skali end up naik jerawat lak kat muka. Boleh guna liquid foundation jugak atau tuk yang nak instant boleh jugak guna two way cake. Last skali leh apply loose powder. Boleh guna yang natural color. Paling penting kita cari foundation yang sama kaler ngan kulit.

Satu lagi before guna foundation kena la apply moisturiser dulu ok..

1 ulasan:

  1. teruk kan jerawat? sama la kita ni.. tensen ngan masalah pimple. kadang2 cemburu kan dgn org lain? sipa g klinik masih tiada solution.. nak tanya yg produk ssiti tu biasa djual kat cney?

    BalasPadam