Ahad, 10 April 2011

Merajuk Ke Yang?

Soalan ni kerap Mr MA tanya kalau muncung dah panjang sedepa, cakap pun tak layankan. Betul ke wanita ni kuat merajuk? Perlu ke kita ni nak merajuk sayang oi? Wanita bergelar girl friend dan wife sila jawab sikit. Apa sebenarnya yang menyebabkan kita nak merajuk.

Bagi kita plak merajuk ni bukannya sengaja dibuat, mesti ada sebab-sebab tertentu. Kita senaraikan la sedikit. Contoh pertama bila dah janji nak keluar ke? Dah siap ni tapi si dia plak buat tak tau. Selalunya berkenaan janji tak ditepati la atau tidak dapat apa yang diinginkan. Contoh kedua mementingkan orang lain or kerja dari kita nih! Ada masanya kita perlu jugak ruang untuk bermesra. Apa yang selalu kita pesan and selalu sangat cakap kerja takkan abis, tapi kena peruntukan masa untuk yang tersayang.

Yang ketiga plak cemburu! Ni masalah besar kalau tidak percaya pasangan anda. Ni boleh jadi gaduh besar nih! Kalau boleh control la sikit perasaan cemburu ni. Cemburu secara keterlaluan boleh merosakkan hubungan kasih dan sayang.

Bila dah merajuk kena la pujukkan. Terangkan hal sebenar secara jujur dan ikhlas. Minta maaf takkan jatuh tahap kelelakian tu kalau minta maaf. Kalau Mr MA dia akan berlawak and wat kita tersenyum dan ketawa. Normally dia akan bukak kisah-kisah lama yang mencuit hati. Pandai kan nak pujuk! Kalau buat keputusan tu ambil kira pasangan juga. Bertolak ansur la dalam membuat segala keputusan. Tak susah pon kan!

Ada ke jenis yang merajuk tak bersebab! Yang tu spesis lain kot. Kita doakan semoga suma yang membaca diberikan kekuatan dalam melayari alam percintaan/berumahtangga. Kita meminta pada yang ada, merajuk pada kasih!




3 ulasan: