Alhamdulillah hari pertama dah dilalui, walaupun berbagai cabaran dan dugaan. Pagi Mr MA cakap dah takde tiket waran balik ke Kuching dari 26-28 Ogos. Aduii..pening jugak nak buat keputusan samaada nak balik awal ke or lambat. Tapi disebabkan takde babysitter and Mr MA terpaksa bercuti panjang kena la balik 29.8 nanti. Semalam bos dah tanya you ambik cuti ke raya. Yup and dah plan nak amik 2 minggu dia pun cakap lamanya. Then cakap dia ok, tapi kena delegate my task plak. Huhuhu...tengok la macam mana nanti.
Semalam start pukul 4 petang dah terasa pening kepale. Balik tu meredah plak Bazaar Ramadhan. Kita pegi Bazaar Ramadhan kat Pantai Dalam je. Memang ramai dan gerai pun lebih banyak daripada taun sebelumnya. Beli sikit-sikit je. Kalau tengok memang nak semua, tapi hari pertama ni kena la hati-hati takut makanan yang dibeli takde rasa plak kan . Nama pon puasa.
Abang Irfan balik skolah terus tido, petang nak “sungkei” baru kejutkan dia. Mana taknya pagi tu kita turun kerja dia dah bangun. Malam tu pun dia tido lewat masa sahur pun mamai lagi, sampai makan pun kena bersuap. Hari ni ok sikit sebab dah hari ke-2 kot. Tanya jugak kengkawan anak-anak dorang puasa tak. Ada jugak yang baru nak berlatih. Alhamdulillah since darjah 1 abang Irfan dah puasa penuh. Berlatih puasa sejak umur 6 tahun.
Sekarang ni dia dah faham apa itu puasa, takde la kalau dulu dia ingat puasa tu menahan lapar dan dahaga je pon. Bulan puasa ofis bagi balik kol 5 petang. Kerja pun sekarang tak pernah surut, tapi ada masa rasa down sangat. Nak buat cam mana kena kerja sampai dapat yang lain. Pada ibu-ibu yang baru melatih anak berpuasa kena sabar. InsyaAllah berkat kesabaran kita nanti akan membuahkan hasil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan