Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Berpuasa..

Selamat berpuasa kepada semua, semoga bulan yang mulia ini kita menambahkan ibadat kita kita ke hadrat Ilahi. Macam biasa sejak takde pembantu ni weekend dipenuhi rutin seperti ibu-ibu lain jugak. Semalam awal-awal dah masak untuk sahur. Sebab confirm liat nak bangun pagi. Jam 4.50 pagi dah bangun dan panaskan makanan. Alhamdulillah Mr MA pun bangun sama. Tolong sediakan apa yang patut. Terima kasih yang!

Lepas makan kemas apa yang patut. Korum bertambah sebab sedara Mr MA ada kat rumah baru datang semalam dari Kuching. Dapat kerja kat KL ni so sementara waktu mencari tempat tinggal dia “berambeh” dulu kat umah kita orang. Abang Irfan plak awal-awal dah excited nak puasa. Tapi bila dikejutkan sahur tadi mamai lagi, makan pun nak kena suap.

So apa plan berbuka puasa hari ni? Kita pun tak fikir apa lagi. Maybe singgah sebentar kat Bazaar Ramadhan.

3 ulasan:

  1. Selamat berpuasa Queen Fairy! :-)

    sitok ada kuih tako ko, sinun ada sik? hehe

    BalasPadam
  2. Tq dear, kuih tako ada tapi versi lain, tapi mek rindu celorot, pulut basung, bubur pedas..byk gik mok di list...Wahh teringin, sikpa klak InsyaAllah sempat berbuka ngan family di Kuching..

    BalasPadam
  3. oh ya... kuih tepung pelita, kata kawanku. ada rupa tako tapi nama lain. celorot! harus! cucur rode! harus!

    BalasPadam