Salam, last week balik kampung kejap. Ayah ngan mak accident hari Isnin tu. Mulanya dorang tak nak bagitau takut kita risau. Lapas maghrib Mr MA cakap ada sms masuk kat fon. Cam biasa pas balik keja handphone memang kat dalam handbag je tak kua. Sekali sekala je tengok kalau-kalau ada sms masuk. Selalu kalau mak ayah telefon pun kat tepon rumah. So tak expect apa-apa pun kalau balik umah pun dah kol 7 malam.
SMS masuk dari adik ipar, memang kalau ada apa-apa dia jarang call or sms, selalunya adik je yang anta sms. So cam ada yang tak kena, bila sms tu berbunyi "col umah urgent". Dah call tu leh pass kat mak plak. Mak cakap dia ngan ayah accident. Ayah agak teruk sebab tulang bahunya patah dan dia masih ditahan di wad masa tu. Budak yang melanggar tu baru umur 15 tahun, takde lesen suma. Ayah kata kemungkinan dia nak overtake tapi tak lepas. Ayah ngan mak naik moto jalan lurus je pon. Budak tu plak naik kancil. Sebab ayah jatuh tertiarap and tangan sebelah cecah tanah dulu tu yang tulang bahu ayah patah.
Tanpa fikir banyak kita cakap ngan Mr MA better balik kampung, sebab kitaorg sebenarnya memang ambik cuti sebab nak gi kenduri di Kedah, memandangkan hari 28.11 cuti umum and memang apply cuti sampai 30.11. So balik sabtu tu sampai rabu..ok lah yang penting boleh jenguk mak ngan ayah. Anak plak memang suka kalau balik Kuching..nait belon bah! Anak sulung plak boleh tanya kat atoknya..orang yang langgar atuk tu sengaja ke tak? Hmmm...macam mana nak jawab tu!!
Esok ayah akan menjalani operation tuk betulkan tulang bahu dia. Mintak suma tolong doakan semoga segalanya berjalan lancar dan ayah cepat sembuh seperti sediakala.
Pada awalnya ayah budak tu kata nak settel luar je...tapi apa yang kita dapat tahu sekarang orang tua tu mula melarikan diri..sms tak jawab call pun tak angkat. Dalam masa ayah accident tu pon hanya dua kali dia datang melawat. Kita cakap kat mak, salah tetap salah..jangan la plak jadi cam gitu. Sebab tu la kita memang susah nak percaya kat orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan