Isnin, 12 Disember 2011

Headache Lepas Cuci Rambut kat Saloon

Last Friday pegi saloon sebab nak potong rambut yang dah sangat panjang ni. Rambut plak semenjak preggy ni banyak betul gugur. Gi la kat satu saloon kat tempat kerja ni. Cakap kat dia nak cuci dan potong sekali. Mulanya dia cuci rambut, tengok perut yang membesar ni dia tanya brapa bulan. Oh dah 5 bulan lebih dah jawabku sambil senyum, disebabkan spek mata dibukak so memang tak nampak la mulut dan memang susah la nak tau orang tu cakap apa. Dengan keadaan yang agak bising ngan hair dryer suma.

Sepanjang cuci rambut tu rasa sakit sangat dia tarik-tarik. Mungkin dia nampak kot muka kita ni berkerut-kerut dia tanya sakit ke? Sakit jawab kita, pas tu dia kurang kan sikit bab merentap-rentap tu. Balik malam tu kita rasa sakit kepala sebelah je. Nasib la ari ni dah kurang sikit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan