Khamis, 3 Mei 2012

Maternity leave dah nak abis..

Diam tak diam dah dekat 2 bulan dah kita cuti bersalin. Isnin ni plak dah masuk keja. Baby Marissa akan berusia 2 bulan pada 5 Mei ni. Alhamdulillah kita bagi dia fully breastfeed, rasanya sebab kesedaran makin meningkat mengenai kebaikan susu ibu kepada bayi. Saya pasti ramai ibu ibu diluar sana pun gigih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu. Dua abang sebelum ni kedua-duanya tak fully breastfeed. Bila dah start keja terus bagi susu formula.

Rezeki Marissa jugak kot. Syukur berat baby masa 7 minggu hari tu 4.58kg. Baru ni pergi One Baby World tuk beli breastpump Marvel Single. Disebabkan nak kerja, manual dah beli sehari lepas Marissa lahir.  Guna jenama Anakku harga RM79.90, cuma tangan lenguh la sikit guna manual ni. Hasil lumayan jugak. Guna manual pump ni kena sabar. Ibu-ibu jangan cepat putus asa. Teknik pun kena betul. 

Anakku Manual Breastpump tengok la hasilnya

Breastpump Marvel Single Autumnz ni memang berbaloi membelinya. Ramai yang kata ia seperti medela FS, tak boleh nak compare sebab kita tak pernah pakai Medela Freestyle. Review menggunakan breastpump ni sangat la mudah dipasang. Bunyi senyap, suction pun ok. Boleh guna bateri jugak. Satu lagi sangat ringan cuma 300gm sahaja. Lebih murah berbanding pam elektrik biasa. Pendek kata sangat puas hati. Hajat dihati nak exclusively breast feed sampai umur Marissa dua tahun, InsyaAllah. Kita pun makan vitamin Shaklee yang trial pack pantang hari tu tak habis lagi. Lepas ni maybe nak cuba ESP ngan Alfalfa plak. Doakan semoga ada rezeki tuk Marissa menyusu sehingga 2 tahun. Ibu-ibu diluar sana kalau dah decide nak bagi susu ibu kepada bayi tanamkan diminda. Mesti positif InsyaAllah rezeki untuk anak itu tetap ada.

Breastpump Marvel Single Autumnz
Sila klik link ini autumnz-marvel-single-elec-breastpump tuk pakej seperti di atas, cuma nipple shield tu saya beli asing.


5 ulasan:

  1. alhamdulillahhh...makin membesa dgn sihat la marissa pastok..kenak simpan stok byk2..mmg betul kalo nak BF..kenak tanamkan kat minda fully breastfeed & yakin kita boleh buat...insyaAllah susu cukup till 2 tahun..gudluck mamasita!!

    BalasPadam
  2. thanks, ya la..semoga sumanya berjln lncar..

    BalasPadam
  3. thankz~!finally dapat gak org yg boley bg review pasal Autumnz breast pump...weee...
    eh newey, selamat berkenalan~

    BalasPadam
  4. Macam mana nak pam susu guna breastpump anakku dengan teknik yg betul? Boleh share sikit tips? Thanks.

    BalasPadam
  5. Hi Izra bleh baca catatan ni http://duniamamasita.blogspot.com/2012/06/tips-memulakan-sesi-memerah-susu.html kalau tidak keberatan bleh email sy trus ke itadha@yahoo.com

    BalasPadam