Selasa, 19 November 2013

Jom kita ke Aquaria KLCC

Cuti sekolah datang lagi, memang tak plan pun nak ke Aquaria KLCC ni. Bila si abang long suggest jom pegi Aquaria, tak sampai hati pulak nak tolak permintaan dia. Walaupun dah pernah pergi agaknya 3 tahun lepas kot. Kita pun plan nak gi Sabtu, jam 11 pagi suma dah siap-siap nak keluar. Sampai KLCC kita orang pergi parking kat Tower 1 Petronas Tower tu. Almaklum jarang naik keta gi sana.

Kena menapak jauh la jugak masuk Aquaria, owh kalau korang 1st time pergi Aquaria ni bila dah masuk KLCC Suria tu dia belah side Maybank, concourse level. Pas tu korang kena jalan melalui terowong tu sampai jumpa food court Aquaria KLCC tu. Sebab bawak anak kecik amik masa 5-10 minit jugak la.

Sampai terus pergi kat kaunter ticket. Yang bestnya kalau pada hari biasa entrance fee untuk kanak-kanak (3-12 tahun) ialah RM28 dan untuk orang dewasa RM38. Tapi kami dapat harga seperti dibawah, ye betul ada "Family Package" RM108 (2 dewasa dan 2 kanak-kanak). Agak jimat disitu ye..


Masuk je entrance tu kita jumpa kolam boleh sentuh. Dari nama tu pun kita dah tahu boleh sentuh apa yang ada kat dalam kolam tu. Ada belangkas, tapak sulaiman dan ketam. Boleh sentuh tapi dalam air je tau. Ada pemudahcara yang memberi info mengenai apa yang ada kat dalam kolam tu.

Lepas tu kita orang teruskan ke bahagian lain pula. Ada akuarium kecil dan besar yang dalamnya ada binatang-binatang seperti gecko, tarantula, ular, spesis ikan, ketam dan banyak lagi. Ada yang tak pernah kita tengok pun.

Journey pun diteruskan lagi kita guna eskalator dan melalui akuarium yang besar boleh nampak kat bahagian atas ikan pari besar dan ikan yu. Huhuhu nampak sangat besar dan ada gak yang menakutkan. Ada divers tengah bersih akuarium tu. Hahaha ingatkan patung rupanya memang orang.

Selesai bahagian tersebut kita orang sempat tengok shark feeding, kebetulan masa tu kita orang lalu kat situ. Tak leh nak tunggu sampai habis pun shark tu tak nak makan..hehehe then ramai sangat orang kerumun. Keluar dari situ dah nak kua dah, ada kedai souvenir sebelum pintu keluar. Aku tau tempat keja aku KLCC je pon, tapi anak-anak jarang ke sana. Happy bila tengok anak-anak super happy.

Enjoy pic yang kami sempat amik..sebabkan tak leh guna flash gambar nampak gelap je..










Jumaat, 8 November 2013

Maid made me headache..

Poning kepala acik ni ha. Yes, ni maid indon aku yang ke-3, yang pertama maid indon lari masa Mr MA pegi outstation. Yang ke-2 balik kampung raya ada urusan katanya keja tak sampai setahun, dah tak balik -balik dah sini. Meninggalkan kita orang yang terkontang kanting mencari jalan keluar. Sudahnya mintak tolong mak aku datang.

Ini yang ke-3, katanya dia orang susah. Kena sara keluarga anak yatim, ada lagi 2 orang adik bersekolah. Ikut perjanjian aku hanya bagi dia separuh aje wang gaji dia. Gaji RM600, maksudnya tiap bulan aku akan bagi dia RM300. Lagi separuh aku simpan, masa balik aku akan bagi semua.

Bulan pertama dia suruh aku hantar suma duit tu kat emak dia, katanya nak bayar yuran sekolah adik dia. Bila aku tanya kakak cleaner kat opis aku. Dia kata, tak de la kena bayar yuran mahal-mahal sebab kerajaan dorang yang tanggung. RM300 kalau convert duit dorang tu bersamaan 1 juta rupiah.

Ini bulan ke-2, mintak aku hantar kan RM400, katanya adik sakit plak masuk hospital. perlu duit nak bayar hospital. Asal gaji je sure ada masalah itu dan ini. Aku rasa enuff is enuff so aku bagi tau aku hanya akan bagi dia RM300, lagi separuh tu aku simpan. Owh macam susah nak percaya, kejam sangat ke aku ni.

Aku pelik sebab katanya kakak ada keja kat Malaysia ni, jadi taylor plak tu..hmmm..pelik tak korang pikir tak apa aku pikir. Kot putar alam sangat huby kata suh anta balik je. 

Isnin, 4 November 2013

Taska? Pengasuh? Maid?

Baru ni kita dikejutkan lagi dengan sebuah nursery yang penjaganya memukul anak kecil yang dijaga. Pada aku ini bukan kes baru dan sudah banyak kali berlaku. Dihebahkan nursery tesebut terletak di Taman Melati, yang beroperasi tanpa kelulusan JKM. Pada aku kadang-kadang ibu bapa sangat terdesak nak hantar anak ke taska ni dengan harapan boleh la menjaga anak sementara kita keluar bekerja. 

Tapi apa yang berlaku sebaliknya, menyedihkan melihat anak kecil yang tidak tahu apa-apa diperlakukan begitu. Aku sebagai seorang mak memang tak sanggup menonton video clip itu apatah lagi macam-macam komen yang menyentuh hati dan kalbu dilontarkan.

Siapa lagi yang boleh diharapkan..aku sebenarnya takut benda-benda ini berlaku pada aku. Bila suatu masa kawan baik ku mengatakan..tawakal je pada Allah. Doa banyak-banyak, mampukah kata-kata itu menyedapkan seorang emak yang keluar bekerja meninggalkan zuriat.

Kebanyakan taska hanya berorientasikan keuntungan, tanpa tahu beban kerja yang menunggu. Menjaga anak-anak kecil ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Aku yang dikurniakan 2 putera dan satu puteri ni pun kadang-kadang pening juga. Inikan plak yang kena jaga berpuluh-puluh orang. 

Pada ibubapa sila check backgorund taska tersebut, check jugak anak-anak anda bila balik kerja. Sila lah buat sekerap mungkin, pergi lah lawat taska tersebut masa sekali sekala buat spotcheck. Please mak, ayah..tolong anak ini.

Sabtu, 2 November 2013

Tips: Bagi fresh graduate yang baru memulakan kerja...

Salam semua, kat sini nak share sikit beberapa tips bagi fresh graduate yang baru nak melangkah ke alam pekerjaan. Walaupun ni bukan bidang akak tapi akak berkongsi sebagai seorang yang dah melalui zaman tersebut. Kita sama-sama kongsi InsyaAllah dengan catatan ni dapat dimanfaatkan atau dijadikan panduan tuk adik-adik sekalian.
  • Datang awal - Hari pertama tu, datang lah awal ke tempat kerja. Kalau waktu kerja jam 9 pagi datanglah setengah jam lebih awal. Ini menunjukkan kesungguhan kita tuk memulakan hari pertama. Reputasi kita sebagai pekerja. Jangan plak datang lambat okay.
  • Berpakaian sesuai - Pakai pakaian yang bersesuaian, "office attire" tu kena la beli or paling tidak pun pakai pakaian yang sopan.
  • Bawa Alat Tulis sendiri - Kadang-kadang staf baru ni jarang disediakan alat tulis. Sebagai persediaan bawalah buku nota dan pen sendiri. Tak perlu kecoh-kecoh nak pinjam kat orang.
  • Bersedia untuk belajar - Selalu rasa bersedia tuk belajar, kalau senior or buddy tu panggil untuk bagi tunjuk ajar selok belok kerja. Jangan pulak anda persoalkan, ini skop kerja saya ke? Seharusnya terlebih dulu masa mengambil letter offer tu anda tau apa skop kerja anda. Ini berlaku pada aku bila freshie ni tanya aku, akak nak ajar saya buat kerja xx ni ke? Bukan tak bleh tanya, tapi orang takkan panggil kita kalau bukan atas sebab benda tu related ngan kerja kita.
  • Bersedia membantu - Selalunya masa awal-awal mula bekerja tu kita akan sedikit free, ringankan tulang atau offer untuk membantu orang lain.. Kerja-kerja ringan macam filing ke, fotocopy ke..
Ok, tu saje tips dari akak. Semoga berjaya. Nanti kita kongsi tips yang lain plak.

Rumah Oh Rumah!

Hello laling semua..sebelum terlewat nak ucap "Deepavali Vathukkal" pada kawan-kawan beragama Hindu. Yang tak bestnya hari cuti jatuh pada hari Sabtu plak. Apapun enjoy ur weekend.

Semalam mak call katanya orang yang nak buat wiring tu dah bagi harga dorang mintak RM1300 tuk satu umah tu. Ada gak plug point yang masih ok. Owh lupa nak cerita masa sebelum raya haji ari tu ada orang pecah masuk umah. Suma wayar dorang curi. Then terpaksa la buat semula wiring tu. Aku geram betul banyak betul kes kecurian kat situ. Naknya mak dah suruh sewakan je rumah tu nanti.

Aku tak sure harga tu ok ke tak? Pada aku biarlah buat proper..senang ckit nanti. Memang tak tau lagi bila nak dok sana. Tunggu Mr MA harap-harap bleh transfer kat Kuching nanti.


Rabu, 30 Oktober 2013

Me today..

Kepala sikit serabut mengenang itu dan ini..nak balik kampung duduk sana terus. Mr. MA tak bagi greenlight, hujah dia agak bernas jugak. Sudahnya aku akur, keputusan itu. Ok mak call pagi semalam tanya pasal rumah kat Kuching tu, dia kata baik sewakan sekurang-kurangnya ada orang tinggal kat umah tu then secara tidak langsung boleh jaga rumah tu. Daripada dibiarkan kosong, tanya Mr. MA dia setuju. 

Sekarang ni mak ngan ayah duduk situ sementara kat rumah kami tu sampai umah mak ayah siap. Ok, sebenarnya dah start bisnes online jual baju kurung cotton, halfmoon dan telekung lycra. Sapa-sapa yang nak tengok boleh like page https://www.facebook.com/ronakalereshoppe kalau org tanya aku akan bagi tau ni back up plan. Sebenarnya aku dah malas nak kerja ni.

Nanti aku sambung lagi ada plak orang datang ni.Owh sapa-sapa nak sewa rumah area Petra Jaya Kuching boleh contact aku email itadha@yahoo.com

Isnin, 21 Oktober 2013

Isnin yang mendung

Salam semua,

Agak berabuk jugak la blog ni bila dah lama tak update ape2..sangat sibuk dengan tugasan hakiki. Tidak boleh lari bila kena buat kerja untuk dua orang..adil kah? Jangan asyik bertanya itu dan ini..mengadu itu dan ini. Jadi pasrah sahaja..

Biar lah semua ini berlaku tanpa kerelaan. Rasanya nak buat sesuatu yang kita suka..something that i like. Have to think about it..semoga Allah permudahkan segala urusan. Buka hati ku untuk memulakannya..amin.

Jumaat, 20 September 2013

Kami bahagia..kamu bahagia tak?

Salam semua, cam lama sangat dah tak update blog ni. Sekali sekala nak jugak mencoret ape yang patut. Tajuk entry kali ni tak bleh blah rasa cam artis plak. Adakah??

Cerita nye gine bila dah ramai-ramai kengkawan berkumpul ada je nak diborakkan, cite pasal jiran sebelah gaduh tak hengat dunia la. Siyes kalo kita ada jiran macam tu kita pun takut..buat nye jadi ape2 kita plak jadi saksi utama. Ok pokoknya bukan crita bab gaduh.

Pot pet punye pot pet rata-rata kengkawan setuju lelaki/husband ni memang seorang yang penyabar. Walaupun mungkin ada jgak yang tak bersetuju tapi dalam 6 orang kami kat situ suma pun rasakan benda yang sama. 

Then jadi perempuan/isteri/ibu kita pun kena banyak sabar jugak. Rasanya tak adil kalo hanya satu pihak je yang sentiasa beralah/mengalah. Kesian jugak kat kaum suami yang kena tahan dengan perangai isteri. Semalam sebelum tido seperti biasa borak borak ngan huby. Dia kata setiap lelaki kena ada ego dan tahap kesabaran nya. Jangan sampai satu tahap ada benda yang trigger sampai suami beralih arah plak.Masa tu menangis air mata darah pun dah tak guna.

Yup jadi isteri kena tau peranan sendiri, tak boleh letakkan suma benda kat bahu suami lebih lebih lagi urusan rumahtangga. Memang selayak suami membantu tapi jangan sampai membebankan plak. Kadang-kadang tak semua benda suami akan cerita pada kita. Jadi isteri kena faham juga fungsi suami sebagai ketua keluarga, banyak kalo nak disenarai. Jadi isteri kena selalu perbaiki diri, kita pun banyak lagi kena belajar. Yang paling penting kena lengkapkan diri dengan ilmu agama. InsyaAllah kita tak akan terpesong.

Sebelum tido wrap la dulu apa benda jadi seharian. Bercakap dari hati ke hati ngan suami. Minta maaf padanya walaupun takde salah ape ape.. 

Apapun kita bersyukur dapat suami yang penyayang and yes saya bahagia bersamanya. Hampir sebelas tahun melayari hidup berumahtangga, banyak pengalaman pahit manis suka duka bersama.  Terima kasih yank..luv you forever.


Selasa, 16 Julai 2013

Ampunkan lah dosaku Ya Allah.

Menginsafi diri di tujuh Ramadhan, lantaran tertinggal solat subuh. Astaghfirullah hal azim. Teringat kata kata seorang ustaz. Seorang manusia yang jahil melakukan dosa, disebabkan dia tidak tahu sesuatu hukum masih boleh diterima. Kita ni yang ada ilmu agama tahu duduk satu perkara masih juga melakukan dosa. Itu lebih dasyat...

Ya Allah kau ampun kan lah dosa dosa ku Ya Allah.

Ahad, 14 Julai 2013

Salam Ramadhan untuk semua

Alhamdulillah masih diberi peluang olehNya bertemu lagi kita Ramadhan kali ni. Bulan penuh kemuliaan kita sebagai umat Nabi Muhammad mencari dan mengumpul sebanyak mungkin pahala dengan amal ibadah dan bersedekah.

Tahun ni diberi kelapangan boleh la pergi terawih di surau. Anak-anak pun puasa abang long dah 10 tahun takde masalah nak puasa. Dah mula puasa penuh bila usianya 7 tahun. Sekarang ni melatih abang ngah plak (6 tahun). Hari pertama call maid tengah hari katanya dah mintak susu. Hmmm alahai..tu la bukan main liat lagi nak kejutkan sahur. Sumbat botol susu je, bukan main marah dia tido nye teganggu. Hari ke-2 plak sempat sahur dengan coco crunch. Yang paling best berbukanye dengan kit kat je.

Ingat lagi ada satu program kat radio ni bersama Prof Muhaya, katanya tak de lagi hadis yang dia baca mengenai usia awal anak2 berpuasa. Kalau sembahyang tu memang ade la kan. Takpe yang penting kita latih anak-anak dari kecik. Supaya besar nanti tak liat melakukan ibadah puasa.

Dah 5 hari kita berpuasa, memang masa kerja aku akan beli juadah berbuka kat Bazar Ramadan kat Pantai Dalam nih. Tak sempat pun kalo nak masak. Masa hujung minggu baru sempat masak tuk berbuka. Masa ni la nak tunjuk skill memasak..semalam buat laksa sarawak dengan mini popia. Huby and anak-anak suka sangat.

Korang jangan terliur plak aku post gambar laksa sarawak and mini popia ni.

Laksa Sarawak

Mini Popia

Selasa, 2 Julai 2013

Preloved Autumnz Single Breastpump

Adik-adik, kakak-kakak sekalian,

Saya nak let go breastpump yang banyak jasa ngan saya ni kat sapa2 yang berkenan. Sila hubungi saya di email itadha@yahoo.com. Siapa cepat dia dapat ye..

Luv u all..happy breast feeding ye cayunk suma.


Selasa, 11 Jun 2013

Lepas demam denggi..

Ada beberapa perkara yang aku lalui masa kena demam denggi tempoh hari.

1. Aku fobia dengan nyamuk. Tengok je nyamuk atau gatal kat mana mana. Aik nyamuk ni gigit aku ke. Semacam ada satu perasaan takut yang teramat. Nasib la kena kat aku dan bukan anak2. Mintak dijauhkan la dari demam denggi ni.

2. Benda dah nak jadi, ujian dariNya. Sebagai manusia kita tak telepas dari diuji. Anggap lah penyakit yang datang sebagai kifarah dosa dosa kita yang lepas.

3. Nasib la ada mak ayah family members. Kebetulan sakit masa cuti. Kalau tak mungkin aku yang cengeng ni sedih sorang2 dok kat hospital tu. Sure huby tak sampai hati nak tinggalkan anak2 kat rumah. Boleh la tinggalkan anak2 kat rumah tanpa rasa risau.

4. Tekadang pelik dengan perangai manusia. Ada seorang hamba Allah telefon masa aku admit. Dia boleh gelak plak bila aku cakap aku kat hospital kena demam denggi. Aikk lucu sangat ke. Hanya dia je yang tau.

Dah lewat malam ni..tadi bukan main lagi idea mencurah2...jumpa lagi next entry ye..

Rabu, 5 Jun 2013

Aku dan demam denggi..

Salam kengkawan,

Sebelom ni asyik dengar orang kena denggi je kat kawasan apartmen aku tinggal. Memang takut tu ada, apatah lagi huby memang suka sangat spray satu rumah dengan racun serangga tu. Aku plak tak gemar baunya..aku slalu cakap kat huby nanti leh dapat kanser la yank. Dia diam aje. 

25 May 2013 (Sabtu)
Dah mula demam, satu badan seram sejuk. Tapi gagahkan jugak nak gi Mydin nak beli ole-ole nak bawak balik Kuching. Sampai sana halfway shopping aku dah tak larat. Rasa sejuk menggigil sampai ke tulang. Aku cakap kat huby, saya tunggu kat tempat duduk je. Tak larat dah nak jalan. Lepas habis carik barang-barang huby terus bawak balik. Sampai rumah telan panadol, selimut sebab sejuk semacam. Mintak huby picitkan kepala, pening sangat. Tertido..bangun on and off memang tak angkat dari tempat tido. Makan pun hanya dapat amik biskut kering. Sepanjang masa aku tido.

26 May 2013 (Ahad)
Demam tak kebah lagi. Masih macam tu jugak, telan uphamol pun tak jalan jugak, still bawak mandi. Memang tak larat sangat. Just cakap kat huby esok nak kena keja hopefully esok dah ok. Muntah dan cirit birit bermula. Hanya mampu telan jus mangga je.

27 May 2013 (Isnin)
Pegi keja macam biasa, masih tak sihat sebenarnya. Muka dah merah, selalu demam jugak tapi takde le muka merah padam. Tengah hari memang dah tak larat, memandangkan bos cuti ingatkan nak tunggu sampai petang baru balik. Suma kengkawan suruh balik sebab nampak sangat tak laratnya. Aku tengah hari tak mampu nak buat ape dah. Call huby suh amik and anta klinik. Pukul 2.30pm baru huby datang. Pegi anta klinik keluarga, doktor suspek aku kena denggi. Tapi sebab dah petang dia suh datang balik esok nak check darah. Doktor bagi MC dua hari maksudnya sampai 28.

28 May 2013 (Selasa)
Tepat jam 8.30 pagi dah tunggu nak amik bloodtest. BAgitau doktor aku period 1stday ari ni. Doktor amik bloodtest trus balik umah dan rehat. Tak mampu nak makan dan minum. Suma muntah balik ataupun cirit birit. Jam 4 petang klinik call, bloodtest result tak ok doktor suh refer ke hospital. Aku kata tunggu huby balik nanti amik surat tu. Result platlet count 56k. Kalau orang normal platlet countnye dalam 150k-450k. Doktor refer ke Hospital Pantai memandangkan dia pun takleh nak bagi keputusan samaada aku bleh naik flight. Oh sebenarnya kita orang dah plan nak balik Kuching 29.5-6.6 ni.

Sampai kat Hospital Pantai aku kena admit, tak sempat nak kata ape. Confirm aku memang kena demam denggi. Doktor buat bloodtest platlet count 43k. Turun lagi, malam ni kena la tido sini, doktor masukkan drip.

29 May 2013 (Rabu)
Nak tak nak sakit ke macam mana, aku kena mintak discaj hari ni. Doktor tu memang tak bagi risiko tanggung sendiri. Apa yang agak kukesalkan dia tak buat ape pun semalaman, tak de check darah sampai jam aku discaj pukul 10pg. Memandangkan aku discaj tak abis treatment kena bayar bil rawatan tu sendiri, suma cost RM1,154.00. Doktor suh refer ke mana-mana hospital bila dah sampai Kuching.

Naik flight kepala bukan main lg berat, badan lemah, cepat la sampai...sampai kat airport along ngan abang meran dah tunggu. Along aku sister kat klinik kesihatan Jalan Masjid. Dia kata pegi klinik dulu check platlet count. Check platlet count tinggal 14k. Dia tanya apa treatment doktor bagi untuk monitor suma. Aku kata sekali je masa admit dia check darah.

Along kata ko kena admit jugak ni, terus pegi emergency kat Hospital Umum Sarawak. Sampai sana doktor bising aku dehydrated teruk, bibir mengelupas lidah kering. Suruh minum banyak air. Drip dipasang 156/ml per hr. Bayangkan macam mana rasa nye bila nak kena kencing tiap masa. Dua-dua tangan pun dicucuk. Jam 12.30mlm baru naik ke wad. Bermula la episod di amik darah 6jam sekali. Sebabkan platlet rendah doktor tak kasi banya gerak. Nak kencing suma kat bed aku je. Alhamdulillah sepanjang masa huby jaga aku, tolong buat itu dan ini. Ingatkan aku minum tiap jam. Dia pun takleh nak tido.

30-31 May 2013 (Khamis/Jumaat)
Platlet count up and down, drip still dipasang tak reduce pun. Sampai satu tahap aku dah tak leh nak differentiate sama ada aku nak berak or nak kencing. Nak je duduk je kat tampoi tu kencing. Doktor bagi ubat untuk stopkan period, sebab aku dah takleh kehilangan banyak darah lagi. Doktor tak kasi gerak, kalo aku jatuh aku bleh bleeding.

Jumaat malam aku tak leh nak kencing habis, setiap kali kencing kuar sikit je..tapi bila baring bladder aku full macam nak kencing masa tu jugak. Aku cakap kat doktor sampai aku kena meneran kencing. Bila teran punye teran tekua la buasir. Seksa satu benda lagi. Akhirnya doktor pasangkan beg kencing. Aku dah tak pelu turun naik nak kencing. Bleh tido lena malam tu.

1 Jun 2013 (Sabtu)
Doktor reducekan drip platlet count naik 30k. Doktor suh minum banyak2 air tu je caranya. Ahhh rindu betul kat anak-anak especially si kecik Marissa. Hmmm tuhan je tau. Sepanjang aku masuk hospital memang tak jumpa marissa pun.

2 Jun 2013 (Ahad)
Last reading platlet count pukul 6pg 54k. Doktor suh bukak drip kalo suma ok bleh discaj ari ni. Alhamdulillah aku discaj. 

Sekarang ni still lemah lagi and pening kepala walaupun dah hampir 3 hari discaj. Rasa lemah macam baru lepas bersalin. Sekarang ni still minum jus, selera makan dah hampir pulih. Alhamdulillah balik kampaung ada emak, ayah dan dekat dengan adik beradik. Terima kasih kat korang suma kerana bersusah payah dengan aku.

Aku redha dengan ujian Ilahi ini. Pengalaman ni amat memeritkan. Terima kasih kepada doktor2 dan jururawat Female Medical Ward, Tkt 8, Hospital Umum Sarawak atas layanan anda semasa aku berada di hospital.

Rabu, 22 Mei 2013

Wah gempak blog Kak Ton..

Hahaha..Kak Ton tu along kita. Almost everyday update dia punye blog..wooowww..banyak betul masa dia kan? Ni yang buat kita terpukul ni...huhuhu dulu bukan main lagi dok update blog. Sekarang blog ni kedinginan kot.

Kalau korang ada masa singgah le ke blog Kak Ton..akhir kata dari kita "Comel tak Kak Ton!"...hahaha..blah dulu nanti kita sambung lagi ek..Berazam nak gegarkan blog yang dah kedinginan ini. Nak lawan blog Kak Ton...gamaknye!!

Klik la kat sini -->alongeton kat sini.....

Jumaat, 3 Mei 2013

Banyaknya habuk..

Oh..my blog dah berabuk. Lama betul tak update blog ni. Banyak je halangan kalo nak berblog ni. Walaupun kadang ada idea. Anak-anak suma sihat. Princess dah menginjak umurnya ke 1 thn..nak tengok tak latest pic dia.